Anda pasti sudah tahu tanda-tanda bayi demam, kan? Badannya panas, dia rasa tidak selesa dan asyik merengek.
Waktu itu, semua ibu bapa akan mula risau. Lebih-lebih lagi kalau suhu badan mereka pula makin meningkat.
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
BACA [Rawatan Awal Ketika Anak Demam Panas Di Rumah Penting. Doktor Kongsikan 7 Cara Ini Mesti Buat]
Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Kalau anak demam panas boleh guna cara nie. Tak kisahlah anak masih bayi atau dah menginjak usia kanak-kanak.
Perkongsian dari Puan Hani ini boleh dicuba. Menurutnya cara ini memang cepat menurunkan suhu panas anak.
Lemon 2-3 slice
Air semangkuk
Tuala Kecil
Sumber: Hani Pembor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wabak nCoV Semakin Merebak & Catat Kematian! Elak Pergi Ke Negara Terjejas
Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Novel Corona Virus (nCoV) termasuk dalam keluarga virus yang boleh menyebabkan demam, atau lebih serius MERS dan SARS. Pesakit yang terdedah dengan virus ini akan memiliki gejala seperti pneumonia. Virus yang menyebabkan SARS didebarkan dari haiwan ke manusia.
Namun, dalam beberapa kes, sepert virus jenis corona ini, penularan dapat terjadi dari manusia ke manusia. Organisasi Kesihatan Dunia mengatakan ada beberapa virus corona yang diketahui ada pada haiwan dan belum disebarkan ke manusia.
Terkini: Hong Kong merekodkan kes pertama Virus 2019-nCoV melibatkan seorang lelaki berumur 39 tahun.
Dia bersama keluarga menaiki kereta api dari Tanah Besar China ke Hong Kong untuk meneruskan perjalanan ke Manila dan dikesan dijangkiti virus itu lalu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
4 ahli keluarganya yang lain telah berlepas ke Manila tanpa mengetahui mereka juga kemungkinan telah dijangkiti virus itu.
Kini, pihak berkuasa di Filipina sedang mengesan sesiapa saja yang berhubung dengan 4 individu itu termasuk penumpang dan krew penerbangan.
Wabak itu semakin merebak dan jumlah kematian dan positif dijangkiti virus itu meningkat mendadak.
Seramai 17 nyawa terkorban setakat ini dan hampir kesemua mangsa adalah golongan berusia yang mempunyai sistem imun badan yang lemah manakala lebih 500 orang positif dijangkiti virus itu.
Kerajaan China mengambil langkah drastik bagi mengelak penularan wabak itu.
1. Bandar Wuhan dikuarantin. Tiada sesiapa dibenarkan keluar.
2. Pengangkutan awam seperti bas dalam bandar, subway dan feri dihentikan sementara.
3. Lapangan terbang dan stesen keretapi ditutup. Semua penerbangan keluar dari Wuhan dibatalkan.
4.Semua orang diwajibkan memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.
5. Sambutan Tahun Baru Cina di Wuhan ditangguhkan.
Sementara itu, Jawatankuasa Kecemasan WHO telah mengeluarkan Panduan Sementara (Interim) untuk digunakan oleh setiap negara untuk menguruskan wabak itu.
Langkah Keselamatan
Komplikasi
Simptom-simptom
Jawatankuasa Kecemasan juga meneruskan mesyuarat tergempar pada hari kedua bagi membincangkan wabak itu termasuk kemungkinan mengumumkan Public Health International Emergency Concern (PHIEC).
Menurut laporan Astro Awani yang dibuat 2 hari lepas pula, Sistem pengesan haba dan saringan turut ditambah di sekitar kawasan awam, manakala polis trafik turut menjalankan pemeriksaan kenderaan yang keluar dan masuk bagi memastikan tiada haiwan ternakan dibawa keluar dari Wuhan.
NCOV juga dilaporkan tersebar di luar China, dengan Jepun, Korea Selatan dan Thailand sudah mengesahkan kes di negara masing-masing.
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lobak Merah Cantikkan & Elak Kerosakan Gigi, Bantu Turunkan Berat Badan
Nama saintifik bagi lobak merah ialah Daucus carota. Sayuran daripada keluarga ubi ini bukan sahaja bagus untuk mata tetapi juga untuk gigi. Sayuran rangup dengan warna oren ini sering digunakan sebagai bahan dalam coleslaws, salad dan wrap.
Lobak merah juga boleh digunakan dalam pembuatan pastri seperti kek dan mufin. Malahan ia juga boleh dijadikan sebagai jus yang berkhasiat.
Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA), secawan lobak yang dipotong, seberat 128 gram (g), memberikan:
Kalori – 52
Karbohidrat – 12.26 g
Gula – 3 g
Protein – 1.19 g
Lemak – 0.31 g
Serat – 3.6 g
Vitamin A – 1,069 mcg (mikrogram)
Vitamin C- 7.6
Kalsium – 42 mg (miligram)
Zat besi – 0.38 mg
Magnesium – 15 mg
Fosforus – 45 mg
Kalium – 410 mg
Sodium – 88 mg
Zink – 0.31 mg
Folat – 24 mcg
Vitamin K – 16.9 mcg
Secawan lobak merah sudah dapat membekalkan lebih 100 peratus purata keperluan harian vitamin A individu lelaki dan wanita yang disyorkan elaun harian (RDA). Sayuran ini juga mengandungi pelbagai jenis vitamin B.
Kebaikan lobak merah
Jadi anda sudah mengetahui kelebihan nutrisi yang terkandung di dalam sayuran ini, apa kata kita lihat pula manfaatnya untuk kesihatan badan secara keseluruhan, okay? Berikut adalah beberapa kebaikan lobak merah yang mungkin akan menarik minat anda untuk mengambilnya dalam diet pemakanan harian anda.
Penjagaan mata
Seperti yang semua sedia maklum, carrot sememangnya bagus untuk mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan anda mengalami rabun malam. Beta-karotena pula dapat melindungi mata daripada masalah degenerasi makular dan perkembangan katarak.
Kecantikan kulit
Nak kulit cantik? Makanlah lobak merah. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.
Cegah kanser
Kandungan diet karotenoid membuktikan lobak mempunyai kesan antikanser. Ini kerana kandungan antioksidan dapat membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan. Terdapat kajian yang mencadangkan kemungkinan wujud kaitan antara diet tinggi karotenoid dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, masih banyak bukti yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai perkara ini.
Kuruskan badan
Tengah mencari jalan untuk mengurangkan berat badan? Pilihlah lobak merah. Ia dapat membantu mengurangkan berat kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama.
Cegah kerosakan gigi
Mengamalkan pengambilan lobak dapat membantu dalam aspek penjagaan gigi. Ini kerana Daucus carota mempunyai peranan sebagai penghakis semula jadi yang boleh menyingkirkan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Malahan kandungan mineral di dalamnya dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut.
Sumber: Hello Doktor
Kredit foto (top image): Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ke Sekolah Akan Tukar Lampin Ibu” Anak 10 Tahun Jaga Ibu Kanser Tanpa Bapa
Usianya baru 10 tahun namun Nur Saffiya Irdina Mohd Firdaus sudah mampu menguruskan ibunya, Roliza Md Zain, 31, yang terlantar sakit akibat kanser payu dara sejak setahun lalu.
Setiap pagi sebelum ke sekolah, Nur Saffiya akan membersihkan badan dan menukarkan lampin pakai buang selain memberi ibunya makan.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar itu yang juga anak sulung daripada empat beradik itu menggalas tugas itu bapanya, Mohd Firdaus Marzuki, 35, meninggal dunia tahun lalu akibat penyakit jantung dan paru-paru berair.
Menurut Nur Saffiya, dia bersama ibu serta dua adiknya, Noureen Mikayla, 3, dan Nur Saffiya Elyana, 8, kini menumpang di rumah ibu saudara mereka, Rohani Md Zain, 44, di Kampung Charuk Purun, Tawar, Kuala Ketil, di sini.
Selain itu, adik bongsu mereka, Muhammad Waffiy Qayyum, 2, pula tinggal berasingan bersama seorang lagi ibu saudara mereka sejak ibu mereka jatuh sakit.
“Saya bangun awal untuk tukarkan lampin ibu setiap pagi sebelum pergi ke sekolah dan selepas pulang dari sekolah saya lakukan perkara sama.
“Selepas itu, ibu saudara pula akan ambil alih untuk jaga ibu ketika saya ke sekolah manakala pada waktu malam pula saya akan menemani ibu kerana tidak mahu dia kesunyian,” katanya ketika ditemui di rumah ibu saudaranya, di sini semalam.
Manakala Rohani berkata, sebelum ini Roliza yang menjaga ibu mereka Safiah Che Din sebelum meninggal dunia akibat kanser usus kira-kira 10 tahun lalu.
“Setiap hari saya sediakan dan masak apa jua makanan yang dia minta selain membantunya apa yang perlu termasuk ke bilik air,” katanya.
Dalam pada itu, Roliza berkata, dia dikesan menghidap kanser payu dara tahap empat pada Ogos tahun lalu iaitu dua bulan sebelum suaminya meninggal dunia.
Katanya, selepas bersalin anak keempat, payu dara kirinya membengkak dan bidan kampung memberitahu yang dia hanya mengalami bengkak susu.
“Tapi bengkak itu sakit sehingga enam bulan sebelum saya menjalani rawatan di klinik kesihatan berhampiran dan disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat.
“Sehingga kini saya masih berulang ke sebuah hospital di Ipoh, Perak untuk menjalani kemoterapi setiap dua minggu sekali.
“Tetapi sejak seminggu lalu, saya mendapati terdapat bengkak kecil seperti jerawat, tumbuh banyak di sekitar payu dara kiri,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 019-8673582 (Roliza) atau 019- 5739844 (Rohani) atau menyalurkan terus kepada akaun Maybank Roliza Md Zain bernombor 152040588376.
Kredit: HMETRO
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI