Bila isteri tiba-tiba tak bercakap, itu tanda dia “PENAT”. Penat terhadap perangai suami, penat terhadap apa yang selalu dia buat, penat dengan karenah anak-anak, penat dengan kerja-kerja rumah, penat dengan apa yang dia lalui hari demi hari.
ARTIKEL MENARIK [Isteri Kena Ada Simpanan. Andai Allah Ambil Suami Dulu, Kita Mampu Besarkan Anak]
Penat ni bukannya penat jenis yang kena rehat lepas tu hilang. Tapi penat yang nak ditolong. Penat yang nak perhatian, penat yang nak didengar luahan dan penat yang ada benda untuk diceritakan, penat yang nak belaian serta penat yang nak bantuan.
Tolong ubah perangai ke arah yang lebih baik, tolong ringankan bebanan dia, tolong uruskan anak-anak, tolong bantu buat kerja-kerja rumah.
Kita anggap dia moody, kita fikir dia terlalu mengikut perasaan tapi sebenarnya, tak bercakap tu tandanya isteri dah kehabisan kata-kata yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan yang dia alami tu. Dah bercakap banyak kali benda yang sama, tapi tak berhasil.
“Abang, tolong jangan asyik mengadap HP…Abang, tolong ajarkan anak-anak kerja sekolah…Abang, tolong buang sampah…Abang, tolong solat…”
Itu yang kadang-kadang dia memilih untuk tidak bercakap, untuk berdiam diri supaya dia boleh kembali bersabar dan bertabah dengan apa yang dia alami.
ARTIKEL MENARIK [Usah Bandingkan Pasangan Kita Dengan Orang Lain. Sempurnanya Dia Terletak Pada Diri Kita]
Dia tengah pujuk diri sendiri. Keesokan harinya, dia tetap continue dengan apa yang kebiasaannya dia buat walaupun sebenarnya dia “PENAT”.
Nota Kaki : Badan penat, boleh rehat…tapi perasaan penat? Tidur seminggu tak bangun pun belum tentu boleh hilang “penat” tu.
Sumber: Firdaus Shakirin