Anak kepada pelawak Ali Puteh akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya hari ini dan berita pemergian anaknya tersebut dikongsi di laman instagramnya.

 “Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini..tggu walid dan ibu disana…Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar…”

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh memberitahu keadaan anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan  berikutan masalah injap jantung terbalik.

“Tidurlah Sayang, Rehatlah Sayang..Tunggu Walid & Ibu” Anak Ali Puteh MeninggalBerita mengenai perkembangan kesihatan anak perempuannya itu dikongsikan Ali di Instagram miliknya seperti dilaporkan Gempak.

BACA [Doakan Ainul! Selepas 12 Jam Dibedah Alami Komplikasi Paru-Paru, Bergantung Mesin Pernafasan]

IKLAN

“Hari ke 6…Alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia yang tak putus doakan Ainul Mardhiah…dapat berita daripada doktor yang jantung adik dah mula bernafas sendiri tapi masih gunakan bantuan mesin.

“Paru-paru dia dah mula aktif tapi masih sangat-sangat lemah…ya Allah…Walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sayang…terima kasih semua…doakan Ainul terus kuat,” tulisnya.

IKLAN

Sebelum ini Ainul yang berusia tiga bulan dilaporkan bertarung nyawa selepas disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.

“Tidurlah Sayang, Rehatlah Sayang..Tunggu Walid & Ibu” Anak Ali Puteh Meninggal

Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKLAN

“Tidurlah Sayang, Rehatlah Sayang..Tunggu Walid & Ibu” Anak Ali Puteh MeninggalAli yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang berusia dua tahun.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Ali Puteh.

Sumber: ig Ali Puteh89

https://www.youtube.com/watch?v=plJjf6hUIiM&t=11s

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI