Menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama, comel je pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana dalam entri terbaru mereka di akaun Instagram milik Nadzmi.
Dalam perkongsian tersebut, Nadzmi dan Ardell yang memakai baju merah sedondon mengalunkan zikir buat bayi dalam kandungan Ardell.
Menurut Nadzmi setiap kali zikir tersebut diperdengarkan, pasti bayi mereka akan respon dan membuat pergerakan.
Artikel berkaitan: Walau Sarat Mengandung, Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan, Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi.
Melihatkan kondisi Ardell yang sedang sarat itu, memang tunggu hari sahaja untuk melahirkan bayi sulung mereka.
Bila dilihat pada perkongsian tersebut, nampaknya pasangan ini sudahpun membuat akaun Instagram buat bayi mereka yang bakal lahir dengan menggunakan akaun @babyadhwardell yang dilihat sudah mempunyai lebih dari 10 ribu pengikut.
Dear @babyadhwardell 🧸
Awak mesti gerak setiap kali dengar ni. We cannot wait to see you . Semoga dipermudahkan segalanya 🤲🏻
Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor. Pada penghujung tahun lalu, pasangan ini mengumumkan kehamilan cahaya mata mereka yang pertama yang pada ketika itu sudah berusia 4 bulan.
Sumber: IG Nadzmiadhwa
Artikel menarik: Bila Suami Maafkan & Iringi Doa, Isteri Bersalin Jadi Mudah. Lancar Je!