Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan anak sebagai penyeri dalam rumah tangga. Namun tak semuanya bernasib baik untuk terus mendapatkan zuriat. Jika lepas kahwin terus disahkan hamil, itu berita gembira.
Tetapi jika terpaksa menunggu beberapa tahun untuk memeluk zuriat sendiri, itu semua adalah perancangan Allah yang lebih mengetahuinya. Ibaratnya rezeki setiap orang berbeza.
Cuma satu sahaja, jangan putus asa untuk berusaha dan berdoa kerana bila sampai waktu yang tepat, pasti akan ada ‘penghuni’ dalam rahim ibu. Seperti perkongsian seorang doktor di laman TikTok sungguh tak sangka 8 tahun menanti, akhirnya tercapai juga impian bergelar seorang ibu.
“Tiap kali check UPT mesti negatif..”
Melalui video dikongsi oleh Dr Nasrah di laman TikTok, seorang ibu datang ke klinik untuk scan rahim kerana sudah lapan tahun berkahwin tetapi belum diberi rezeki untuk memiliki zuriat.
@drnasrahNak scan rahim tapi….????
Jelas Dr Nasrah, ibu itu datang kerana setiap kali melakukan ujian UPT pasti keputusan yang ditunjukkan negatif sehingga menyebakan dia berasa kecewa dan tekad untuk scan rahim di klinik.
Sejurus sahaja siap, doktor menjelaskan ibu tersebut disahkan hamil setelah 8 tahun penantian dan itu merupakan berita gembira buat kedua-dua mereka.
“Tahniah, puan pregnant. Ini gambar baby puan. Saat kita merasa kecewa dan letih, ingatlah perancangan Allah itu sangat indah. Tidak pernah terlalu awal atau lewat. Tepat dan sangat indah pada waktunya,” jelas doktor itu.
Kemanisan dalam bersabar
Menerusi komen, kebanyakan ibu di luar sana turut meluahkan rasa yang sama seperti dialami oleh ibu tersebut. Ujian setiap orang berbeza tetapi yakin Allah sebaik-baik perancang.
Allah hadirkan pada waktu yang tepat
Kredit: TikTok Dr Nasrah
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)