“Abang, ayang mengandung lagi…!” Ok la tu…Banyak la abang punya ok, yang ada sekarang ni pun umur tak sampai setahun lagi, nanti duit pengasuh, susu, pampers macam mana?”
– Tak payah risau la…-
Ini yang perlu anda sebagai suami isteri tahu dan faham. Allah bagi rezeki anak kerana Allah tahu setiap dari anak kita dah ada rezekinya. Cuma kita sebagai ibu bapa yang kena berusaha untuk mereka.
Perkongsian dari seorang suami dan bapa, Firdaus Shakirin sangat bermanfaat
Teringat lagi wife menjerit-jerit bila dapat tahu dia mengandung lagi, anak kedua…masa tu, ekonomi kami tak berapa nak kukuh dan stabil lagi, kami berdua kena combine gaji untuk bayar hutang dan semua kos lain untuk kelangsungan hidup. Pendek kata, tiap-tiap bulan cukup-cukup je la…then nak dapat seorang lagi pula macam mana nak survive?
Setiap anak itu, dia lahir dengan membawa rezekinya sendiri. Kalau Allah tahu kelahiran dia itu akan membebankan ibu bapanya, pasti Allah tidak mengizinkannya untuk berlaku. Bila Allah izinkan, maka pasti ada terselit hikmah dan ketentuan yang baik-baik belaka…apa yang ditentukan Allah itu tak kan pernah sia-sia.
Ads
“Ma Qadarullah Khair”
Saya ingat lagi, tinggal 2 bulan sebelum isteri nak bersalin, terdetik hati nak mintak keje di satu company tu…saja try apply, tup-tup esok tu dapat call dan lusa dah kena interview…masa interview dia ada tanya, kenapa nak tukar tempat keje…
“Sebab keluarga, kos hidup tinggi dan nak gaji yang mampu menyara kehidupan saya, isteri dan anak-anak”
Guess what?
Ads
Sebelum balik interview, HR tanya, “Lets say u get the position, will u be able to start ASAP?” Of course la yes kan…terus dapat, on the spot, hari yang sama dan gaji juga dapat seperti yang diminta.
Alhamdulillah rezeki anak. Dia tak lahir lagi tapi dah pun memudahkan urusan orang tuanya.
Then masa anak ketiga, hari Ahad wife saya discharged from satu hospital selepas bersalin, hari Isnin, saya bawa anak check kuning kat KK, tetiba ada unknown number called…”Hello, Gud Morning, May i speak to Mr Firdaus…? My name is xxxx, and i’m from Schlumberger…Ur resume, experiences, role n responsibility is the one that we r looking for & it fit with our requirements”
What…Schlumberger?!!!
Ads
Saya jawab la yang saya tak penah apply pun for any post at your company and currently also not looking for a new job…tapi apa dia cakap, “If we need people, we will find them, not u find us…we used resume search, we search for the type of employee we want…this is the opportunity to double up or increase ur salary…just come 1st, try, then we will see how…nothing to lose, u still can work at ur current company if u didn’t get the job…”
Saya pun try as what he said, go thru exam, 1st interview, 2nd interview, and lastly get the job…another increment, another 20% salary naik dan it’s happened ketika isteri masih dalam pantang anak ketiga…!
And now, what i got, what i earned, i give back to the tempat yang sepatutnya…where? my family, isteri dan anak-anak, share dengan dia orang sama-sama. Bila kita niat untuk mereka, demi mereka, insyaAllah Allah akan bagi sepertimana yang kita niatkan. Tapi jangan lupa diri, jangan lupa daratan dan jangan hilang pedoman. Kita tetap kena “bagi balik” kepada family sebab itu niat kita pada asalnya, pada awalnya dan itu kita kena ingat sampai bila-bila.
IF NOT, Allah boleh tarik balik semuanya dalam sekelip mata.
“Anak nakal tu, mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram.
Perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.
Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa.
1. Doa
Doa kebahagiaan rumah tangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”
Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham. Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak.
Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila isteri tiba-tiba tak bercakap, itu tanda dia “PENAT”. Penat terhadap perangai suami, penat terhadap apa yang selalu dia buat, penat dengan karenah anak-anak, penat dengan kerja-kerja rumah, penat dengan apa yang dia lalui hari demi hari.
Penat ni bukannya penat jenis yang kena rehat lepas tu hilang. Tapi penat yang nak ditolong. Penat yang nak perhatian, penat yang nak didengar luahan dan penat yang ada benda untuk diceritakan, penat yang nak belaian serta penat yang nak bantuan.
Tolong ubah perangai ke arah yang lebih baik, tolong ringankan bebanan dia, tolong uruskan anak-anak, tolong bantu buat kerja-kerja rumah.
Kita anggap dia moody, kita fikir dia terlalu mengikut perasaan tapi sebenarnya, tak bercakap tu tandanya isteri dah kehabisan kata-kata yang bersesuaian dengan situasi dan keadaan yang dia alami tu. Dah bercakap banyak kali benda yang sama, tapi tak berhasil.
“Abang, tolong jangan asyik mengadap HP…Abang, tolong ajarkan anak-anak kerja sekolah…Abang, tolong buang sampah…Abang, tolong solat…”
Itu yang kadang-kadang dia memilih untuk tidak bercakap, untuk berdiam diri supaya dia boleh kembali bersabar dan bertabah dengan apa yang dia alami.
Tahukah anda anak yang kerap dipeluk ibu akan membesar sebagai individu yang positif, mudah mendengar kata dan mempunyai perilaku yang baik.
“Kenapa susah sangat nak dengar cakap Ibu. Dah berapa kali ibu pesan jangan buang sampah dalam bilik. Kotor!!”
Puas dimarah, dileter dan didenda tapi anak tetap susah nak dengar cakap ibu bapa. Kenapa? Tentu ramai ibu-ibu mengalami situasi yang sama dengan anak-anak zaman sekarang tak kira yang besar ataupun masih kecil.
Luahan ini sering didengar oleh Ustaz Ebit Lew dan beliau telah berkongsi tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
1. Kerap peluk anak
Ada pasangan suami isteri jumpa saya katanya anak-anaknya selalu tak dengar kata dan buat perkara yang tak patut. Mereka tak hormat kami ibu bapa.
Jawab saya berilah masa selalu peluk mereka. Lagi kuat kita peluk mereka lebih mereka menjadi manusia yang penyayang.
Mereka jumpa saya semula dan kata lepas selalu peluk anak mereka berubah. Lembut dan mudah dengar kata. Sekali suruh terus jalan. Lembut dan rasa kasih sayang.
Anak-anak dahagakan pelukan dan kasih sayang. Sama juga mak kepada anak kita. Mereka lebih-lebih lagi dahagakan kasih sayang dan pelukan.
2. Jangan gaduh depan anak
Kita sebagai anak boleh terima kurang sempurna rumah. Tidur ramai-ramai tanpa bilik. Kenderaan atau pakaian mak ayah tak sempurna. Kurang duit. Tak dapat gadget atau permainan.
Tapi tiada anak yang boleh tahan lihat mak ayah mereka bergaduh dan mak ayah yang hidup tanpa cinta dan saling memusuhi mengkhianati.
Walau kita dah dewasa kita tak sanggup lihat mak ayah kita bergaduh. Inikan pula anak masih kecil. Berikanlah hak anak-anak. Iaitu didikan iman. Dan anugerahkan mereka contoh kasih sayang dan keikhlasan dalam hidup.
Biarlah mereka bina yakin dan percaya dengan Islam. Berikanlah hak mereka. Jangan bergaduh depan anak-anak. Buatlah semuanya kerana Allah. Hidupkan Ta’lim dalam rumah. Hidupkan sunnah dalam rumah.