Sembelit terjadi apabila najis atau bahan buangan bergerak perlahan di dalam usus yang menyebabkan najis menjadi kering dan keras.

Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.

Tidak Latih Anak Ke Tandas Sejak Awal Punca Sembelit! 6 Cara Atasi Sembelit Anak

Banyak faktor boleh menyumbang kepada sembelit di kalangan kanak-kanak termasuk:

1.Perubahan pada diet

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta air yg tidak mencukupi pada diet kanak-kanak boleh menyebabkan sembelit (Fujitani et al., 2018). Selain daripada itu, ia juga kerap terjadi pada bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal disebabkan perubahan diet cecair (susu ibu/formula) kepada makanan pejal.

2.Alahan kepada susu lembu

Tidak Latih Anak Ke Tandas Sejak Awal Punca Sembelit! 6 Cara Atasi Sembelit Anak

Alergi kepada susu lembu dan produk tenusu serta pengambilan yang berlebihan juga boleh menyebabkan sembelit.

3.Sejarah keluarga

Kebarangkalian berlakunya sembelit pada kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang berpengalaman menghidap sembelit adalah tinggi. Ia mungkin disebabkan oleh genetik dan tinggal dalam persekitaran yang sama.

4.Kegemukan atau berlebihan berat badan

IKLAN

Tidak Latih Anak Ke Tandas Sejak Awal Punca Sembelit! 6 Cara Atasi Sembelit Anak

Beberapa kajian mendapati sembelit kerap terjadi pada kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau kegemukan berbanding usia. Ini kerana, pengambilan makanan harian mereka adalah kebanyakannya tinggi lemak, kurang serat dan air serta terhad aktiviti fizikal.

5.Menahan atau mengabaikan rasa ingin buang air besar

Kanak-kanak sanggup menahan rasa ingin membuang air besar kerana sibuk bermain, takut ke tandas atau tidak selesa menggunakan tandas awam apabila berada di luar rumah.Kesakitan yang dialami semasa buang air besar menyumbang kepada trauma dan menyebabkan kanak-kanak akan menahan diri daripada membuang air besar.

6.Masalah latihan tandas pada usia muda

Sekiranya anak-anak diberikan latihan tandas pada usia muda dan tidak bersedia, ia boleh mendorong kanak-kanak untuk menahan buang air besar dan menyebabkan sembelit.

7.Perubahan pada rutin harian

IKLAN

Sebagai contoh, cuaca, tempat dan stres akan mendorong kepada sembelit.

8.Pengambilan ubat atau suplemen

Sesetengah jenis ubat dan supplemen boleh menyebabkan berlakunya sembelit.

9.Masalah kesihatan

Sembelit di kalangan kanak-kanak disebabkan masalah kesihatan atau penyakit jarang berlaku, tetapi ia merupakan petunjuk kepada abnormaliti pada anatomi, metabolik atau sistem pencernaan atau disebabkan penyakit yang lain.

BAGAIMANA MENGATASI DAN MERAWAT SEMBELIT?

1.Tingkatkan pengambilan air

IKLAN

Minum air masak atau cecair yang lain dapat membantu najis melalui usus dengan mudah. Jumlah air yang diperlukan setiap kanak-kanak dalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Tetapi kebiasaannya, kanak-kanak memerlukan 3 ke 4 gelas air masak setiap hari. Bagi bayi yang berumur enam bulan ke atas dan mula diperkenalkan dengan makanan pejal, cuba tawarkan sedikit jus prun sekiranya menghadapi sembelit. Manakala, bagi kanak-kanak yang sudah mula berjalan dan berlari, pengambilan air perlu ditingkatkan sesuai dengan pertambahan usia dan aktiviti fizikal mereka.

2.Hidangkan makanan yang berserat tinggi

Makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan seperti jambu batu, prun dan epal dan roti mil penuh boleh membantu mengelakkan sembelit (Stewart & Schroeder, 2013). Serat tidak boleh dicerna, tetapi ia membantu dalam memudahkan pencernaan makanan sehingga ke penyahtinjaan. Manakala, makanan yang tinggi lemak, gula dan berkanji menyebabkan pergerakan usus lebih lambat dan berkecenderungan mengalami sembelit (Fujitani et al., 2018).

3.Pengambilan jus buah-buahan

Jus buah-buahan dapat membantu mengatasi sembelit, sebagai contoh buah prun, epal atau pir. Kanak-kanak berumur setahun dan ke atas digalakkan minum jus buah sebanyak 120 ml – 180 ml sehari, manakala bagi bayi berumur 6 bulan ke setahun, tidak melebihi 120 ml sehari.

4.Aktiviti fizikal yang mencukupi

Aktiviti fizikal membantu dalam memudahkan pergerakan usus, jadi ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk beriadah seperti berbasikal, berlari di taman dan sebagainya.

5.Jadual makan yang tetap

Jadual makan yang tetap setiap hari dapat membantu kanak-kanak membentuk rutin amalan buang air besar

6.Pengubahsuaian pada diet

Bagi bayi yang baharu diperkenalkan makanan pejal ketika berusia enam bulan, ibu bapa perlu bijak membuat pengubahsuaian terhadap diet bayi agar bersesuaian dengan umur dan kemahirannya. Perhatikan keadaan najis anak dalam tempoh beberapa hari selepas diperkenalkan dengan makanan tertentu. Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perubahan najis anak dan perubahan diet mereka. Sekiranya bayi tidak membuang air besar 2 ke 4 hari, lebihkan pengambilan air atau buah dalam diet mereka.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI