Tiap Kali Penat, Nak Marah Renung Anak. Mereka Sayang & Percaya Pada Kita!

Share

Bila kita fikir kita bukan ibu yang sempurna, cuba duduk sekejap dan renung seketika.
Lihat anak-anak yang berada di depan mata. Mereka masih ada seorang ibu yang paling dipercaya.

Mereka masih bernafas, boleh bergelak tawa, boleh buat sepah dan mungkin selalu sakitkan hati dan mata kita.

Tahu tak yang anak kecil itu hanya menunjukkan ‘ragam’ dengan orang yang paling dia percaya?

Jadi bersyukurlah, di sebalik ketidaksempurnaan kita sebagai seorang ibu yang kita selalu rasa, masih ada yang menaruh kepercayaan tinggi buat kita. Mereka ialah ANAK-ANAK KITA.

Anak sulung banyak mengajar ibu ayah

Lagi satu yang ibu harus ingat, kehadiran anak sulung jugalah mengubah kehidupan kita suami isteri. Dari zero, sekarang kita dah mampu menggalas tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak dengan baik.

Kita belajar menjadi ibu dari anak sulung…

Dari dia kita belajar rasa teruja.

Dari dia kita belajar rasa sayang.

Dari dia kita belajar erti sabar.

Dari dia kita belajar proses penyusuan.

Namun lama-kelamaan sabar mula hilang arah. Bila kita rasakan dia sudah cukup besar.
Boleh faham segalanya.

Hakikatnya dia masih kanak-kanak. Yang perlukan perhatian utama. Setiap perlakuan kita memberi makna. Hargailah setiap masa, kerana kita kawannya yang PERTAMA.

Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi

Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.

Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

 

Published by
Wan Amy