Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan anak. Perkara ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh! Bayi dan kanak-kanak perlukan tidur yang lebih lama daripada  orang dewasa dan memerlukan tidur pada sebelah siang hari.

Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal, tidur  amat mustahak kepada perkembangan si kecil. Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka.

Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.

Bila Cukup Tidur Anak Mudah Terima Rangsangan, Segar & Ceria. Kurang Tidur Boleh Jejaskan Otaknya!

 

5 KEPENTINGAN TIDUR KEPADA SI MANJA

1.Doktor percaya REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.

2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.

3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.

IKLAN

4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.

5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.

Bila Cukup Tidur Anak Mudah Terima Rangsangan, Segar & Ceria. Kurang Tidur Boleh Jejaskan Otaknya!

BERAPA LAMA ANAK PERLU TIDUR SIANG?

Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.

Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia empat tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.Bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas, tidur malam yang berkualiti 10 hingga 12 jam lebih penting.

Bila Cukup Tidur Anak Mudah Terima Rangsangan, Segar & Ceria. Kurang Tidur Boleh Jejaskan Otaknya!

IKLAN

7 TIP SUPAYA ANAK TIDUR LEBIH BAIK

Ada 7 cara boleh anda cuba supaya si manja boleh tidur dengan cara lebih baik.

#1.Biarkan si manja tertidur sendiri.

#2.Pastikan anda konsisten meletakkan bayi ke dalam katilnya pada masa yang sama setiap hari.

#3.Cuba letakkan si manja lebih awal  ke katilnya daripada waktu dia selalunya mengantuk. Apabila dia sudah terlalu penat dan mengantuk, dia sukar untuk tidur dan lebih suka menahan matanya daripada tertidur. Apabila tidur, mereka juga lebih mudah terjaga.

#4.Cipta rutin tidur untuk mereka dan ikutinya 100%. Lebih awal anak dilatih, lebih baik.

IKLAN

#5.Kanak-kanak 3 tahun ke bawah perlukan tidur siang. Ia akan memberikan kesan kepada 24jam berikutnya. Tapi pastikan tidur siang tidak terlalu dekat dengan waktu tidur utama.

#6.Kalau boleh, elakkan susukan bayi dan kanak-kanak sehingga dia tertidur. Sediakan ruang yang selesa, bilik yang gelap dan senyap untuk membantunya tertidur sendiri.

#7.Ada sesetengah ibu membedung bayi mereka kerana mendapati dengan membedungnya, bayi lebih mudah tertidur sendiri.

Bila Cukup Tidur Anak Mudah Terima Rangsangan, Segar & Ceria. Kurang Tidur Boleh Jejaskan Otaknya!

KESAN BURUK KURANG TIDUR KEPADA SI MANJA

Kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.

Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.

Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan motor kasar dan halus. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.

Bila Cukup Tidur Anak Mudah Terima Rangsangan, Segar & Ceria. Kurang Tidur Boleh Jejaskan Otaknya!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI