Masih ada yang mempertikaikan status buah hati Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya iaitu Tiara Zinnirah sama ada sah menjadi mahramnya atau tak selepas pasangan ini mengambil anak angkat Mei lalu.

Menurut Achey walaupun sebelum ini isterinya gagal menghasilkan susu badan sendiri tapi Allah mempermudahkan urusannya sekeluarga.

Tiara Sah Jadi Mahram Achey. Isteri Tak Mampu Beri Susu Badan, Rezekinya Dengan Kakak Dan Biras“Saya boleh menarik nafas lega apabila status Tiara dah sah.

Dedah Achey, dia punyai alternatif sendiri apabila isterinya gagal menghasilkan susu badan sendiri.

“Isteri saya berusaha untuk memberikan susu badan untuk anak angkat saya namun kurang berjaya.

IKLAN

Tiara Sah Jadi Mahram Achey. Isteri Tak Mampu Beri Susu Badan, Rezekinya Dengan Kakak Dan Biras“Jadi, doktor sarankan agar berhenti kerana risau akan menjadi punca kanser payudara.

“Pilihan lain yang saya ada hanyalah kakak saya yang kebetulan sedang menyusu badan, jadi dialah ibu susuan Tiara.

“Selain itu, biras saya pun menjadi ibu susuan Tiara. Jadi tiada masalah untuk halalkan hubungan Tiara dan keluarga kami. Kedua-dua keluarga muhrimnya,” kata Achey.

IKLAN

Achey juga menyatakan sebelum itu dia dah pun mendapat pandangan ustaz dan mufti berhubung perkara ini sebab ia sangat merisaukannya.

Tiara Sah Jadi Mahram Achey. Isteri Tak Mampu Beri Susu Badan, Rezekinya Dengan Kakak Dan BirasDapat pandangan ahli agama

Menurut ulamak, Tiara perlu sekurang-kurangnya lima kali puas susuan dan syukur dapat lapan kali.

IKLAN

“Urusan ini selesai pada Aidiladha lalu dan semuanya berjalan lancar. Tiara sudah jadi darah daging saya,” tambahnya.

Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak tujuh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat sebelum Syawal lalu.

Tiara Sah Jadi Mahram Achey. Isteri Tak Mampu Beri Susu Badan, Rezekinya Dengan Kakak Dan Biras

Sumber: Gempak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI