Gigi berlubang sering dipandang ringan oleh ramai orang. Walaupun kelihatan seperti masalah kecil, hakikatnya, ia boleh membawa risiko kesihatan yang serius jika tidak dirawat dengan betul.

Dalam satu perkongsian menyayat hati, seorang wanita yang dikenali sebagai Amanda berkongsi di Instagram miliknya menceritakan kisah dukanyaa setelah kehilangan suami tercinta akibat jangkitan berpunca daripada gigi berlubang yang tidak diambil serius pada awalnya.

Kisah ini menjadi peringatan kepada kita semua tentang pentingnya menjaga kesihatan oral dan tidak mengabaikan sebarang masalah gigi.

“Untuk yang bertanya mengenai kenapa suamiku meninggal dunia, saya kongsikan dan semoga menjadi iktibar untuk kita  kepentingan kesihatan gigi. ” – Amanda 

Kisah Tragis Suami Yang Dijangkiti Virus Akibat Gigi Berlubang

Tidak Sangka Gigi Berlubang Meragut Nyawa, Luahan Hati Isteri Kehilangan Suami

Wanita ini menceritakan bahawa suaminya, Firman mempunyai beberapa gigi berlubang yang kerap dikorek dengan jari. Walaupun pernah mengalami sakit gigi, suaminya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit tanpa mendapatkan rawatan lanjut. Namun, keadaan menjadi lebih serius apabila berlaku bengkak di pipi yang disangkakan hanyalah beguk.

Tidak Sangka Gigi Berlubang Meragut Nyawa, Luahan Hati Isteri Kehilangan Suami

Ads

Tidak Sangka Gigi Berlubang Meragut Nyawa, Luahan Hati Isteri Kehilangan Suami

Pada hari kedua, mereka membawa suaminya ke jabatan kecemasan (ICU), tetapi doktor menyuruh mereka pulang kerana menyangka ia hanyalah beguk biasa. Malangnya, keadaan suaminya semakin memburuk apabila dia tidak dapat menelan makanan dan sukar tidur akibat kesakitan.

Selepas beberapa hari di rumah dengan keadaan yang semakin merisaukan, mereka kembali ke hospital. Doktor akhirnya mengesahkan bahawa bengkak tersebut adalah jangkitan daripada gigi berlubang. Nanah telah merebak hingga ke leher, dan suaminya segera dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan.

Namun, selepas pembedahan, keadaan suaminya tidak stabil. Nafasnya semakin lemah, tekanan darah tinggi, dan denyutan nadi menjadi tidak terkawal. Akhirnya, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ketiga di ICU, doktor terpaksa memberikan ubat penenang kerana suaminya kelihatan gelisah.

Ads

Tetapi pada hari keempat, keadaannya semakin kritikal. Tekanan darahnya menurun, dan dia bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan. Malangnya, pada hari itu juga, Allah menjemput suaminya pulang ke pangkuan-Nya.

Tidak Sangka Gigi Berlubang Meragut Nyawa, Luahan Hati Isteri Kehilangan Suami

Bahaya Gigi Berlubang Jika Tidak Dirawat

Gigi berlubang bukan sekadar masalah kecil yang menyebabkan ketidakselesaan. Jika tidak dirawat, bakteria yang terkumpul di dalam gigi berlubang boleh menyebabkan jangkitan serius seperti abses gigi. Jangkitan ini boleh merebak ke bahagian lain dalam badan, termasuk ke leher dan saluran darah, yang boleh mengancam nyawa seseorang.

Ads

Antara komplikasi serius akibat gigi berlubang yang tidak dirawat termasuk:

Abses Gigi – Jangkitan bernanah di bahagian akar gigi yang boleh merebak ke leher dan otak.
Sepsis – Jangkitan bakteria yang merebak ke seluruh badan dan boleh menyebabkan kegagalan organ.

Masalah Jantung – Jangkitan bakteria dari gigi berlubang boleh memasuki aliran darah dan menyebabkan endokarditis, iaitu keradangan pada lapisan dalam jantung.

Kisah wanita ini menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa kesihatan gigi tidak boleh diabaikan. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi serius baru mendapatkan rawatan.

Jika ada gigi yang berlubang atau mengalami sakit gigi, segera berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan. Ingatlah bahawa kesihatan oral adalah sebahagian daripada kesihatan keseluruhan tubuh. Jangan biarkan masalah kecil bertukar menjadi tragedi yang menyayat hati.

Sumber: Amanda

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI