Kenapa bayi tidak digalakkan tidur mengiring atau meniarap? Mama dan papa kena tahu dan faham corak tidur bayi baru lahir & langkah keselamatan yang perlu diambil.
Bayi baru lahir, banyak tidur daripada waktu jaga. Dia akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dan hanya akan terjaga apabila tiba waktu lapar untuk menyusu. Ini berlaku kerana bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam.
Pada usia sekecil ini, mereka boleh tidur dengan purata 16 jam sehari, di mana dalam tempoh dua hingga empat jam terus-menerus di antara waktu menyusu!
FAHAMI RUTIN TIDUR BAYI BARU LAHIR
Mama papa perlu tahu bahawa bayi baru lahir tiada ada jadual tidur yang tetap. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan dan lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak dapat tidur nyenyak. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam dan tidak tidur. Mama papa tidak perlu risau pada ganggguan tidur kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Namun sekiranya bayi menangis berterusan selama beberapa minit, maka anda perlu memberi perhatian. Dia mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Ads
POSISI TIDUR
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan bagi bayi yang mengalami kecacatan pada bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
TIP KESELAMATAN BAYI DI TEMPAT TIDUR
Ads
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
Jika menggunakan selimut, pastikan kaki bayi berada di penghujung palang katil.
Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya sahaja.
Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut yang boleh menyebankan dia tenggelam.
PASTIKAN TIDUR TERLENTANG
Selain itu, pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai. Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Ads
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika dalam keadaan jaga untuk menggalakkan perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
LANGKAH KESELAMATAN BERKAITAN TEMPAT TIDUR BAYI
Seboleh-bolehnya, elakkan bayi daripada berkongsi katil dengan orang lain kerana ia boleh membahayakan bayi
Boleh tempatkan katil/ kot bayi berdekatan dengan katil ibu untuk memudahkan penyusuan susu ibu dan memudahkan ibu untuk menyentuh bayi.
Sekiranya anda ingin menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak ditidurkan dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas atau longgar. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan bayi lemas.
Katil anda perlu dijauhkan dari dinding atau perabot untuk memastikan bayi tidak mudah tersepit.
Orang dewasa dan kanak-kanak selain dari ibu bapa dan bayi tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi untuk mengelakkan risiko bayi tersepit atau tertindih.
Ibu atau bapa yang berkongsi tempat tidur dengan bayi perlu dipastikan tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang mungkin akan membahayakan penjagaan bayi.
5 TIP BANTU BAYI TIDUR
Tidurkan bayi bila tiba masa yang sesuai untuk tidur dan sediakan tempat tidur yang selesa dan selamat untuknya.
Elakkan memberikan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin apabila bayi dalam waktu tidur.
Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pangku bayi sebelum tidur dan letakkan bayi ke atas katilnya sebelum bayi tertidur. Dengan cara ini bayi boleh belajar untuk tidur dengan sendiri tanpa didodoi atau
Mainkan muzik/ zikir yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur. Ini boleh membentuk rutin tidur untuknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Syatilla Melvin menyangkal dakwaan dia kini sedang mengandung anak kedua selepas gambar yang memperlihatkan bahagian perutnya seperti sedang hamil menjadi perhatian peminat.
Syatilla menerusi Instagram sebaliknya menjelaskan bahagian perutnya kelihatan besar kerana kesan tiupan angin ketika gambar tersebut di ambil.
Dalam pada itu, semalam menerusi kapsyen berbeza, Syatilla turut berkongsi video detik dia melahirkan anak sulungnya, Syeriv pada 9 Mei tahun lalu dengan peminatnya.
Kongsinya, dia seperti tidak percaya anak kesayangannya itu sudah berusia setahun kerana masih terasa luka jahitan melahirkannya.
“Hari ini 9 Mei 2018 satu Malaysia cuti sambut hari jadi anak ibu. Alhamdulillah setahun dah @syerivsamheizy, nyawa ibu, bapak.
“Kecil-kecil dah jadi tauke baju melayu, @matyip_official, mat yip tau dak, luka jahit ibu ni duk terasa nyilu lagi yip oi!
“Besaq dah anak ibu, dah lama ibu sama bapak tunggu awak. Anak, membesarlah dengan sempurna, sihat tubuh badan dan penuh kasih sayang,” katanya.
Luahan Syatilla itu turut menyentuh perasaan apabila dia memberitahu dia menghadiahkan tenaganya untuk menjaga Syeriv sehingga kanak-kanak itu dewasa.
Katanya lagi, sebagai ibu dia tidak meminta sebarang balasan cuma cukup sekadar anaknya itu menghormatinya dan bapanya sehingga ke akhir hayat mereka.
“Kalau ada duit lebih bila besaq nanti bagi la, jangan kemut! Masa tu mungkin ibu hang sakit lutut, sakit tumit tak boleh berjalah dah.
“Bapak pulak mungkin kepala lutut dah tiada, masa tu, bapak tengok ibu, ibu tengok bapak. Tak boleh p ke mana dua-dua ekoq. Oklah sayang,HAPPY BIRTHDAY SYERIV SAMHEIZY NYAWA DUNIA AKHIRAT,” tulisnya lagi.
Sumber: Instagram syatillamelvin & mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah orang kata, anak perempuan ni dengan ayah manjanya lain macam. Terbukti dengan video yang dimuat naik oleh penyampai radio, Fizi Ali apabila anaknya, Ameena Sofia terus lelapkan mata dengan mudah apabila dapat ciuman dari papanya.
Dalam satu perkongsian video yang dikongsikan di instagram, Fizi telah memuat naik satu kapsyen dengan menulis
abam nak buat magic…tidurkan @ameenasofia_ dalam 20saat…berjaya atau tidak.
Ternyata cabaran itu berjaya apabila dua kali Fizi memberi ciuman sambil menyebut nama Ameena Sofia, anaknya berjaya ditidurkan dengan mudah.
Melihat kepada reaksi Ameena rata-rata netizen meninggalkan komen yang lucu dan ada yang turut mengatakan bila besar nanti mesti boleh geng dengan papa.
Pengsan Bau Papa
Papa Girl Sangat
Sumber: ig Fizi Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita Datin Sri Zizie Ezette yang memiliki anak kembar, Aadam Zack Izette & Aaleph Zeke Izette mengakui kadang-kadang confused mana satu abang dan mana satu adik.
MOMMY PUN KADANG-KADANG CONFUSED
Oleh kerana terlalu seiras, ibunya pun kadang kala tidak boleh cam kan mana satu Aadam & Aaleph, apatah lagi orang lain!
Zizie memuat naik gambar kedua-dua anaknya dengan kapsyen berikut;
zizieizetteJangankan outsider, mommy pun kdg2 boleh confused yg mana abg yg mana satu adik.
Comel sangat dan kedua-duanya putih gebu seperti mommy. Meniti usia 9 bulan Aadam & Aaleph semakin aktif. Zizie juga turut memuat naik video Aadam & Aaleph sedang bermain dan melasak. Pada usia ini, bayi lazimnya akan teruja untuk menerokai persekitaran mereka.
Aadam & Aaleph yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 menerusi pembedahan mempunyai dua adik beradik angkat iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun dan Aaric Zayn Izette, setahun.
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah yang diwarisi. Ciri abnormal pada gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Adakah anda atau ahli keluarga anda pembawa atau penghidap talasemia tanpa disedari? Siapa yang berisiko untuk mendapat talasemia, apakah tanda-tandanya serta rawatan yang boleh dilakukan kepada penghidap talasemia? .
Ikuti rangkuman info mengenai penyakit talasemia dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Bahaya Talasemia’ yang akan ke udara pada pada Selasa, 16 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni harga emas makin naik, ramai yang berkira-kira nak beli. Tapi lain pula cerita dengan pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime, memang selalu mencuri...