Keibubapaan

“Tiap Anak Berbeza, Kena ‘Tackle’ Ikut Personaliti Dan Jangan Bandingkan, Dr Sheikh Muszaphar Kongsikan Tipnya!

Share

Benar kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar setiap anak memang berbeza sifatnya. Kita sebagai ibu bapa jangan sekali-kali samakan cara didikan kerana setiap anak punya personaliti yang berbeza.

Menurut kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar, kenal pasti personaliti anak dahulu dan barulah lebih mudah untuk ‘tackle’ mereka. Inilah yang dilalui beliau pada anak keduanya Tasha.

“Saya selalu jangkakan Tasha lebih baik daripada Bella dalam segala hal. Kerana dia didedahkan dengan pelbagai aktiviti lebih awal dari Bella.

Kumon pada usia 4 tahun
TaeKwanDo pada usia 4 tahun
Kelas berenang usia 3 tahun

Menunggang kuda usia 3 tahun

Safari International School usia 3 tahun
Mengaji usia 4 tahun
Chinese Kindergarten usia 4 tahun
Dan semua guru-guru beritahu dia pelajar yang cerdik. Alhamdulillah …

Tapi saya selalu ada masalah untuk ajar Tasha di rumah. Dia hiperaktif, selalu buli Bella dan kembar malah tak boleh duduk diam. Saya cari pendekatan berbeza untuk tackle Tasha.

Setiap anak berbeza. Cuba cari cara untuk tackle berdasarkan personaliti mereka. Jangan sekali-kali bandingkannya dengan adik beradik yang lain.

Ada yang perlukan usaha lebih dari yang lain. Ada yang dilahirkan bersungguh-sungguh. Ada yang suka bermain.  Ada juga yang pemalu…

Jadi kena kenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.

Tasha memang anak yang bijak. Tengok saja keletahnya melalui perkongsian Datuk Dr Sheikh Muszaphar setiap hari. Memang hebat. Ramai yang memujinya.

 

Good job Tasha!

Kredit: @drsheikhmuszaphar

Published by
SRM