Ada ibu bapa yang mengehadkan sebulan dengan satu permainan saja. Tapi ada juga yang pantang ke kedai, mesti akan balik dengan mainan yang baru dibeli. Sedar tak sedar, dah menjadi tabiat kita beli mainan anak apabila diminta.
Mungkin ada yang beranggapan ianya boleh menceriakan anak-anak dan mengisi kebosanan mereka. Tapi, lain pula pendapat pakar dan juga sains. Kajian mereka menunjukkan bahawa kurangnya beli mainan anak dapat memberi lebih manfaat kepada mereka.
Menarik, bukan? Ini 9 sebab yang mereka senaraikan.
9 PERKARA ANAK DAPAT BELAJAR BILA ADA KURANG MAINAN
Berikut adalah 9 sebab dari segi sains dan psikologi mengapa kita tak perlu beli mainan anak setiap kali ke kedai.
ANAK BELAJAR JADI LEBIH KREATIF
Untuk membuktikan teori ini, sebuah taska di Jerman telah membuat sebuah eksperimen dengan ‘mengharamkan’ sebarang bentuk mainan di dalam kelas tersebut. Kelas tersebut hanya mempunyai meja, kerusi, dan alas kain.
Projek 3 bulan yang dikenali sebagai “Der Spielzeugfreie Kindergarten” ini telah menarik perhatian ramai pihak. Pada awalnya, anak-anak kecil tersebut kelihatan bosan dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Namun, hari demi hari mereka mula berkenalan antara satu sama lain, memanjat kerusi, melompat dengan riang dan bermain bersama menggunakan imaginasi masing-masing – seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah ini.
DAYA TUMPUAN YANG LEBIH TINGGI
Sebuah kajian yang dilaporkan melalui The Guardian mendapati bahawa terlalu banyak permainan akan menyebabkan anak-anak susah menumpukan perhatian untuk belajar mengenainya satu-persatu. Ini kerana anak-anak akan berpeluang untuk memainkannya dengan pelbagai cara.
Ads
Namun, mereka akan cepat beralih kepada permainan yang lain jika terdapat lambakan permainan di sekeliling mereka.
Hasilnya, mereka kurang daya tumpuan, mudah bosan dan tidak mahu mencuba cara lain apabila permainan tersebut tidak dapat dimainkan mengikut kehendak mereka.
MAHIR BERSOSIAL
Memetik daripada sebuah artikel, terdapat sebuah ayat: “One childhood friend is more beneficial than a box of toys.”
Hal ini memang ada benarnya. Jika anda memperkenalkan anak-anak dengan seorang kawan yang lebih kurang sebayanya, mereka boleh bermain bersama hingga ke malam, walaupun tanpa sebarang permainan.
Melalui komunikasi, mereka akan belajar menghormati pendapat, melontarkan idea, melahirkan rasa simpati, dan saling mempercayai. Ini dapat menjadikan anak lebih konfiden terhadap diri sendiri.
ANAK AKAN LEBIH MENGHARGAI
Sesuatu yang jarang dan susah untuk didapatkan, tentu akan dijaga sebaik mungkin. Dengan mengehadkan permainan yang mereka miliki, mereka akan belajar untuk memilih permainan yang betul-betul diminati dan akan menjaganya dengan baik. Kalau rosak pun, mereka akan cuba sedaya-upaya untuk memperbaikinya!
Ads
MENANAM MINAT MENEROKA DAN MENCIPTA HASIL SENI
Tanpa permainan, anak-anak biasanya akan melakukan aktiviti sampingan yang amat bermanfaat. Antaranya termasuklah membaca buku cerita, mereka permainan, dan mencipta hasil seni.
LEBIH BIJAK MENGGUNAKAN APA YANG ADA
Apabila kita dihadkan dengan sesuatu sumber, secara automatiknya otak kita akan lebih ligat berfikir untuk mencari penggantinya.
Perkara ini akan menstimulasikan otak anak untuk berfikir di luar kotak dan menciptanya sendiri di ruang imaginasi mereka. Malah, jika diberi motivasi, tidak mustahil anak-anak ini berpotensi merealisasikan impian mereka dengan merekabentuk prototaip sendiri.
Menarik, bukan?anak banyak mainan, lambakan mainan, ajar anak belajar bermain, pilih mainan anak, cara beli mainan anak, ajar anak pilih mainan
ANAK-ANAK KURANG BERGADUH
Kita berfikiran bahawa jika setiap anak diberi mainan masing-masing, mereka akan kurang bergaduh. Malangnya, bukan itu yang berlaku.
Ads
Sebuah laman web, Becoming Minimalist menyatakan bahawa apabila kurangnya permainan, anak-anak akan terpaksa berkongsi, bekerjasama, dan bertolak ansur. Lama-kelamaan, ia akan menjadi tabiat yang baik.
BELAJAR LEBIH SABAR
Selain belajar berkongsi dan menunggu giliran, anak-anak ini tentu akan dilatih dengan sifat sabar.
Mereka juga akan lebih bijak mengawal emosi dan tidak menjadi terlalu manja apabila tidak mendapat apa yang mereka inginkan.
BANYAK LUANGKAN MASA DI LUAR
Menurut sebuah penelitian yang dilaporkan melalui TIME Magazine, banduan dalam penjara didapati meluangkan lebih banyak masa di luar berbanding anak-anak zaman sekarang. Mengejutkan! (dan menakutkan)
Namun, jika difikirkan semula ia bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana anak-anak kecil kini telah diberi pelbagai teknologi dan permainan yang mudah untuk dimainkan tanpa perlu keluar rumah.
Kurangnya masa yang diluangkan di luar rumah boleh mendorong mereka untuk menjadi kurang aktif, lewat perkembangan, dan tidak tahu menghargai alam sekitar. Hal ini tentu akan memberi impak yang besar apabila anak-anak meningkat dewasa. Biarkan mereka ‘explore’ dunia luar
TAK SALAH BELI MAINAN ANAK
Memang fitrah anak-anak suka bermain, tetapi bermain itu sendiri bukanlah semestinya melalui permainan yang baru dan mahal setiap masa. Jadi, tak perlulah rasa bersalah sangat jika anda mengehadkan permainan untuk mereka. Sebaliknya, lebihkan masa bersama mereka. Terbukti, memang banyak manfaat kalau kurang permainan di rumah, bukan?
Sumber: ragamanak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak tak sihat, ibu bapa terus dalam dilema. Bukan apa apabila sebut je kena makan ubat, reaksi pertama anak ada yang terus menangis seperti kena pukul, tutup mulut rapat dan macam-macam drama lagi.
Kalau tak di bagi, bimbang sakit makin melarat dan ibu ayah juga susah hati. Nak tak nak terpaksa juga paksa anak. Ibaratnya kalau nak bagi makan ubat terpaksa berperang dulu baru boleh masuk ubat dalam mulut.
Itu pun dikira selamat lagi. Bagi yang muntahkan balik, perasaan ibu ayah macam mana?
Ok bagi ibu ayah yang nak tahu macam mana nak bagi anak makan ubat dengan mudah, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Aishah Al Sagoff.
Pertamanya, tak perlu makan ubat jika hanya sakit ringan. Selsema sikit, batuk sikit-sikit, takpelah insyaAllah boleh sembuh sendiri.
Dalam keadaan yang perlu beri ubat,
1) Beri dalam keadaan duduk, bukan berbaring. Ini dapat elakkan risiko tersedak dan supaya anak mudah telan. Kita pun susah telan air sambil baring kan.
2) Pakai picagari yang sesuai. Plastik, dan tidak besar sangat. Kalau ade muncung lebih baik (oral syringe).
3) Buat dalam suasana yang anak selesa. Jangan takut-takutkan anak dengan ubat. Ini macam satu rumah nak berperang waktu nak bagi ubat ehehe. Kesian anak pun takut.
4) Kalau boleh beri dia pegang sendiri picagari. Biar dia rasa sendiri ubat tu. ‘Ohh sedap je rupanya’. Ha nanti ibu tolong tekan kan je senang.
5) Buka mulut anak dengan menarik dagu ke bawah. Elakkan picit kedua-dua pipi, sakit!
6) Masukkan picagari diantara gigi, atau di tepi bahagian mulut. Elakkan masukkan picagari terlalu dalam nanti tersedak dan muntah pula.
7) Pastikan mulut anak tutup sehingga dia telan ubat. Dalam keadaan duduk, mudah untuk dia telan. Tapi pastikan kepala jangan terlalu mendongak.
8) Reward anak bila dia dapat makan ubat. Tepuk tangan, puji-puji dia sikit. Peluk dia lepas habis makan dan ucap terima kasih. Jika kita teruskan begini setiap kali makan ubat, anak akan kurang rasa trauma nak makan ubat.
9) Kebanyakan ubat sekarang ade pelbagai flavor dan lebih sedap. Jika anak susah nak makan juga, siap-siap air yang anak suka kat sebelah. Air ribena ke, susu ke. Suap ubat sikit, terus suap air ribena. Suap ubat lagi, suap air ribena lagi.
10) Ataupun boleh campurkan ubat dengan bahan yang manis untuk kurangkan rasa tak sedap. Madu, sirap, dan sebagainya. Boleh bagi makan benda manis yang anak suka dulu, contoh bagi madu sikit lepastu bagi ubat, supaya kurangkan rasa pahit ubat dalam mulut.
11) Jika anak yang betul-betul susah dan meragam bila makan ubat, minta bantuan orang lain untuk pegangkan anak. Boleh cuba balut anak dengan selimut supaya tangannya di dalam. Minta maaf pada anak selepas beri ubat, ” Maaf ibu kena balut adik, ibu nak tengok adik sihat. Lepasni ibu tak balut kalau adik duduk diam-diam k”
12) Bincang dengan doktor jika anak sangat susah untuk makan ubat, supaya doktor boleh bantu dengan memberi ubat yang kurang kerap dan ubat yang perlu sahaja.
** Tak semua ubat boleh diberi ikut punggung atau cucuk. Cubalah untuk ajar juga anak makan ubat jika perlu ya
Pernah atau tidak sesekali mama papa rasa yang anak terlalu ‘bising’? Asyik bercakap tanpa henti, macam-macam soalan yang dia ajukan pada kita. Nak melayan pun sampai penat. Memang itu lumrahnya, bila anak nak membesar ada saja yang dia ingin tahu.
Dengan siapa lagi anak mahu bertanya kalau bukan dengan kita kan? Lepas satu soalan, dia akan tanya yang lain pula. Cuma ada waktunya, anak bertanya pada masa yang ‘tak kena’. Mungkin kita tengah sibuk dengan kerjaatau sibuk melakukan sesuatu.
Waktu itulah kita akan mula rasa serabut. Mungkin malas nak layan, kita akan diamkan saja pertanyaan anak tu. Lebih teruk lagi, kadang-kadang kita marah pula anak sebab banyak soal jawab. Ya, sebenarnya bukanlah kita tak suka anak bercakap dengan kita. Tapi kadang-kadang tu kita tak ada mood.
Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mungkin akan membuka mata kita. Kadang-kadang kita terlupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Melalui ciapan Dr Redza di akaun Twitter, dia menceritakan pengalamannya berjumpa dengan sepasang suami isteri yang mempunyai anak speech delay;
Bagaimana kita mahu mengenalpasti sekiranya anak mempunyai masalah lewat pertuturan ini?
Biasanya untuk kita mula mengesan sekiranya anak mungkin mengalami masalah lewat pertuturan apabila pada usianya 12 bulan mereka masih belum mengenal nama sendiri atau tidak boleh menyebut satu atau dua perkataan bermakna. Selain itu semasa usianya 15 bulan mereka masih tidak pandai menunjuk pada objek apabila kita sebut objek tersebut. Anak juga masih tak boleh meyebut perkataan “Nak” atau “I want it” apabila mahukan sesuatu.
Pada umurnya satu tahun setengah, anak masih tidak boleh mengikut arahan mudah untuk mengambil barang dan sebagainya. Mereka juga tidak boleh memanggil kita atau adik-beradiknya yang lain. Lihat juga pada usia mereka dua tahun, anak-anak tidak boleh menggunakan 25 perkaatan bermakna.
Anak juga tidak boleh memberi jawapan lisan atau mengganggukkan kepala ketika ditanya soalan mudah seperti “Awak nak minum susu?”. Selain itu, mereka juga tidak boleh menggabungkan perkataan untuk membuat ayat mudah seperti “Nak makan” atau “Nak Mandi”.
Sekiranya anak menunjukkan ciri-ciri begini, usah bertangguh untuk mendapatkan nasihat pakar. Masalah lewat pertuturan boleh diselesaikan, namun mama papa perlu pantas mengambil tindakan dan mendapatkan consultation dari pakar berkaitan.
Sedih juga kan bila baca sharing Dr Redza ni? Rasanya lepas ni kalau anak tanya macam-macam pun, kita takkan bosan untuk melayan. Sama-samalah kita bersyukur dengan anugerah terindah ini dan doakan ibu ayah yang mempunyai anak lewat pertuturan terus kuat dan bersemangat untuk membantu anak mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Speech delay adalah satu kelewatan dalam perkembangan anak anda yang melibatkan pertuturan mereka. Ia adalah ketidakupayaan anak anda untuk menyebut sesuatu perkataan itu dengan jelas dan boleh jadi juga mereka tidak boleh menyebut perkataan itu sama sekali.
Bagaimana ia terjadi?
10 Kesilapan Mak Ayah Punca Anak Speech Delay
1️⃣ Tidak berkomunikasi dengan anak ketika bayi. Kerana menganggap anak tidak faham dan tidak mampu respon.
2️⃣ Tidak belajar teknik ransangan pertuturan. Kerana merasakan anak akan pandai bercakap dengan sendirinya.
3️⃣ Tidak mendedahkan anak dengan aktiviti dan ransangan yang secukupnya kerana tak tau tentang keperluan sensori.
4️⃣ Menganggap gajet sebagai alat yang berkesan untuk bantu anak bercakap dan berkomunikasi.
5️⃣ Menganggap dialog kartun yang ditiru anak sebagai sebahagian tanda komunikasi.
6️⃣ Terus memberi anak objek yang mereka mahu bila anak meminta drngan cara merengek / menunjuk dengan jari/ menarik tangan kita.
7️⃣ Bercakap pelat atau ‘baby talk’ dengan anak.
8️⃣ Sering membiarkan anak bermain bersendirian tanpa kita terlibat.
9️⃣ Menjadi wakil untuk menjawab soalan yang diajukan orang kepada anak.
🔟 Membiarkan anak terdedah dengan skrin lebih dari 2 jam sehari. (Termasuk TV, smartphone, tab dan laptop)
Tahukah anda?
Anak Speech Delay yang tidak segera dibantu berisiko untuk lewat membaca apabila mereka mula bersekolah nanti.
Ilmu ni saya dapat dari ST Farah Farhana waktu menghadiri Bengkel berkaitan speech delay beberapa tahun lepas.
Apa yang saya ingat, ST ada sebut yang sesetengah kanak-kanak speech delay, mereka datang dengan masalah delay pada perkembangan lain.
Sensori tak setel, kemahiran motor ada delay dan paling jelas kat sosial dan komunikasi. Solusinya, kena dapatkan intervensi untuk anak.
Ada sebahagiannya pulak, hanya memerlukan ransangan bahasa. Maknanya, nak kena banyakkan bercakap je dengan mereka ni.
Sebab mereka masih tak cukup kuota vocab. Receptive Language belum cukup. Jadi mereka tak boleh nak move on ke kemahiran yang seterusnya , iaitu Expressive Language.
Receptive Language : kebolehan untuk memahami bahasa yang didengar
Expressive Language : kebolehan untuk menyatakan keperluan dan kehendak melalui pertuturan.
Kalau nak kenal pasti speech delay anak ni perlukan solusi yang mana satu, kenalah bawa anak jumpa pakar.
Bawak tau. Sebab taknak isu perkembangan ni memberi kesan sampai anak dah mula sekolah nanti.
Apa yang penting, beri anak ransangan secukupnya walaupun diorang masih bayi lagi. Cukupkan ransangan bermain, ransangan sensori dan ransangan bahasa sebelum kita fokus nak pandaikan anak.
Ini saya kongsikan nota, contoh senarai Ransangan Bahasa yang boleh kita praktikkan pada anak.
Kalau ada mak ayah yang risau anak 1 tahun belum memahami perkataan dan arahan ringkas, Umur 2 tahun belum boleh bercakap, saya sarankan untuk dapatkan bantuan.