Tiara Dah Iras Muka Ibu! Peminat Sakat Achey Tak Bolehlah Nak Jealous Walaupun Rapat

Share

Makin besar Tiara dah makin seiras dengan isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali sebagai Anne. Ramai peminat yang menyatakan perkara sama apabila melihat gambar yang dikongsikan Achey di instagramnya.

Sejak Achey dan Anne mengambil Nur Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada 6 Ramadan lalu, pasangan ini sentiasa memuat naik gambar terkini anaknya.

Melalui perkongsian pasangan suami isteri ini, peminat mula memberi gambaran Tiara dah mula ikut muka Anne.

“Mata, muka bulat. Dah nak iras muka ibu”

“Makin besar, makin bam bam dah Tiara. Geram nak cubit pipi?

Nasiblah Tiara, ayah awak pelawak

Malah netizen juga tak kering gusi dengan lawak sempoi Achey yang selalu menyakat Tiara. Tiara pun seolah-olah macam reda je apa yang ayahnya buat.

“Suka sangat tengok Achey dengan Tiara.. Hidup dalam gelak je tiara ni nanti”

“Hahahhahaha . Bersabar lah naaak . Hang dapat bapak suka buat lawak. Pelawak pulak tu . Hahahhahahaha tapi Tiara makin besar dah macam muka mama dia pulak . Bulat!”

 

 

 

 

Published by
Wan Amy