Ada waktunya, hati seorang isteri terasa bila mana terasa suami melebihkan orang lain. Apa lagi peluang untuk bercuti bersama langsung tidak ada. Hati seorang isteri terasa.
Inilah yang dilalui isteri penerbit dan pengarah popular, Syahmi Shazli, Anissa Faizul yang mendedahkan sikap sebenarnya suaminya.
Ujar Anissa, dia sendiri pada mulanya kurang memahami sikap suaminya itu yang sentiasa mendahulukan orang lain berbanding dirinya sendiri.
Malah kongsi ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, setiap kali bercuti, suaminya itu tidak pernah melupakan pekerjanya yang sentiasa turut di bawa bersama ketika bercuti.
Hati kecilnya pernah terasa namun dia kini memahami bila mana penghargaan diberikan oleh ibu kepada pekerjanya yang begitu bersyukur dengan sikap pemurah suaminya itu. Dia kini mengerti betapa membahagiakan insan lain adalah kebahagiaan bagi dirinya dan suami.
Menerusi facebooknya, isteri kesayangan Syahmi itu berkongsi cerita.
“Dari dulu sampai sekarang, Nissa cuba paham apa yang ada dalam kepala Syahmi. Selalu dahulukan orang lain sebelum diri sendiri. Kalau dulu, rasa terbeban kenapa tiap kali kami bercuti tidak berdua.
“Selalu ada orang lain bertemankan kami. Dan sekarang, Nissa dah paham.
“Tadi salah sorang ibu kepada staf Nissa ucapkan terima kasih pada kami sebab bawa anak dia jalan-jalan dan layan anak dia dengan baik. Dia cakap nak harapkan dia buat sama seperti kami buat, mungkin tak tahu bila. Dengan kami je, anak dia dapat rasa begitu.
“Ini la sebabnya. Terima kasih suamiku kerana banyak mengajar erti berkongsi. Meskipun bukan dari segi wang, tapi kenangan tu yang kami perlukan.
“Andai kata hubungan itu tidak kekal, tapi kenangan itu yang kekal dengan kami♥,” katanya berkongsi.
Syahmi seperti yang diketahui sering membawa pekerja-pekerjanya bercuti malah tidak kurang juga turut membelikan barangan sebagai ganjaran dan rasa tanggungjawabnya sebagai majikan.
Melalui perkongsian Anissa di facebooknya, Syahmi juga turut membawa pekerjanya membeli belah malah turut membelikan barang kemas sebelum berjuang berniaga air balang sepanjang Ramadan ini. Inilah sikap yang perlu dicontohi semua.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI