Hati ibu mana sanggup lihat anak berdepan detik cemas. Itu yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Fara Hezel apabila anak lelakinya, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra dilaporkan telah terperangkap dalam kereta yang terkunci selepas melakukan aktiviti riadah di sebuah kawasan rekreasi di Terengganu.
Menurut Fara, pintu keretanya itu terkunci secara automatik ketika dia meletakkan anaknya itu di kerusi bayi di tempat duduk penumpang dan bila nak masuk kereta, tiba-tiba pintu dah terkunci dari dalam.
“Tak tahu nak buat macam mana, Fara terpaksa meminta pertolongan orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk memecahkan tingkap kereta tersebut.
“Allahuakbar! Dugaan betul hari ni. Korang tahu tak harini Fara diuji. Farah bawa Aisy jalan-jalan dekat Lagoon, Kuala Ibai. Masa nak balik, letak Aisy dekat seat dia, Fara dah siap lock dia Fara nak masuk kereta, kereta terkunci dari dalam.
“Allahuakbar tak tahu nak cakap macam mana nervous dia. Nasib Aisy tak nangis. Fara risau dia lemas sebab enjin kereta tak start lagi.
“Fara tak fikir malu dah. Terus jerit panggil orang tolong. Terima kasih sangat-sangat pada pak cik, abang-abang dan kakak yang membantu tadi. Fara suruh je dia pecah tingkap, takda fikir apa dah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Setiaku Pasti ini menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories.
Fara akhirnya mampu menarik nafas lega selepas anaknya itu berjaya dikeluarkan dengan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian ini benar-benar buatnya trauma.
“Guys dengan apa yang terjadi dekat Fara ni beri kesan yang sangat dalam pada Fara. Fara cuba buat yang terbaik untuk Aisy tapi still gagal. Allah uji Fara.
“Tapi tak mengapa, Fara ambil semua ini sebagai peringatan pada diri Fara untuk lebih peka. Alhamdulillah Allah masih melindungi kami,” kongsinya.
Di kesempatan itu juga, Fara turut mengingatkan para ibu untuk sentiasa peka, lebih-lebih lagi soal keselamatan anak.
“Kepada korang yang ada anak tolong guys. Kalau nak bawa anak berdua make sure korang lebih peka. Jangan tinggal kunci dalam kereta. Make sure ada di tangan.
“Itulah kesilapan Fara. Please ibu bapa di luar sana jangan sebab kelalaian kita anak jadi mangsa,” katanya.
Fara yang mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dari Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 2019 itu dikurniakan anak sulung pada 18 Oktober 2020.
Kredit: IG Officialfarahezel
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)