Ugutan palsu boleh jejaskan kredibiliti ayah. Kadang-kadang kita tak perasan pun kita selalu buat ugutan palsu hingga sampai satu tahap, anak dah tak percaya cakap kita.
Lebih teruk lagi, anak akan “mempermainkan” kita setiap kali ugutan di keluarkan. Sebabnya, anak tahu, ucapan tu hanya di mulut sahaja. Tak akan ada apa-apa effect pun kalau tak ikut.
Contohnya,
“Jangan main kat luar tu, nanti ayah cubit”
Tapi bila main kat luar, tak kena apa-apa pun
BACA [Pakar Ingatkan Marah Sekalipun Dengan Anak, 10 Pantang Larang Ini JANGAN Buat!]
“Jangan gaduh dalam kereta, kalau gaduh, kita terus balik”.
Tapi, walaupun dalam kereta bingit macam pasar malam, tetap juga sampai ke destinasi.
Jadi, perkara ni akan bina satu kefahaman dalam diri anak bahawa, APA YANG AYAH CAKAP, TAK ADA EFFECT PUN.
Nampak macam kecil, tapi, bila usia anak makin dewasa, usia ayah makin tua. Anak yang dah belajar bahawa dari dia kecil lagi ayah dah tak ada kredibiliti, macam mana dia nak bergantung pada ayah untuk bincang keputusan yang lebih crucial.
So, elakkan untuk buat ugutan palsu. Kalau dah terbiasa buat, cuba & usahakan untuk ubah.
BACA JUGA [Bersyukur Anak Lasak & Aktif. Tanda Allah Makbulkan Doa Kita Nak Anak Sihat!]
Instead of buat ugutan, lebih baik buat social story dengan anak. Lebih seronok dan tak perlu sampai marah tengang urat leher.
Semoga kita semua di hormati oleh anak-anak kita. Aaminn.
Kredit: Fakhrani Hayyun
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)