Melihat anak tidur tidak nyenyak dan berpusing sana sini membuatkan hati ibu mula risau. Apakah yang dialaminya sepanjang tidurnya yang panjang. Sama seperti kita orang dewasa, anak-anak kecil kita juga mudah terdedah kepada gangguan ketika tidur.

Rasanya tidak ramai yang cakna mengenai apa itu sleep apnea bukan? Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis gangguan tidur!

Gangguan ini bukan sahaja akan mengakibatkan tidur anda menjadi tidak lena malahan juga berisiko menyebabkan kondisi kesihatan yang lain.

Tidur Tak Nyenyak, Sering Terganggu, Tak Tahu Rupanya Anak Ada Masalah Tidur!

Meskipun kita semua sering kali terdengar atau terbaca bahawa ia kerap terjadi kepada orang dewasa, ketahuilah bayi juga berisiko mengalaminya.

Apa itu sleep apnea?
Sleep apnea adalah sejenis gangguan tidur yang berkaitan dengan sistem pernafasan manusia. Menurut Dr. Zarmina Ehsan yang merupakan Pembantu Profesor Pediatrik dari University of Missouri-Kansas City School of Medicine di Amerika Syarikat, ada 2 jenis gangguan tidur apnea yang utama iaitu:

Obstructive sleep apnea (OSA)
Ia terjadi apabila berlaku penyekatan atau penyempitan saluran pernafasan dari hidung ke paru-paru lantas menyebabkan penderita kekurangan oksigen ketika sedang tidur.

Central sleep apnea (CSA)
Ia terjadi apabila terdapat halangan atau rintangan penghantaran isyarat dari otak ke sistem pernafasan (paru-paru, hidung dan mulut) agar terus bernafas ketika sedang tidur.

Berikut adalah simptom-simptom yang mungkin akan berlaku sekiranya menderita gangguan tidur ini:

* Sukar bernafas terutamanya pada waktu malam
* Sering mengantuk terutamanya pada waktu siang
* Kesukaran menumpukan perhatian
* Masalah perilaku
* Tidur berdengkur
* Sekiranya ada simptom-simptom yang dinyatakan ini pada diri atau bayi anda, segera berjumpa doktor untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang lain.

Tidur Tak Nyenyak, Sering Terganggu, Tak Tahu Rupanya Anak Ada Masalah Tidur!

Bayi pun berisiko alami gangguan tidur apnea?
Menurut kajian yang dijalankan oleh healthychildren.org, kira-kira 2% kanak-kanak dan bayi akan mengalami kondisi ini dan majoritinya tidak mendapatkan rawatan lanjutan. Ini disebabkan oleh ibu bapa yang kurang peka, arif dan cakna mengenai apa itu sleep apnea.

Perkara pertama yang kalian perlu perhatikan ketika si kecil anda sedang tidur adalah pernafasan mereka – lihat dan dengar sama ada mereka berdengkur, tercekik atau sukar untuk bernafas.

Bayi anda juga bukan perlu diberi perhatian ketika tidur waktu malam sahaja, malahan ketika ‘naping’ pada waktu siang agar gejala sleep apnea tidak lagi berulang pada ketika yang lain. Sekiranya anda mengesyaki si kecil anda mengalami gangguan ini, segera bawa bayi jalani ujian gangguan tidur!

Tanpa diduga, si kecil anda juga mungkin adalah salah seorang dari individu yang menderita gangguan tidur apnea. Selepas mendapati terdapat petanda atau gejala gangguan tidur ini pada mereka, segera berjumpa dengan pakar pediatrik di hospital berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjutan,

Di sana, pakar mungkin akan menyarankan bayi kalian untuk menjalankan ujian tidur yang dikenali sebagai polysomnogram. Semasa ujian ini, staf perubatan akan melihat dan menilai si kecil anda ketika sedang tidur dengan bantuan lekatan sensor pada tubuh badan.

Tidur Tak Nyenyak, Sering Terganggu, Tak Tahu Rupanya Anak Ada Masalah Tidur!

Ini untuk memerhatikan corak pernafasan, kadar kemasukan oksigen serta gelombang pergerakan otak (electroencephalogram atau EEG). Hasilnya, ia akan dapat menentukan sama ada mereka menderita sleep apnea ataupun tidak.

Kebanyakan bayi atau kanak-kanak yang alami gangguan sleep apnea ini akan mempunyai tonsil dan adenoid yang lebih besar. Adalah penting untuk membuang tonsil dan adenoid ini melalui prosedur pembedahan tonsilektomi dan adenoidektomi. Ia adalah langkah pertama yang perlu ibu bapa lakukan untuk merawat kondisi ini sepenuhnya.

Selain itu, ada juga rawatan lain yang memerlukan si kecil kalian memakai topeng ketika mereka tidur agar aliran udara yang masuk ke dalam hidung atau mulut mereka lebih lancar dan stabil.

Sekiranya mereka lahir dengan kondisi kesihatan lain seperti sindrom Down, cerebral palsy atau craniofacial, maka bayi anda lebih tinggi risiko terkena gangguan tidur apnea dan memerlukan rawatan lanjutan khas.

Artikel berkaitan: Jangan Biasakan Anak Tertidur Selepas Kena Marah, Ubah Cara Kita, Kesian Mereka

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Sumber: Hellodoktor.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI