Lain anak lain ragamnya. Ada anak yang suka suka berangan, menyanyi dan tak ketinggalan juga paling rajin dalam segala hal.
Ragam anak kedua pasangan selebriti Shukri Yahya dan Tya Adnan lain macam rajinnya. Anak pasangan ini, Maleeq Mikayl rupanya cukup suka mengemas.
Melalui perkongsian ibunya, Tya di Instagram, Maleeq rupanya paling suka berkemas. Malah kongsi Tya lagi, setiap kali mengemop lantai di rumah mereka, si comel kesayangannya dan suami itu pasti akan turut serta.
Aksi berebut mop dengan anak itu sudah menjadi perkara biasa bagi dirinya. Memang lucu.
“Maleeq dan cleaning tools berpisah tiada.
“Tak paham lah kita setiap kali nak mengemop, nak kena berebut,” kongsi Tya.
Apa yang menarik perhatian kata Tya, hal itu tidak terjadi kepada anak sulungnya, Aaira Ameena yang lebih senang menonton televisyen seperti kanak-kanak lain berbanding anak lelakinya.
“Berebut dengan anak lelaki pulak tu. Anak perempuan kita relaks jer tengok tv,” kongsinya.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan oleh isteri kesayangan Shukri itu, Maleeq kelihatan cukup asyik dan tekun mengemop lantai.
Malah dilihat mundar mandir untuk mengelap lantai di dapur ibunya. Tenang dan fokus, aksi anak kedua pasangan itu sudah semestinya dipuji malah ramai mengusik mahu menjadikan calon bakal menantu kelak.
Terdahulu, Shukri Yahaya dan Tya Adnan mendirikan rumahtangga pada 20 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Mikayl.
Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Sumber: Harian Metro