Pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz bersama isteri, Datin Almy Nadia selamat menimang cahaya mata perempuan ketiganya, Sabtu lalu.

Berita gembira itu dikongsi Fizz menerusi akaun Instagramnya, @fizzfairuzofficial.

“Alhamdulilah.. isteri saya dah selamat bersalin anak kami yang no 3.. terima kasih atas semua yang mendoakan .. amin,” katanya.

Statusnya itu turut menerima ucapan tahniah daripada ramai peminat.

Menurut laporan Berita Harian, Almy bersalin di sebuah hospital swasta di Setapak, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam secara normal.

IKLAN

Berat bayi 3.31 kilogram. Rezeki kami dapat anak perempuan lagi, meskipun menanti detik kelahirannya cukup mendebarkan.

Sebelum ini, Almy dalam satu perkongsian di instagramnya menyatakan sekiranya bayi dalam kandungan terus berada dalam kedudukan songsang, dia terpaksa menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Fizz berkata kekuasaan Allah SWT mengatasi segala-galanya apabila tiba hari bersalin, semuanya dipermudahkan dan bayi terus berada pada kedudukan normal.

IKLAN

“Alhamdulillah, doa kami semua dimakbulkan apabila urusan melahirkan bayi ini dipermudahkan. Almy begitu lega kerana tidak perlu menjalani pembedahan,” katanya.

Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.

IKLAN

Tiba Hari Bersalin Boleh Lahir Normal. Almy Rasa Lega Kerana Sebelum Ini Bayi Songsang

Sumber: ig fizzfairuz

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI