Kehadiran cahaya mata sememangnya menjadi impian setiap pasangan suami isteri. Namun, tidak semua tahu bahawa fasa kehamilan bukanlah semudah yang disangka. Bukan sahaja tubuh badan dan hormon berubah malah berat naik mendadak, cepat penat, bahkan waktu tidur pun menjadi mencabar buat ibu hamil.

Kesan Posisi Tidur Mengiring Ketika Hamil

Ramai ibu mengandung mengadu sukar tidur lena apabila kandungan semakin membesar, terutama bila masuk usia tujuh bulan ke atas. Tapi tahukah mama, tidur mengiring ketika hamil sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan?

Tidur Mengiring Ketika Hamil: Rahsia Tidur Lena & Kesihatan Bayi Dalam Kandungan

Ads

Menurut Doktor Kesihatan Wanita, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, ibu hamil yang berusia 28 minggu ke atas disarankan untuk tidur secara mengiring, sama ada ke kiri atau kanan. Katanya, tidur mengiring dapat mengurangkan risiko kematian bayi secara tiba-tiba dalam kandungan (stillbirth) sebanyak 50%.

Menerusi video di akaun TikTok beliau, @drizzatwomenshealth, Dr. Izzat menjelaskan bahawa apabila ibu tidur terlentang terlalu lama, berat rahim yang menekan salur darah utama (inferior vena cava) akan menyebabkan aliran darah ke jantung berkurang sehingga 80%. Ini bukan sahaja menjejaskan bekalan oksigen kepada bayi, malah boleh menyebabkan ibu rasa pening, sesak nafas atau degupan jantung tidak stabil.

Ads
@drizzatwomenshealth Anda hamil dah 28 minggu dan ke atas? Tidur mengiring (kiri atau kanan) dapat kurangkan risk kejadian bayi meninggal secara tiba-tiba dalam kandungan sebanyak 50%. Tinggi tu. Bayi yg berumur 28 weeks dianggarkan beratnya dalam 1-1.2kg. Bila ibu tidur terlentang buat jangka masa yang panjang, tekanan yang diberikan oleh uterus akan ganggu peredaran darah inferior vena cava, reduce venous return sekaligus akan ganggu peredaran darah pada placenta yg supply pada bayi. The Midlands and North of England Stillbirth Study (MiNESS) is indeed a landmark case control study that investigated the relationship between maternal sleep position in late pregnancy and the risk of stillbirth. It was published in BJOG: An International Journal of Obstetrics & Gynaecology in 2018. Key finding of the study : Women who went to sleep on their backs (supine) in late pregnancy had a 2.3-fold increased risk of stillbirth compared to those who went to sleep on their left side. →The absolute risk remains low, but the finding is significant because sleep position is a modifiable behavior. Going to sleep on your side in late pregnancy halves the risk of stillbirth. This message is now part of the UK’s national safer sleep campaigns and has influenced global recommendations. Sleep on your side, when your baby is inside (28 weeks and beyond) Thank you @Tiny Hearts Edu for the marvelous video ! #sidesleep #stillbirth #pregnancy #pregnancyjourney #womenshealth ♬ original sound – drizzatwomenshealth

Kempen Kesedaran Posisi Tidur Ibu Hamil

Tambahnya lagi, ada negara luar seperti New Zealand dan United Kingdom yang telah melancarkan kempen khas bagi menggalakkan ibu hamil tidur mengiring selepas 28 minggu. Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran bahawa posisi tidur mengiring ketika hamil boleh menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan.

Ads

Posisi Tidur Mengikut Trimester (Saranan Hospital Gleneagles)

  • Trimester pertama: Ibu masih boleh tidur seperti biasa, sama ada mengiring atau terlentang.
  • Trimester kedua: Tidur mengiring ke kiri lebih selesa dan membantu pengaliran darah serta nutrien kepada bayi. Namun, boleh juga bergilir posisi antara kiri dan kanan.
  • Trimester ketiga: Disarankan tidur mengiring sepenuhnya kerana posisi terlentang atau meniarap boleh menyebabkan tekanan pada rahim dan mengganggu peredaran darah.

Posisi Tidur Yang Perlu Dielakkan

  • ❌ Tidur terlentang terlalu lama.
  • ❌ Tidur meniarap kerana memberi tekanan kepada rahim dan organ dalaman.

Tip Tidur Lebih Selesa Untuk Ibu Hamil

  • 💤 Gunakan bantal sokongan di bawah perut, belakang dan di antara lutut.
  • 💤 Gunakan bantal khas berbentuk U atau C untuk posisi lebih stabil.
  • 💤 Tidur dalam posisi janin (lutut sedikit dibengkokkan) untuk melegakan sakit belakang.
  • 💤 Tinggikan kepala dengan bantal jika kerap sesak nafas.

Kesimpulan: Tidur Mengiring Ketika Hamil Untuk Bayi Sihat

Jadi mama, mulai malam ini cubalah ubah posisi tidur ke arah yang lebih selamat. Walaupun nampak seperti perkara kecil, tapi tidur mengiring ketika hamil sebenarnya boleh membantu melancarkan aliran darah, menjaga kesihatan jantung dan meningkatkan bekalan oksigen untuk bayi dalam rahim.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

🌙 Tidur lena, bayi pun tenang. Mulakan dari sekarang, mama tidur mengiring demi si kecil tersayang. 💕

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI