Tidak Perlu Kuasa Sihir Nasi Kangkang! Suami Yang Baik Sentiasa Hormat, Hargai Dan Bantu Isteri. Kalau Dah Dapat Suami Begini, Isteri Tolonglah Jaga Baik-Baik

Share

Tidak mudah menjadi suami. Banyak tanggung jawabnya. Bukan sahaja kepada anak-anak tetapi untuk permaisuri hati juga. Dahulu, sering kali kita melihat situasi suami tidak pedulikan isteri tunggang terbalik menguruskan rumah tangga. Masih ada yang begitu zaman sekarang, tetapi tidak ramai. Sudah banyak yang sedar peranan isteri dan betapa berat tanggungan yang dipikul isteri.

Menyedari hakikat ini, Najmi Nawawi sekali lagi berkongsi pendapatnya. Dia memuat naik sebuah posting di laman Facebook yang menyokong para suami membantu meringankan kerja berat si isteri.

Najmi Nawawi

WAHAI TYPICAL MALAY MEN

“Kau kena nasi kangkang ke? Aku tengok kau dah macam kuli bini kau. Haha.”

Apabila ada tetamu datang ke rumah dan lihat si suami begitu rajin uruskan rumah, basuh berak anak, memasak, basuh pinggan dan sebagainya. Maka si tetamu itu berkata kepada si suami seperti ayat seperti di atas.

Inilah luahan dari salah seorang rakan fb aku yang berkongsi tentang apa yang berlaku di rumahnya semalam. Dan beliau meminta aku menulis tentang ini.

Aku rasa aku boleh bahagikan lelaki melayu di Malaysia ini kepada dua kategori.

1. Typical Malay Men
2. Modern Malay Men

Maka ini kata-kata aku. Wahai ‘typical malay men’, cukup-cukuplah dengan cara fikir lama yang mana kau anggap tugas isteri untuk berkhidmat pada suami 100% atau lebih tepat lagi cukup-cukuplah dengan tanggapan isteri sebagai hamba.

Hormatkan isteri dan jagalah emosi mereka untuk kekal bahagia selamanya

Benda ini sebenarnya boleh dikesan dari zaman sebelum berkahwin lagi. Iaitu apabila orang lelaki melihat orang perempuan sebagai objek seks. Aku tak tipu, kebiasaannya kalau orang lelaki duduk dalam kumpulan mereka, mata akan meliar melihat perempuan.

Kemudian mereka ketawa dan mengusik sesama mereka. Dari zaman sebelum berkahwin lagi, mereka melihat wanita sebagai objek seks semata-mata.

Sebab itu apabila sudah berkahwin, isteri akan diperhambakan untuk melayan nafsu mereka.

Sakit. Penat. Letih. Rasa nak mati.

Isteri bukan pelacur untuk layan kau bila-bila kau mahu. Dan dia isteri, sangat memerlukan belaian, kasih sayang, penghargaan dan rasa hormat dari kau. Sedangkan pelacur pun dibayar mahal, tapi kau nafkah pun tidak disempurnakan.

Suami yang baik adalah yang sentiasa bersahabat dan memahami isterinya

Point aku : Ketahuilah, jika orang lelaki tidak dapat menghormati isteri di tempat tidur maka begitulah yang akan turut berlaku di luar bilik tidur.

Apabila tujuan atau matlamat pembinaan keluarga tidak tepat, maka kesannya ialah pada institusi keluarga yang dibina. Yang akan menjadi mangsa ialah isteri dan anak-anak mereka.

Aku tahu bahawa sekarang dah ramai lelaki matang dan memilih menjadi ‘modern malay men’, dan mereka ini memang aset untuk bangsa, agama dan negara. Tahniah!

Hargailah si suami, jika dia sudah mencuba yang terbaik untuk membahagiakan anda dan anak-anak

Kerana mereka inilah yang membentuk keluarga mawaddah, sakinah sesuai dengan keperluan peningkatan ‘maratib amal’ yang akan membentuk dunia yang lebih baik.

Syukurlah hari ini sudah banyak Modern Malay Men. Rajin membantu isteri dan lebih peka dengan perubahan emosi pasangan. Buat si isteri, jika anda sudah memiliki suami sebaik ini, hargailah mereka. Respek dan percayakan mereka. Semoga hubungan rumah tangga kalian semakin bahagia setiap hari.

Sumber: Najmi Nawawi

Published by
Emy H