Perkembangan anak-anak kita memang tak sama! Malah anak sulung dengan anak seterusnya pun berbeza perkembangannya, inikan pula dengan anak orang lain. Hakikatnya setiap anak mempunyai cara, kemahiran dan perkembangan dirinya sendiri. Beri anak-anak masa dan jangan bandingkan.

Suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Datuk Sri Abdul Khani berkongsi informasi mengenai masalah perkembangan anak lambat atau development delay. Katanya, ada sebab mengapa seseorang anak itu lambat perkembangannya. Paling penting beri anak masa dan jangan bandingnya dengan anak-anak yang lain.


DEVELOPMENTAL DELAY

Perkembangan (development) adalah pemerolehan skill dan kebolehan secara progresif dan mengikut urutan semasa kanak-kanak membesar. Ni skil/kebolehan seperti nak start meniarap sendiri, nak merangkak dan nak berjalan macam tu la ?

Perkembangan ni dipengaruhi oleh faktor genetik, neurologikal, fizikal, persekitaran, dan emosi.

Tiap Anak Tak Sama Perkembangannya, Dr Izzar Mohon Jangan Bandingkan Anak-Anak Dengan Orang Lain!

Ads

Ibu bapa mesti ada pengalaman jumpa orang pastu orang tu dok compare pulak dengan anak dia dengan anak kita. Cakap anak dia tu cepat merangkak/berjalan la berbanding anak kita. Sabau jela kan.?

Sebenarnya perkembangan setiap anak ni berbeza-beza ye. Tak sama semuanya. Bergantung kepada faktor yang saya sebut di atas.

Ada anak yang lambat start berjalan sebab memang dalam family dia lambat. Abang kakak dia tu pun lambat berjalan.

Ada anak yang masa kecil lagi dah sakit dan masuk hospital lama. Tu tak sempat nak stimulate dan belajar skill-skill tu lagi.

Ads

Tiap Anak Tak Sama Perkembangannya, Dr Izzar Mohon Jangan Bandingkan Anak-Anak Dengan Orang Lain!

Ada anak yang sihat walafiat tapi kat rumah takde kawan (kakak/abang) nak stimulate dia belajar skill. Mak ayah busy la katakan.

Banyak sebab perkembangan anak-anak ni lewat dari usia yang sepatutnya (Developmental Delay). Kita tak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain. Masing-masing ada perjalanan sendiri. Lama-lama anak tu dapat la skil tu. InsyaAllah.

Ads

Tiap Anak Tak Sama Perkembangannya, Dr Izzar Mohon Jangan Bandingkan Anak-Anak Dengan Orang Lain!

So, bila kita patut risau yang anak kita ni slow sangat nak berkembang? Sila swipe dan tengok ‘Key Developmental WARNING SIGN’. Kalau anak-anak tu ada warning sign ni, memang kena jumpa Doktor terus ye. Tapi kalau dah memang under follow up klinik kanak-kanak, Doktor anda patut dah perasan dah tu.

Jadi kita janganlah banding-bandingkan. Beri anak kecil kita masa untuk berekperimen dengan kemahiran dan perkembangan dirinya sendiri. Lama-lama dia pasti boleh merangkak, berjalan dan bercakap sama seperti anak yang lain. Kena yakin pada anak kita.

View this post on Instagram

DEVELOPMENTAL DELAY . Perkembangan (development) adalah pemerolehan skil2 dan kebolehan secara progresif dan mengikut urutan semasa kanak2 membesar. Ni skil/kebolehan seperti nak start meniarap sendiri, nak merangkak n nak berjalan macam tu la ? . Perkembangan ni dipengaruhi oleh faktor genetik, neurologikal, fizikal, persekitaran, dan emosi . Ibu bapa mesti ada pengalaman jumpa orang pastu orang tu dok compare pulak dengan anak dia dengan anak kita. Cakap anak dia tu cepat merangkak/berjalan la berbanding anak kita. Sabau jela kan.? . Sebenarnya perkembangan setiap anak ni berbeza2 ye.Tak sama semuanya. Bergantung kepada faktor yang saya sebut di atas . Ada anak yang lambat start berjalan sebab mmg dalam family dia lambat.Abang kakak dia tu pun lambat berjalan . Ada anak yang masa kecil lagi dah sakit n masuk hospital lama.Tu tak sempat nak stimulate n belajar skil2 tu lagi . Ada anak yang sihat walafiat tapi kat rumah takde kawan (kakak/abang) nak stimulate dia belajar skil. Mak ayah busy la katakan ? . Banyak sebab perkembangan anak2 ni lewat dari usia yang sepatutnya (Developmental Delay). Kita tak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain.Masing2 ada perjalanan sendiri. Lama2 anak tu dapat la skil tu. InsyaAllah ?‍?‍? . So, bila kita patut risau yang anak kita ni slow sangat nak berkembang? Sila swipe n tengok 'Key Developmental WARNING SIGN'. Kalau anak2 tu ada warning sign ni, memang kena jumpa Doktor terus ye. Tapi kalau dah memang under follow up klinik kanak2, Doktor anda patut dah perasan dah tu. ?

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on

Kredit: @izzar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI