Niat seorang ibu untuk menukar pakaian anak yang sedang tidur dalam bilik, berjaya menyelamatkan nyawa anak berusia dua tahun daripada dibelit ular sawa yang berlingkar betul-betul pada bahu si anak.

Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada Sabtu (6 Mac) di Kampung Gangsa Durian Tunggal, Melaka itu betul-betul membuatkan ibu tergamam sebelum diberitahu kepada ahli keluarga lain.

Menurut Nurul Fatehah Amran, 24, dia kebetulan masuk ke dalam bilik itu kira-kira jam 9 malam untuk menukar pakaian anaknya yang sedang tidur sebelum melihat ular sawa sepanjang satu meter berada di bahu anaknya.

Tidur Lena Anak 2 Tahun Ditemani Ular Sawa. Mujurlah Ibu Tergerak Hati Masuk Bilik

Kongsi suri rumah itu lagi, ular sawa berkenaan betul-betul berlingkar di bahu anaknya yang tidur di atas katil.

IKLAN

“Ketika masuk ke dalam bilik, saya ternampak benda berkilat bercorak batik bergerak-gerak di bahu anak saya yang sedang nyenyak tidur.

“Walaupun takut tetapi saya terus angkat dia dan panggil suami serta abang yang berada di rumah, sebelum abang kemudian menghubungi panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

ARTIKEL MENARIK [Kakak 12 Tahun Terpaksa Jaga 5 Adik. Ayah Ditahan Polis, Ibu Pula Tak Mahu Jaga]

IKLAN

Tambahnya, dia bersyukur kerana anaknya tidak mengalami kecederaan.

Tidur Lena Anak 2 Tahun Ditemani Ular Sawa. Mujurlah Ibu Tergerak Hati Masuk Bilik

IKLAN

Ular sawa seberat enam kilogram berjaya ditangkap anggota Pertahanan Awam. Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, empat anggota dikejarkan lokasi untuk operasi menangkap ular selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 malam.

“Setiba di tempat kejadian, kita dapati ular sawa masih berada di bawah bantal dan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit menangkap binatang seberat enam kilogram itu sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan perumahan,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI