“Tiba-Tiba Anak Diam..” Ibu Panik Tali Mainan Lato-Lato Terbelit Di Leher Anak

Share

Sejak kebelakangan ini, mainan lato-lato antara yang menjadi trend dalam kalangan kanak-kanak. Mainan yang mempunyai dua bola pemberat ini dikatakan boleh mendatangkan kecederaan jika tak dikendalikan dengan baik.

Mungkin bagi kanak-kanak kecil risikonya agak tinggi jika tidak dipantau oleh orang dewasa. Namun dari segi kebaikannya pula, ia ada kebaikan kerana boleh meningkatkan koordinasi tangan.

Berikut antara perkongsian seorang ibu, Puan Zulaihah Abd Mutalibb Abd Mutalib untuk dijadikan peringatan bersama.

Dari sebuah mainan bertukar tragedi. Betullah bila anak yang tiba-tiba diam, baik pergi tengok cepat-cepat. Mulanya tak perasan pun di lehernya, tapi hatiku tetap tak sedap, muka Ayaan diam, tenang-tenang dan yang peliknya jari dia cuba macam tarik sesuatu di leher.

Gambar Hiasan

Lepas tu dia geleng-geleng kepala, kakaknya semua sibuk dengan buku cerita masing-masing. Terus suruh kakak tengok adik, kenapa..

Tiba-tiba kakak menjerit seolah berada dalam keadaan panik dan terus panggil “maaaamaaaa tali tersangkut di leher Ayaan”. Kelam kabut kakak cari gunting, boleh mainan ni terbelit tali di leher anak. Aku cuba buka tali tu, punyalah sukar sebab berbelit.

Masa ni perasaan bercampur baur. Lambat kakaknya cari gunting, nasib aku ingat pengetip kuku di kunci kereta. Aku potong jaaaaa, terussssss aku buang mainan tu. Andai kata aku masih sibuk di dapur, kemas semua stok, entahlah apa jadi.

Lepas kejadian itu, kakak yang masih terkejut terus peluk adik-adiknya. Ini anakku yang paling bongsu dan hanya satu-satunya anak lelaki. CUMA NAK PESAN, SIMPAN TEMPAT TINGGI,DAN JAUHKANN DARI ANAK KECIL.SALAH SAYA!

Kredit: Zulaihah Abd Mutalibb Abd Mutalib

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy