Darah tinggi mencanak masa hamil, situasi yang tidak normal dalam kehamilan. Pengalaman ibu ini berkongsi pengalaman terpaksa bersalin pada 32 minggu akibat tekanan darah tinggi dalam Pa&Ma TV.
Kehamilan sulung Puan Ain Diyana menyaksikan dirinya mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsia sehingga bacaan yang dicatat 140/120 hingga 150/110 menyebabkan bayi perlu dilahirkan seawal 32 minggu.
“Pada awalnya saya dan suami merancang untuk bersalin di hospital swasta dan hospital tersebut hanya akan bukak buku pink ketika usia kehamilan masuk 3 bulan. Jadi saya pun tunggu 3 bulan baru nak bukak buku. Namun kita merancang, tapi Allah yang tentukan. Saya dan dan suami terpaksa pindah ke Kepong supaya lebih dekat dengan ibu dan ibu mertua,” kata Ain kepada Pa&Ma.
LARI DARI PELAN ASAL, BUKA BUKU PINK SEMASA 19 MINGGU
Apabila berpindah ke Kepong, agak sukar untuk ibu ini membuat pemeriksaan di hospital swasta pilihannya yang terletak di Bangi. Maka dia perlu membuat persediaan dan ‘membuka’ buku pink di klinik berdekatan.
“Semasa bukak buku di klinik, usia kehamilan ketika itu 19 minggu. Memang ditegur kerana lambat. Tapi nak buat macam mana, bukan saja-saja nak bukak lambat. Ketika pemeriksaan kali pertama, bacaan tekanan darah tinggi,” katanya.
DARI PEMERIKSAAN PERTAMA MULA EPISOD DITAHAN DI WAD
Semasa pemerhatian, oleh kerana darah tinggi, Ain perlu dirujuk ke Hospital Selayang.
“Saya kena tahan dalam seminggu dan diberikan ubat untuk mengawal tekanan darah. Ketika itu saya fikir mungkin sebab keturunan atau sebab hamil kerana saya tidak mempunyai tekanan darah sebelum ini,” ujar Ain kepada Pa&Ma.
Tapi untuk pemeriksaan seterusnya ibu muda ini terpaksa ditahan di wad lagi. Ubat yang diberikan juga tidak berfungsi. Bacaan tekanan darah juga masih tinggi iaitu 140/120 hingga 150/110. Ketika itu, Ain telah ditahan selama seminggu di wad.
WAD JADI MACAM RUMAH KEDUA
Sepanjang kehamilan, Ain menganggap wad sebagai rumah kedua. “Setiap kali ada check up, saya stand by packing baju siap-siap. Memang boleh agak dah akan kene check-in.
CHECK UP 32 MINGGU
“Namun pemeriksaan pada 5 Mei 2017, pada usia kehamilan 32 minggu ke sekali lagi bacaan tinggi. Saya dikejarkan ke ambulans ke Hospital Selayang dan ditahan di Pregnancy Assesment Centre (PAC) selama 5 jam.
“Bacaan still tinggi, masuk dalam labour room, dorang check jantung baby semua ok. Tapi tekanan darah still tinggi. Maka, pada 10 Mei 2019, jam 9 malam, doktor decide untuk buat emergency caesarean.
“Kami berdua sangat terkejut. Suami saya lagi lah, dah tak keruan. Memang nervous tapi saya reda. Tengah malam itu satu masuk bilik operation, pukul 1.30 pagi bayi dikeluarkan. Dalam pukul 2 pagi selesai jahitan semua dan saya ditolak masuk ke wad biasa,” kata Ain kepada Pa&Ma.
SEDIH & SAYU
Rasa sedih & sayu menyelubungi Ain kerana selepas kelahiran si kecil tidak didakapnya. “Sayunya rasa kerana aku tidak dapat pegang baby aku. Bayi pramatang, selepas dikeluarkan daripada perut dan terus dibawa ke wad kanak-kanak NICU untuk diletakkan didalam inkubator.
“Alhamdulillah. Allah permudahkan.. takde sakit pun bahagian yang dijahit tu. Saya berulang-alik ke wad kanak-kanak untuk melihat anak. Nak dukung tak boleh. Nak susukan pun tak boleh sebab baby dalam inkubator. Beratnya hanya 1.7kg. Bayi ditahan dalam 20 haridalam NICU dan kemudian dibenarkan pulang.
Bagaimana keadaan bayi ibu ini terkini? Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh mengikutinya dalam rancangan TV Pa&Ma, 9 malam, 30 April 2019 di Astro Prima & Astro Prima HD.