Ibu mana yang tidak menitiskan air mata melihat anak sendiri menangis kesakitan. Namun inilah yang dilalui setiap hari apabila anak kecil ini disahkan mengalami kanser otak dan ketumbuhan di buah pinggang selepas 21 hari dilahirkan.
Selepas pembedahan ketiga bulan lalu, bayi berusia tiga bulan yang menderita kanser otak tahap 4 dan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kirinya akan menjalani pembedahan terbaru bulan depan.
Menurut Khairiah Kamaruddin, ibu kepada Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham, pembedaahan itu perlu dilakukan segera bagi memasang kimo pod pada badan anaknya itu.
ALAT SEPATUT BERTAHAN DUA TIGA TAHUN TAPI TERSUMBAT
“Kimo pod last pasang pada 22 Julai lalu. Sepatutnya alat itu boleh tahan sampai dua tiga tahun sekiranya tak ada masalah tapi sekarang kena ganti yang baru sebab dah tersumbat.
“Jadi pembedahan segera perlu dilakukan untuk buang dan pasang kimo pod baharu pada 4 September depan. Kalau tak buat, rawatan kimoterapi tak boleh dilakukan. Tempoh hari kimo pod dipasang ialah pada dada sebelah kiri.
“Untuk yang baharu ini saya tak pasti sebab sebelah kanan dada ada shunt. Kemungkinan akan dipasang pada paha tapi doktor masih lagi dalam proses perbincangan,” kata ibu tabah ini.
HOSPITAL JADI RUMAH PERTAMA
Jelas Khiriah atau lebih mesra disapa Kheriy, dia membelanjakan lebih RM1,000 untuk membeli dua alat tersebut.
“Kimo pod berharga RM850 manakala jarum RM240 sekotak (12 batang). Kedua-dua alat tu kena beli sendiri.
Sekarang hospital ni dah jadi rumah nombor 1 saya. Jarak hospital ke sekolah dalam masa 50 minit. Jadi saya harap boleh tukar sekolah dekat dengan hospital memandangkan sata memang ulang alik dari sana.
“Kimo pod tu akan bersambung dengan urat-urat pada badan. Jadi doktor akan masukkan ubat kimo melalui jarum kimo pod,” katanya.
JARUM DITUKAR 5 HARI SEKALI
Ibu kepada tiga anak orang ini berkata, jarum tersebut akan ditukar selama lima hari sekali bagi memasukkan ubat untuk rawatan kemoterapi.
“Jarum tu akan dicucuk pada dada. Jadi tak bolehlah selalu sangat bayi kena tukar dan cucuk (jarum).
“Proses itu amat menyakitkan sebab baby tak dibius. Saya sendiri pun nangis tak sampai hati tengok kaki tangan dia semua lebam. Tapi apa kan daya…kita niat nak berubat,” katanya.
BERULANG ALIK SETIAP HARI
Kheriy yang bertugas sebagai guru sekolah rendah di Machang, Kelantan berkata dia berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia selepas habis mengajar.
“Setiap kali habis mengajar saya akan ke hospital. Saya memang tak akan balik rumah. Kiranya dari hospital ke sekolah. Kemudian dari sekolah ke hospital semula.
“Sekolah ni hospital dah jadi rumah No. 1 saya. Jarak dari sekolah dalam masa 50 minit. Jadi saya harap boleh tukar sekolah dekat dengan hospital memandangkan saya memang ulang alik dari sana,” katanya.
SELAIN KANSER OTAK, ADA KETUMBUHAN PADA BUAH PINGGANG
Kisah bayi comel ini mendapat perhatian netizen selepas nasibnya yang terpaksa bertarung nyawa melawan dua jenis barah.
Anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan disahkan menghidap kanser otak (Medullablastoma) tahap 4 selepas 21 hari hari dilahirkan dan mempunyai ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua cm ketika berusia dua bulan.
TELAH MENJALANI 3 PEMBEDAHAN
Bayi tersebut sudah menjalani tiga pembedahan termasuk sekali pembedahan utama bagi membuang tumor di kepalanya.
“Menerusi pembedahan itu hanya 30 peratus sahaja tumor berjaya dikeluarkan. Doktor buat saluran air daripada tiub ke tabung. Waktu tu berlaku pendarahan teruk.
“Masa tu doktor cakap peluang baby 50-50. Selepas pembedahan tu baby dalam keadaan kritikal selama tiga mingggu. Dia intubate dan terpaksa guna oksigen sebulan,” katanya.
Sumber: mstar.com.my
Foto: Khariey Khairiah
Artikel berkaitan:[“Susah Berak Sampai Berdarah, Usus Bengkak”. Ibu Sebak Anak Setahun Lebih Kanser Saraf Tahap 3]
[“Inginku Dakap Walau Sesaat…” Ibu Rindu 15 Hari Dipinjamkan Anak Kanser Darah Pergi Dulu]