Urutan sememangnya meredakan anak malah membuatkan anak kekal selesa dan relaks. Pun begitu, melakukan urutan pada bayi memerlukan teknik yang tepat.
Menurut pakar perbidanan, Puan Mazidah Ghazali, urutan pada bayi sememangnya harus dilakukan ketika bayi masih berada di dalam pantang lagi. Bukan hanya ibu yang melahirkan, malah bayi juga disyorkan untuk melakukan urutan ini.
Bayi juga seperti orang dewasa. Bayi turut mengalami masalah ketegangan otot dan lenguh-lenguh pada sendi. Masalah kembung perut, tidur yang tidak nyenyak dan berkualiti antara petanda bayi memerlukan urutan. Semua ini terjadi kerana badan merasa kurang selesa.
Disebabkan itulah bayi di bawah usia enam bulan disarankan untuk melakukan urutan. Ini bagi melancarkan perjalanan darah dan melegakan seluruh anggota badan.
SARANAN URUT
Ibu bapa yang tahu akan kepentingan urutan dan mahu anaknya lebih selesa dan paling penting melancarkan seluruh tubuh bayi mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan urutan. Namun tiga kategori bayi ini diwajibkan untuk melakukan urutan.
*Tidak Cukup Bulan
Bayi tidak cukup bulan amat disarankan bagi melancarkan aliran darahnya ke seluruh tubuhnya yang masih kecil. Hal ini juga membantu kenaikan berat bayi dengan lebih cepat.
*Anak Sindrom Down
Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi sindrom down, urutan memainkan peranan penting untuk menenangkan mereka.
Ads
*Hyperaktif
Begitu juga dengan anak hyperactive atau terlalu aktif. Urutan membuatkan mereka lebih tenang malah mempunyai tidur yang lebih berkualiti.
Apa yang ibu bapa perlu tahu, selepas diurut, bayi akan mengeluarkan sejenis hormon yang baik untuk perkembangannya. Disebabkan itulah mengapa bayi disarankan untuk diurut.
Selain melancarkan perjalanan darah, memberi ketenangan dan tidur lebih nyenyak, sebenarnya ada tiga kelebihan lain yang ibu bapa harus tahu.
*Elak Angin Pasang
Urutan sebenarnya harus dilakukan lebih awal pada bayi lelaki bagi mengelakkan masalah angin pasang berlaku. Hal ini paling kerap terjadi kepada anak masih kecil. Ini merupakan sebahagian pencegahan awal.
Ads
*Elak Kembung Perut
Urutan juga mengelakkan masalah kembung perut yang sering terjadi kepada bayi selepas dilahirkan. Urutan sebenarnya cukup membantu dalam masalah ini.
*Tali Pusat Tersembul
Urutan pada awal kelahiran juga mampu mencegah masalah tali pusat tersembul yang kerap berlaku kepada bayi.
Urutan Vitaflek Untuk Bayi
Teknik urutan pada bayi sedikit berbeza bagi orang dewasa. Malah darjah tekanan ketika diurut pada tubuh bayi pula hanya 0.01mm sahaja kerana bimbang ia mampu memberi kesan kepada bayi.
Ads
Ia biasanya dimulakan dengan urutan Vitaflek yang dilakukan di bahagian kaki seperti refleksologi orang dewasa. Teknik ini memfokuskan kepada sistem pembiakan, perkumuhan serta kawasan ENT iaitu mata, hidung dan telinga.
Seterusnya barulah diurut dibahagian betis, paha, dada, tangan, kepala dan muka serta bahagian belakang yang dibawa turun hingga ke kaki.
Tip Perlu Tahu
*Pastikan perut bayi kosong dan tidak disusukan sebelum proses urutan bermula. Ini bagi mengelakkan mereka muntah.
*Waktu disarankan adalah selepas bayi mandi atau waktu sebelum mereka tidur. Ini bagi membolehkan bayi tidur dengan lebih nyenyak dan berkualiti.
* Paling penting sekali adalah memilih minyak urutan yang tepat. Dilarang sama sekali menggunakan minyak dengan pewangi yang memudaratkan kulit bayi. Paling disarankan adalah minyak kelapa dara (VCO) atau sebarang minyak lain tanpa bahan kimia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika si comel anda sedang asyik menangis dan tiada tanda yang menunjukkannya akan berhenti, cuba dukung mereka dan lihat apa akan berlaku. Pasti sahaja bayi akan berhenti menangis serta-merta. Bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui punca bayi berhenti menangis apabila didukung.
Mengapa bayi berhenti menangis apabila didukung?
Melalui sebuah kajian yang pernah dijalankan terhadap 12 bayi sihat yang dipasangkan electrocardiogram (ECG), perkara ini telah diteliti dengan lebih lanjut. Para pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi tersebut ke dalam beberapa posisi iaitu:
Bayi baring di atas katil
Bayi duduk di atas kerusi
Bayi didukung dan dibawa berjalan selama 30 saat
Keputusannya, bayi yang baring di atas katil dan bayi yang duduk di atas kerusi masih menangis manakala bayi yang didukung dan dibawa berjalan akan berhenti menangis dengan serta-merta. Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, ECG yang dipasang pada bayi ketika kajian dijalankan juga menunjukkan bacaan kadar degupan jantung yang lebih tenang jika mereka didukung dan dibawa berjalan.
Ini menunjukkan bahawa bayi secara semula jadinya akan berasa lebih tenang jika berada dalam dakapan ibu bapa ketika didukung dan dibawa berjalan. Ini juga dipengaruhi oleh faktor degupan jantung bayi yang akan berkurangan secara mendadak apabila didukung oleh ibu bapa mereka sekali gus menyebabkan mereka berhenti menangis.
Walaupun situasi ini kelihatan seperti akan meletihkan ibu bapa, ia sebenarnya adalah satu ketentuan yang sangat menguntungkan individu yang bergelar manusia. Ini kerana respon ibu bapa yang akan mendukung bayi tatkala bayi menangis berkemungkinan dapat meningkatkan kebarangkalian bayi untuk terselamat dalam kes melarikan diri dalam situasi kecemasan.
Adakah terdapat penjelasan lain?
Ya, namun ia memerlukan kita untuk berfikir berjutatahun ke belakang. Pada zaman primitif, jika seseorang manusia itu ingin melarikan diri dari binatang buas, bayi yang didukung oleh mereka akan diam sahaja agar tidak menganggu ibu bapa yang sedang berlari. Pendek kata, ia merupakan proses survival untuk menyelamatkan diri mereka.
Namun begitu, ini hanya teori sahaja. Penjelasan yang tepat adalah bayi secara semula jadinya akan berhenti menangis dan berasa lebih tenang apabila didukung oleh individu yang paling mereka kenali dan percayai iaitu ibu bapa mereka kerana kadar degupan jantung bayi akan berkurangan secara mendadak.
Oleh itu, jika si comel anda menangis tidak berhenti, cuba dukung dan bawa mereka berjalan-jalan. Selepas itu, lihat sahaja senyuman mereka setelah berhenti menangis.
Parut pembedahan pada badan ibu adalah kenangan yang & lambang kasih sayang. Shakilla Khoriri yang baru melahirkan cahaya mata tekad mahu turunkan berat dan bersenam selepas habis tempoh pantang.
Shakilla yang melahirkan cahaya mata pertamanya, Ameena Sofia pada 14 March 2019 lalu berkongsi tentang perkembangan terkini dirinya. Shakilla berkongsi fotonya bersama Ameena yang dirakamkan oleh suami, Fizi Ali dan menceritakan tentang keadaan diri selepas melahirkan.
Pagi tadi minta Fizi ambil kan gambar Ameena dengan i. Saja buat kenang-kenangan masa besarkan Ameena dengan keadaan badan yang banyak rosak sana sini yang kena repair.
Satu hari nanti mesti akan jadi kenangan atau COP second hand sebab dah pernah jadi isteri dan pernah beranak. Tak boleh tipu.
TANDA ITU SENTIASA ADA PADA BADAN SEORANG EMAK
Tanda dia akan ada dan sentiasa ada pada badan seorang EMAK walaupun kau pi buat apa2 treatment kecuali kau bedah dan leser satu badan lah tapi still akan tahu yang kita second hand. ???
Malu ?Buat apa nak malu. Kalau nak malu, emak2 kita pun malu lah lahirkan kita? ?
TAK SABAR HABIS PANTANG NAK LARI KAT TAMAN
Pagi bangun dan timbang and still 63KG and feeling down. Down. Down. Down. Tapi tengok muka Cik Meena terus lupa yang badan macam badak ni. ?Tak sabar habis pantang boleh Lari kat taman 80 round ?
49KG SAMPAI 73KG NOW 63KG. TAPI I OK JE
Eh tipu lah tak strees dari berat 49kg sampai ke 73kg and now 63kg , Tipu sangat tak stress.
Tapi i OK je. Tapi takde lah ok sangat. Tapi OK je lah.
MINTA PEMINAT KONGSI CARA LOSE WEIGHT LEPAS BERSALIN
Mommys cuma share macam mana lose weight lepas beranak dengan i. Tapi janji jangan share pasal product kurus ! Share pengalaman kurus dengan cara lain you buat selain ubat kurus !
Para peminat berkongsi dengan Shakilla tentang bagaimana untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Masing-masing kebanyakannya menegaskan untuk turun berat dengan sihat dan tidak terlalu tergesa-gesa.
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod keempat minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Check Up Kali Pertama. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 2 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal lahir, adik Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurairi,5, dah tiada kulit di bahagian sebelah kanan kakinya dari paras lutut hingga tapak kaki.
Dilahirkan cukup bulan tetapi terpaksa czer kerana kedudukannya yang songsang, keadaan Faris mengejutkan ibunya, Norazilawani binti Zi kerana sewaktu buat scan semuanya normal. Paling sedih sewaktu dalam wad selepas lahir, doktor mendapati kaki sebelah kirinya juga turut terkesan dan mengalami luka akibat geseran.
Dari situ doktor mengesahkan Faris mengalami Epidermolysis Bullosa iaitu keadaan kulit rapuh dan alah pada geseran ataupun jika terjatuh boleh mendatangkan kecederaan.
Menurut ibunya, disebabkan keadaan itu segala aktiviti Faris terhad. Dia pun tak boleh keluar rumah dan hanya bermain dalam rumahnya. Kawan-kawan atau sepupu yang sebaya dengannya pun dah faham. Jika keluar rumah pun kerana ada temujanji hospital.
“Sekarang Faris menjalani terapi sebulan sekali di bahagian Cara Kerja Hospital Raja Perempuan Zainab II sebulan sekali untuk uji mindanya, berikan pendedahan aspek fizikal dan keyakinan diri.
“Menjaga Faris kena jadi cerewet. Tak boleh biarkan dia main sesuka hati kerana kasihan lihatnya menangis bila terjatuh atau terkena geseran. Jika tak diperhatikan keadaan kulitnya akan cepat terkoyak atau boleh berlaku lepuhan besar.
“Setakat ini kos rawatan sebulan mencecah RM2,000 untuk mencuci lukanya dan menjaga dari tidak menjadi teruk,” katanya.
Masih makan bubur
Bab makan juga Faris tak boleh makan makanan yang keras kerana takut lidahnya luka. Kalau makan biskut atau keropok ikan pun tak boleh. Nasi biji pun masih tak boleh makan dengan sempurna lagi.
Kini Faris hanya sesuai makan bubur nasi yang dikisar lembut dan makanan laut pun kena elak. Jika salah makan, kesannya Faris akan mula merengek gatal dan asyik nak menggaru.
Jika waktu malam dia gatal memang sangat kasihan kerana dia tak boleh nak menggaru disebabkan tiada kuku di jari tangan dan kaki. Nak tak nak ibunya akan bantu untuk gosok bagi dia rasa tenang.
Bagi yang ingin membantu rawatan adik Faris bolehlah hulurkan sumbangan di akaun Maybank 153104196259 atas nama ibunya Norazilawani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!