Menjadi seorang ibu bukannya mudah, besar tanggugjawab yang harus dipikul. Sejurus selepas kelahiran, bermulalah episod baharu dalam kehidupan seorang ibu. Pelbagai perasaan bercampur-baur, jadi mudah terasa hati dan emosi terganggu.
Sebab itulah masyarakat sekeliling yang berada dekat dengan ibu selepas bersalin memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga kesihatan si ibu baik dari segi fizikal mahupun mental. Ia adalah perkara serius yang perlu diberikan perhatian.
Menurut Developmental Psychologist, Puan Pija Ramli, sudah tiba masanya untuk kita ubah ‘budaya’ yang tanpa kita sedari ada masanya membuatkan si ibu merasa down dan tiada semangat.
Ikuti penjelasan lanjut ini;
TIBA MASA UNTUK UBAH 💪🏼
Kalau sebelum ini bila jumpa ibu mengandung, kita tanya,
Dah scan jantina ke?
Dan berapa bulan?
Lepas ni cubalah tanya,
Awak & baby sihat ke? ✅
Kalau sebelum ini bila jumpa ibu yg baru lepas bersalin, kita tanya,
Anak lelaki ke perempuan?
Beranak normal ke caesar?
Bagi susu badan ke formula?
Berpantang ke tidak?
Kerja lagi ke lepas ni?
Tetapi lepas ni bolehlah tanya,
Macam mana perasaan sekarang? ✅
Perlukan apa-apa bantuan? ✅
Adakah ini susah? ✅
Satu tamparan dirasa bila tonton Birthcare Centre (Korean drama) yg mana ianya juga jadi budaya di Malaysia.
Ibu yg menyusu badan, ibu yg beranak normal, ibu yg duduk di rumah sambil jaga anak adalah first class mom. Tetapi ibu yg terpaksa memilih susu formula, menjalani pembedahan (elektif atau emergency), yg bekerja adalah second class mom.
Kategori ini datang dari mana?
Dari masyarakat yg penuh dengan toxic positivity.
Ehh anak Jemah tu banyak susu, penuh stok susu dlm peti ais dia sampai kena beli baru yg khas utk simpan susu, sebab dia rajin pam susu, dia rajin bg anak dia menyusu, dia rajin makan sup lobak putih, dia rajin pegi mengurut……..
Pergi checkup, kena marah dengan doktor/nurse.
Orang datang ziarah kena bebel pula.
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!
“Dia Boleh Pause, Sambung Balik.” Comelnya Kanak-Kanak Ni Menangis, Ramai Terhibur!
Maka dalam media social (yg katanya support group) pun sudah makin berlumba-lumba tentang susu siapa plg banyak, siapa plg rajin pam, anak siapa plg berisi, suami siapa plg supportive… Tanpa sedar, matlamat support tu dh hilang & diganti dengan toxic positivity… Mungkin tidak disengajakan tapi kena lihat semula agar tak terjerumus kepada unhealthy negativity pula. Macam mana nak #empowerwomen ? #empowermoms ?
(Ini realiti perkongsian kebanyakkan klien sy sendiri)
Jadi yg dipandang kepada ibu lain adalah malas. Malas berusaha.
Haihh andailah masyarakat tahu bahawa ada byk situasi lain yg menyebabkan ibu tersebut memilih sesuatu keputusan sekarang yg mungkin orang lain lihat sebagai tak cukup berusaha, pentingkan diri atau keputusan tidak baik.
Isu sokongan keluarga
Isu kesihatan fizikal
Isu kesihatan mental
Isu konflik peranan
Isu perhubungan dlm perkahwinan
Isu tingkah laku anak lain
Dan sebagainya…
& bukankah bila si ibu sudah memilih utk mengandungkan anaknya, bawa anak utk check up & memilih utk melahirkannya juga sesuatu yg ‘rajin’ & tertunai amanah serta hak anak?
Namun kita tak perasan, betapa ibu itu sudah mula berusaha sejak tahu dirinya mengandung & tidak pernah berhenti berusaha yg terbaik utk anaknya sampai kadang terlupa utk menyayangi diri sendiri.
Kalau kita lihat seorang ibu tersenyum gembira pada siang hari, mungkin dia sudah begitu penat menangis di malam hari.
Kalau kita lihat seorang ibu memilih utk bekerja, mungkin dia sudah cukup merasa susahnya hidup ketika kecil & mengimpikan kehidupan yg selesa utk anaknya.
Kalau kita melihat seorang ibu suri rumah & mempunyai banyak masa dengan anak, mungkin dia sudah cukup merasa sunyinya ditinggalkan berseorangan sejak kecil, tanpa teman.
Jangan cuma menilai.
Mari mula fahami.
Apabila membaca penulisan Puan Pija ini, memang benar ada masanya perasaan ibu diabaikan. Baik ketika mengandung mahupun selepas melahirkan, seseorang ibu akan melalui proses yang tidak mudah maka sebanyak mana sokongan yang boleh kita berikan, bantulah mereka untuk kembali sihat dan bersemangat.
Semoga dengan perkongsian deep ini dapat membuka mata kita untuk terus menghargai usaha serta penat lelah seorang ibu yang sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik buat anak-anak mereka. Wahai para ibu, anda adalah wanita yang hebat!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)