Kekeluargaan

“Tiara Pecah Rekod Rezeki Saya Selama 14 Tahun Dalam Masa 6 Tahun…” Achey Luah Sebak

Share

Kasih tulus pelawak Achey bersama isteri Nor Hasanah Yahaya kepada Nur Tiara Zinnirah Nasir tiada tandingannya.

Masih ingat lagi tak, kira-kira 6 tahun lalu, peminat mendoakan terbaik buat Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, dan isteri Nor Hasanah Yahaya apabila ibu bapa setelah mereka sepakat mengambil anak angkat perempuan pada Mei 2018 selepas 8 tahun tahun mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, Achey melalui prosedur pengambilan anak angkat secara sah dari segi undang-undang dan membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kini, Tiara sudah berusia 6 tahun dan merupakan permata hati buat Achey dan isteri. Namun siapa sangka ejak kebelakangan ini, nama Tiara semakin dikenali. Ramai yang suka melihat gelagat Tiara yang sangat bersahaja.

Baru-baru ini, populariti meningkat naik apabila telah membuat live dengan menjual candy. Dalam tempoh 2 jam, 3000 botol candy telah berjaya dijual. Ramai yang menyokong perniagaan Tiara ini dan purata 21juta like direkodkan sepanjang live itu berlangsung.

Kisah sebuah keluarga ini bukan sekadar kisah kejayaan seorang selebriti, tetapi juga kisah seorang bapa yang menyayangi dan menghargai kehadiran anak dalam hidupnya.

Malah perkongsian Achey menyentuh hati tentang bagaimana kehadiran anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah, telah membawa sinar baharu dalam hidupnya.

Setiap detik bersama Tiara mengajar Achey erti cinta, kasih sayang, dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Lebih manis, Achey turut menjadi salah seorang penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2024 – Best Papa Millennial dengan kisah inspirasinya dan padangannya sebagai bapa dalam mendidik anak.

Tiara bukan sahaja memberi kegembiraan dan tawa dalam hidup Achey, tetapi juga menjadi sumber inspirasi yang mendalam untuknya terus berjuang dan berjaya. Kejayaan dan rezeki dalam hidup Achey dilihat semakin bertambah seiring dengan kehadiran anak perempuannya ini.

Setiap langkah kecil Tiara, setiap senyuman, menjadi dorongan kuat bagi Achey untuk terus bekerja keras demi masa depan yang lebih cerah buat keluarganya.

Achey mengakui Tiara bukan sahaja mengubah cara hidupnya tetapi mengubah rezeki mereka sekeluarga. Malah dia tidak menyangka puteri kesayangannya itu telah menambat hati rakyat Malaysia pada usia yang muda. Malah Achey juga tidak menyangka sepanjang dia bergelar artis selama 14 tahun, Tiara hanya mengambil masa 6 tahun sahaja untuk dikenali ramai.

“Enam tahun yang lalu, kehadirannya bukan sahaja mengubah cara hidup kami, tetapi juga membawa rezeki dari sudut yang berbeza. Dalam tempoh enam tahun ini, dia telah memecahkan rekod saya dalam industri selama 14 tahun. Popularitinya mengatasi saya.”

“Pada mulanya, dia tidak begitu dikenali. Namun, selepas satu video pada Hari Raya, namanya melonjak naik, dan sejak itu dia terus popular sehingga kini. Saya sendiri tidak tahu bagaimana keajaiban ini berlaku, tetapi saya percaya ia adalah anugerah dari Allah.

“Kehadiran Tiara membawa kegembiraan yang luar biasa kepada kami, dan kami sangat bersyukur dapat mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Tiara.”

Kisah ini benar-benar penuh dengan emosi kerana menggambarkan betapa besarnya kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Achey, walaupun melalui pelbagai cabaran hidup, mampu mengubah segala kesulitan menjadi peluang demi anak tercintanya.

Kegigihan, cinta dan ketulusan yang dipaparkan Achey dalam video ini memberi inspirasi kepada kita semua tentang pentingnya keluarga dan tanggungjawab.

Sumber: Hak Milik Majalah Pa&Ma

Published by
Nor Yusoff