Apabila anak umur 3 tahun ke atas, tidur siang seolah-olah dah tak jadi rutin buat anak-anak. Ibu bapa mula bagi kelonggaran dan tak paksa pun mereka tidur. Maksudnya usia anak waktu ini mereka di beri ‘kebebasan’ sama ada nak tidur atau tak.
Namun jika diikutkan tidur siang buat kanak-kanak masih lagi penting walaupun sekejap. Masa ni lah anak-anak dapat recharge semula tenaga mereka untuk kembali aktif dan tak mudah meragam jika ada yang tak kena pada mereka.
Persoalannya bagaimana nak menjadikan tidur siang sebagai rutin? Perkongsian dari Puan Uswatun Hasanah (Baby Language) boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang susah nak jadualkan tidur anak pada siang hari.
Gambar dua anak saya: si abang 8 tahun dan adik 6 tahun, sedang tidur siang ketika cuti sempena UPSR baru-baru ini. Faktanya, tidur siang sudah boleh di gugurkan ketika anak masuk usia pra-sekolah (3-4 tahun). Saya guna perkataan ‘gugur’ (drop out) kerana ia bermaksud masuk usia ini, tidur siang bukan lagi satu ‘kemestian’. Ia lebih kepada pilihan, di mana ia tidak akan membawa kesan ‘buruk’ kepada anak jika ibu pilih untuk tak lakukan.
Namun, untuk saya, tidur siang ini masih hampir wajib untuk anak-anak saya. 1 jam pun jadilah. Kenapa? Kerana saya ibu yang berkerja dari rumah. Maka, saya perlukan fokus serta dalam masa yang sama, tak gemar anak-anak menghabiskan masa bermain ipad atau menonton tv terlalu lama sementara saya perlu berkerja.
Ha, jangan ingat nak suruh mereka tidur itu satu pekerjaan mudah pula. Umur-umur begini memang banyak lah alasan mereka, “Tapikan saya dah besar, kenapa kena tidur siang lagi? “, ” Saya tak ngantuk la mama”, ” Kawan saya tak tidur siang, boleh je? “
Ini semua simptom FOMO lah ni! Fear Of Missing Out. Atau bahasa mudahnya rasa rugi nak tidur sebab banyak lagi projek ‘best’ nak dibuat. Atau ayat popular di kalangan ibu-ibu dengan anak masih kecil ialah ‘suka tahan mata’. Jika anda baca semua artikel mengenai FOMO, KESEMUAnya akan menyebut, konsisten adalah kunci utama melunakkan simptom FOMO anak.
Konsisten apa?
Ha itulah ‘rahsianya’. Ramai rakan dan kenalan bertanya bagaimana saya boleh buat anak-anak di usia ini tidur siang? Kata mereka, puas menyuruh anak tidur, tapi ‘tak jalan’. Mommies, kalau ‘suruh’ saja memang tak jalan!. Mak pun kena terlibat sekali. Nama pun ‘kanak-kanak’. Akal tu banyak fikir nak mengelat saja!
Mungkin ada yang kata ,’ Aduh so, saya pun kena baring sekali lah ni sampai anak terlelap?. Begini mommies,
Saya salah seorang bukti hidupnya.
Sumber: Baby Language