Tiga Beg Dah Cukup, Ibu Ni Kongsi Cara Packing Barang Anak Ramai, Memang Kemas!

Share

Mengemas beg travel untuk bercuti dengan anak-anak memang memenatkan. Apa lagi bila punya anak ramai. Semakin bertambah barang yang hendak di bawa.

Namun perkongsian seorang ibu, melalui akaun Susun Atur Sioca yang berkongsi tip ‘packing’ barang ini memang terbaik. Lengkap dan cukup kemas.

Paling menarik, beg mandi untuk setiap anak juga turut dikemaskan setiap satu. Memang awesome!

 


Packing travel (holiday). Tips packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.

Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit.

Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.

Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking.

Ni tips ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah kok begnya.

Yang asasnya ada 3 beg ni:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries

Selain 3 beg asas ni, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop

Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.

Menarik: Tolong La Me Time, Bukan Mengada-Ngada, Ada Sebabnya Kenapa Me Time Perlu Untuk Mak-Mak!

Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.

Dalam beg belang ada:
– beg toiletries
– beg bersiap

Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13. Beg bersiap pula dari Mr Diy. Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.

Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan.

Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.

Barang bersiap, semua beg ni beli di Mr Diy.

Dalam beg ‘others’ ada barang-barang ni.

Beg makanan (merah) dan minuman (biru). Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.

Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.

Barang yang bertanda ✅ lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.

✅ Beg beras. Kalau nak masak, saya bawa beras je. Lauk biasanya beli atau bawa sambal kering. Pun laju berdesup dah tu. Untuk storan beras, siap-siap packing untuk sekali masak. Guna ziplock.

Masak guna konsep kukus. Sekali masak satu pot maksimum. Beli di Shopee.

✅ Beg membasuh. Selain tu, bekas biru ni pula untuk storan keperluan membasuh; berus pinggan, berus botol, dan sabun.

Beg swimming. Dalam beg swimming ada barang-barang ni.

Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:

– 1 tuala mini
– 1 baju swimming
– 2 hanger

Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.

Susunan dalam kereta. Beg makanan/minuman di depan. Beg swimming dalam bonet. Habis minimum dah packing ni. Kalau kena camping, kakak pingsan.

Menarik: Beg Sekolah Berat Tak Bagus Untuk Kesihatan Anak, Beli Beg Jenis Paling Ringan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM