Penyakit kanser menjadi ketakutan bagi sesiapa pun. Kanser payudara dan kanser serviks semestinya menjadi satu igauan ngeri bagi semua wanita. Namun kanser, penyakit tanpa faktor dan sebab ini boleh dihidapi sesiapa sahaja tanpa ketahui apa punca sebenarnya.
Namun kenyataan daripada doktor pakar ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada wanita, lebih-lebih yang menyusukan anak.
Menurut Dr Sarinah Basro, Consultant Breast & Endocrine Surgeon, Avisena Specialist Hospital, memberi susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
Dr Sarinah Basro.
Lebih lama seseorang wanita memberi susu badan, lebih kecillah risikonya untuk mendapat kanser payudara. Menyusu badan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 4.3 peratus setiap tahun penyusuan.
Walaubagaimanapun, pengurangan risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan ada wanita yang menyusu bayi lebih dari setahun pun tetap mendapat kanser payudara.
Malah Dr Sarinah Basro turut merungkai permasalahan kanser payudaya yang turut berlaku kepada ibu hamil.
“Secara umum, faktor sebenar penyebab kanser payudara tidak diketahui. Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara, tetapi sesetengah wanita lebih berisiko daripada yang lain. Faktor- faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara adalah:
Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara (terutamanya ibu atau adik-beradik perempuan)
Sejarah telah mendapat kanser pada satu payudara.
Terdedah kepada kesan hormon estrogen yang berpanjangan seperti
– peningkatan usia
– mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
– tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
Ads
– pengambilan pil hormon gantian yang berpanjangan di kalangan wanita- wanita keputusan haid ( menopause)
Obesiti atau kegemukan
Walaubagaimanapun, faktor risiko ini tidak terjadi kepada semua wanita, malahan mereka yang tidak punya faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara.
Wanita yang menghidap kanser ketika hamil adalah insiden atau satu kebetulan. Tiada punca dan kesan yang jelas yang dapat dikaitkan antara kanser dengan kehamilan. Beberapa kajian kanser payudara mendapati majoriti kanser payudara yang didiagnosis ketika hamil adalah reseptor hormon yang negatif. Ini bermaksud, ia tidak bergantung pada kadar tinggi hormon wanita yang hadir ketika mengandung.
Oleh itu, tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam wanita mengandung yang mendedahkan mereka kepada pembentukan kanser.
Risiko Rawatan Kanser Pada Ibu Hamil
Adalah berbahaya bagi ibu hamil untuk menjalani setiap rawatan kimoterapi dan sebagainya namun menurut Dr Sarinah lagi, setiap pesakit perlu menjalani rawatan yang sama seperti pesakit kanser yang lain.
Ibu hamil yang disahkan mengidap kanser payudara perlu mendapat rawatan sepertimana pesakit-pesakit yang lain. Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kanser payu dara itu. Walaubagaimanapu ia perlu disesuaikan dengan peringkat kehamilan untuk mengurangkan risiko terhadap bayi dan kandungan.
Ads
Antara risiko kemoterapi kepada janin adalah keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kecacatan dan merencat perkembangan bayi atau kurang berat badan.
Oleh itu, rawatan kemoterapi ketika trimester pertama (< 12 minggu) cuba dielakkan kerana ia tempoh penting untuk pembentukan organ dalaman bayi dalam kandungan. Kemoterapi yang dilakukan ketika trimester kedua (12-24 minggu) dilaporkan selamat untuk pesakit hamil. Doktor juga akan cuba tidak melakukan rawatan kemoterapi pada penghujung trimester ketiga supaya tidak timbul komplikasi ketika hampir waktu kelahiran.
Teknik Penyusuan Perlu Tepat
Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin. Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.
Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.
Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Ads
Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi, Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.
Puan Suriayana Mohd Said.
“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.
Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah.
Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.
Jangkitan kulat
Jangkitan kulat mudah terjadi kepada puting atau kulit yang luka dimana medium yang lembab yang sesuai untuk pertumbuhan kulat.
Tanda-tanda jangkitan kulat seperti merasa sakit semasa dan selepas penyusuan yang tidak pernah dialami sepanjang penyusuan. Sakit seperti pisau yang menusuk/ bersifat panas serta terbakar pada payudara. Puting dan kawasan areola menjadi keruping dan kemerahan. Terdapat tompokan putih pada mulut bayi yang menunjukkan si bayi mungkin terkena jangkitan.
Jika ibu ada jangkitan kulat pada puting adalah selamat untuk menyusukan bayi dengan syarat ibu dan anak mendapat rawatan. Susu ibu mengandungi pelbagai antibody, anti-bacteria dan juga anti-kulat. Ibu perlu berjumpa doktor untuk mendapat ubat anti kulat dan bayi perlu diberikan oral anti-kulat sebagai pencegahan.
Bengkak susu
Payudara yang bengkak, rasa sakit, nampak berkilat, merah. Terjadi disebabkan lewat memulakan penyusuan selepas bersalin, pelekapan salah, tidak menyusu dengan kerap. Ia boleh dicegah dengan menyusukan bayi seawal mungkin selepas kelahiran, dengan kerap mengikut permintaannya dengan posisi dan pelekapan yang betul.
Mastitis
Mastitis keadaan dimana payudara mengalami keradangan dan boleh menjadi jangkitan. Ibu akan merasa sakit, demam dan tidak sihat. Sebahagian payudara bengkak, keras dan merah.
Beza bengkak dan mastitis: bengkak berlaku pada keseluruhan payudara dan biasanya kedua-dua belah. Mastitis berlaku sebhgian payudara dan selalunya sebelah sahaja.
Mastitis boleh berlaku kepada payudara yang bengkak/akibat saluran tersumbat.
Boleh dirawat dgn antibiotik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila si manja meragam, tak sampai hati tengok dia. Banyak faktor yang akan buat bayi rasa tak selesa selain lampin yang basah. Bila kulitnya bermasalah, bayi akan merengek kerana hanya itu yang mampu dia lakukan. Nak beritahu di mana tak kena, si manja tak mampu. Jadi sebagai mama papa, kita perlu lebih peka dan ambil berat jika ada sesuatu yang mengganggu keselesaan bayi tersayang.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Salah satu punca yang menyebabkan anak rasa tak selesa adalah masalah berkaitan kulitnya. Perkara inilah yang membuatkan mama papa rungsing dan buntu untuk mencari penyelesaian bagi memastikan si manja selesa dan kulitnya juga sihat.
Masalah kulit pada si manja boleh dilihat apabila kulitnya kelihatan kering dan menyebabkan kegatalan, kulit yang kemerah-merahan atau mengalami ruam serta kerengsaan:
Kulit Kering & Gatal
Ini antara masalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan bayi. Kulit bayi lebih sensitif berbanding kulit dewasa yang menyebabkan ia mudah mengalami kekeringan. Masalah kulit kering boleh berlaku kerana pemilihan material pakaian yang mungkin terlalu kasar untuk kulit bayi atau pun alergi kepada produk penjagaan bayi seperti gel mandian atau losyen.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Tahukah mama papa, kerap memandikan bayi dalam tempoh masa yang lama juga akan menyebabkan kulit menjadi kering. Bukan itu sahaja, kulit mudah mengelupas serta membuatkan kulit menjadi gatal. Apabila gatal, bayi cenderung untuk menggaru bahagian tersebut sehingga terluka. Inilah yang menyebabkannya menangis dan meragam kerana tempat yang digaru mula terasa pedih.
Kulit Nampak Merah-Merah
Biasanya apabila kulit kering, ia akan menyebabkan kemerahan pada kulit si manja. Kulit kemerahan ini biasanya berlaku apabila bayi berpeluh. Kulitnya yang sensitif apabila berpeluh dan kemudian bergesel dengan pakaian akan menyebabkannya menjadi merah-merah. Kulit kemerahan ini biasanya akan terjadi pada bahagian leher, dada, bahu, bahagian berpelipat seperti ketiak dan paha serta belakang badan. Si manja akan berasa kurang selesa kerana bintik merah ini mungkin akan menyebabkan kulit mereka terasa panas, gatal dan pedih.
Sebagai langkah pencegahan, pastikan kulit si manja sentiasa dalam keadaan bersih, kering dan tidak melekit kerana peluh. Pakaikan bayi baju yang longgar serta menyerap peluh. Lebih baik jika mama papa pakaikan pakaian yang berlubang supaya bayi kurang berpeluh.
Masalah Ruam atau Kerengsaan Kulit
Masalah ini biasanya akan terjadi pada bahagian tubuh terutamanya bahagian berlipat seperti celah peha, punggung, bawah leher dan sebagainya. Ruam lampin berlaku kerana iritasi kulit yang disebabkan pemakaian lampin. Sekiranya si manja mempunyai kulit sensitif, lampin yang lambat ditukar juga boleh menyebabkan bayi mudah terkena ruam. Masalah ini perlu dipandang serius jika dalam sesetengah kes, masalah ruam lampin ini boleh menjadi jangkitan bakteria.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Adalah normal untuk bayi yang memakai lampin mendapat masalah ruam lampin dan ia boleh dilihat apabila munculnya kemerahan pada kasan kemaluan si manja. Tompok merah ini bermula pada satu tempat dan ia boleh merebak dengan cepat jika mama papa memandang ringan tentang masalah ini. Paling teruk, kulit akan mengelupas dan bayi akan mula terasa pedih ketika membuang air.
Untuk membantu mengatasi semua masalah ini, mama papa perlu mencari produk yang terbaik untuk mereka. Dapatkan produk yang selamat dan diyakini kualitinya supaya ia tidak memberi mudarat kepada si manja.
Suu Balm Kids ni rahsia kulit sihat, jom dapatkan sekarang! Kini mama papa tak perlu susah hati kerana anda boleh dapatkan rangkaian Suu Balm Kids untuk membantu mengatasi masalah kulit si manja. Untuk mendapatkan kulit yang sentiasa sihat, amalkan dua langkah penjagaan kulit yang super easy ini:
Langkah 1:
Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head To Toe Wash
– Dirumuskan dengan bahan-bahan lembut dan menenangkan untuk kegunaan harian bagi anak-anak yang mempunyai kulit kering, gatal dan sensitif
– Mengandungi 5 jenis bahan pelembab termasuk shea butter dan sodium hyaluronate
– Bebas dari SLS, SLES, paraben, pengawet dan pewangi
– Hipoalergenik dengan pH seimbang untuk kulit yang sihat
Dapatkan rangkaian produk ini segera di Watsons, Caring, Guardian atau farmasi berdekatan. Selain itu, mama papa boleh nikmati penghantaran percuma dan bayaran ansuran tanpa faedah melalui kedai dalam talian Suu Balm (https://bit.ly/3zGDgxH)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 28 Disember 2024, Hotel Olympic Malaysia, Kuala Lumpur, menjadi tumpuan bagi 50 pengusaha tadika dan taska dalam majlis Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat. Majlis minum petang yang penuh makna ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan membuat perancangan kewangan dan simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN, bagi memastikan masa depan pendidikan yang lebih terjamin untuk anak-anak asuhan mereka.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Che Wan Azrul, Pengurus Kanan Strategik Inovasi Kandungan dan Produksi TV & Digital Video, Nu IdeaktiV Sdn Bhd, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN dan Puan Rina Abd Rahman, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat PTPTN.
Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN (tiga dari kiri), bergambar bersama barisan team PTPTN, Umai, Irin Putri serta wakil Nu Ideaktiv, Encik Che Wan Azrul serta Penolong Editor Pengurusan Grup Family & Parenting, Encik Shahir Rahim.
Para tetamu turut dihiburkan oleh penyanyi berpotensi besar, Ummi Umairah atau Umai yang telah mendendangkan lagu rasmi Simpan SSPN berjudul Terbang Tinggi. Selain itu, Umai turut menarik perhatian ramai dengan persembahannya menerusi lagu Seindah Biasa, Masing-Masing dan Sinaran.
Umai turut menyanyikan lagu rasmi Simpan SSPN iaitu Terbang Tinggi yang ternyata menghiburkan para tetamu majlis Chit Chat Simpan SSPN bersama Pendidik Hebat.
Perkongsian Penuh Manfaat Bersama Encik Ahmad Dasuki & Puan Roszlinda Sham
Salah satu acara utama yang menarik perhatian ramai adalah sesi perkongsian yang disampaikan oleh Encik Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN dan Puan Roszlinda Sham, Pengasas Hawary Education. Mereka berkongsi tentang perancangan kewangan dan manfaat Simpan SSPNserta bagaimana program ini memberi impak positif kepada ibu bapa, khususnya dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak.
Encik Ahmad Dasuki dalam ucapannya menjelaskan bahawa PTPTN tidak hanya berperanan sebagai pemberi pinjaman pendidikan, tetapi juga sebagai tabung pendidikan yang menyokong masyarakat Malaysia melalui pembudayaan penabungan.
Simpan SSPN Pilihan Bijak Ibu Bapa
Beliau turut mengingatkan bahawa salah satu matlamat utama PTPTN adalah untuk menggalakkan setiap keluarga di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Simpan SSPN, memandangkan produk ini menawarkan pelbagai
keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.
“Hasrat PTPTN adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat daripada Simpan SSPN. Produk ini bukan sahaja memberi pelbagai kelebihan dan manfaat, tetapi juga jaminan untuk masa depan pendidikan anak-anak. Simpan SSPN adalah pilihan yang bijak dan berbeza dari produk simpanan lain di pasaran,” jelas Encik Ahmad Dasuki.
Sesi perkongsian istimewa bersama Encik Ahmad Dasuki serta Puan Roszlinda Sham yang merupakan Pengasas Hawary Education.
Ibu Bapa Komited Sertai Aktiviti Anjuran Pa&Ma & Simpan SSPN
Sementara itu, Puan Roszlinda Sham berkongsi pengalaman peribadinya menyediakan simpanan pendidikan melalui Simpan SSPN untuk anak-anaknya. Beliau menceritakan bahawa kesedaran mengenai kepentingan simpanan pendidikan mula ditanam seawal kelahiran anak pertama dan selepas itu beliau membuka akaun Simpan SSPN untuk kedua-dua puterinya.
Puan Roszlinda juga mengakui bahawa dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma dan Simpan SSPN memberi impak positif kepada ibu bapa di Hawary Education.
“Sebagai pengusaha industri pendidikan awal kanak-kanak, saya ingin berkongsi manfaat ini dengan lebih ramai ibu bapa. Kami telah melihat bagaimana ibu bapa begitu komited, sanggup datang dari Johor Bahru hanya untuk menyertai aktiviti seperti Edutainment Fest 2024 yang diadakan pada Ogos lalu. Semangat yang mereka tunjukkan memberi petanda bahawa masyarakat semakin menyedari pentingnya perancangan pendidikan melalui simpanan yang bersistematik,” kata Puan Roszlinda.
Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN bersama Irin Putri dan pengasas taska yang ‘sporting’ bermain ‘game’ yang diadakan.
Gamat Suasana, Main ‘Game’ & Menang Putaran Roda Istimewa
Suasana majlis menjadi lebih meriah dengan sesi permainan yang melibatkan semua pengusaha tadika dan taska yang hadir. Keadaan menjadi lebih gamat ketika acara putaran roda istimewa dijalankan, dengan lima pemenang berpeluang membawa pulang Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 setiap seorang, sementara lima lagi pemenang membawa pulang hadiah berupa barangan elektrik dan baucar penginapan.
Tahniah buat para pemenang Akaun Simpan SSPN bernilai RM100!
Majlis minum petang Chit Chat Simpan SSPN Bersama Pendidik Hebat ini bukan sahaja menjadi platform untuk berkongsi maklumat mengenai produk simpanan pendidikan, tetapi juga mengeratkan hubungan di kalangan pengusaha tadika dan taska serta memberi ruang kepada ibu bapa untuk lebih mendalami perancangan kewangan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak mereka melalui penabungan yang bijak.
Antara pengusaha tadika dan taska yang memenuhi jemputan untuk majlis Chit Chat Simpan SSPN bersama Pendidik Hebat.
Dengan kehadiran lebih ramai pengusaha pendidikan dan masyarakat yang semakin sedar akan kepentingan simpanan pendidikan, PTPTN berharap dapat terus memperkasa budaya penabungan demi manfaat generasi akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek menjadi sajian utama sebagai manisan di pagi raya. Tidak lengkap raya tanpa sebiji kek yang dibakar malam raya. Kek Planta Rainbow ini antara kek wajib dicuba kerana cara hendak membuatnya cukup lah mudah. Malah resipi Chef Azmin Zain yang dikongsikan semula oleh Haliza Jeran ini sangat mudah hendak di sediakan.
Paling menarik resipinya dihasilkan tanpa menggunakan bahan penaik. Nak tahu macam mana ia dihasilkan? Jom cuba!
Assalamualaikum. Salah satu Kek Raya PKP, Kek Planta Rainbow. Walau tanpa bahan penaik kek tetap gebu moist lagi. TQ chef Azmin Zain atas resepinya.