Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.
Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
Kredit: Berita Harian
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kendong Anak Cara Tok Ram, “Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya”
Kendong anak cara Tok Ram, “Dah macam bola ragbi Izzara dibuatnya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Kendong Anak Cara Tok Ram, “Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya”
Tular satu video di TikTok memaparkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Menerusi video dimuat naik akaun Alyah.hasan, kelihatan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh sedang menggendong Izzara di bawah panas terik matahari menuju ke tempat duduk di sebuah gerai makan.
@alyah.hasan bila bapak yg jaga #tiktokofficial #berandafyp #esekeli #foryoupage #fypシ #foryou #fyp #tokram #alyah ♬ original sound – Alyah Hasan
Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian warga maya yang rata-rata terhibur melihat cara pengarah muzik itu menggendong Izzara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa Ramli kelihatan sangat bahagia sejak kehadiran Izzara dalam kehidupannya bersama isteri, Datin Alyah.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.
Sumber: TikTok Alyah Hasan
Baca artikel lain juga: Datin Alyah Kongsi Wajah Anak, Comelnya Zara Ramai Teruja Tok Ram Pegang Baby!
Datin Alyah Introduce Anak. Nama Yang Indah Ringkas, Nur Izzara
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam, Masih Nak Bekerja, Berdebar Bersalin Anak Pertama
Isi Kandungan
ToggleNabila Razali tak boleh duduk diam, masih nak bekerja, berdebar bersalin anak pertama. Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin.
Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam, Masih Nak Bekerja
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali masih aktif bekerja meski usia kandungann sudah mencecah sembilan bulan. Wanita berusia 32 tahun itu banyak bertanya tentang pengalaman wanita lain yang pernah melalui proses tersebut sebelum ini.
“Kini saya hanya menunggu minggu untuk melahirkan anak pertama yang dijangka pada Januari depan.
Berdebar Bersalin Anak Pertama
“Ya rasa gemuruh, saya sudah tanya ramai orang mengenai pengalaman bersalin termasuk Bella Astillah.
“SEKARANG ALHAMDULILLAH MASIH DIBERI TENAGA BEKERJA. MENGIKUT PERANCANGAN, SAYA SEPATUTNYA DAH BEREHAT DARI KERJAYA SENI BULAN LALU TETAPI DISEBABKAN SAYA SEORANG YANG TAK BOLEH DUDUK DIAM, SAYA MEMILIH UNTUK TERUS BEKERJA,” KATANYA.
Dalam masa sama, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami, Nik Iruwan Nik Izani yang sangat menyokong dirinya terutama dalam tempoh kehamilan cahaya mata sulung mereka.
“Suami okey dengan keputusan saya untuk aktif bekerja cuma dia pesan jaga diri elok-elok dan jangan terlalu bekerja keras takut penat.
“Rezeki saya juga memiliki seorang suami yang sangat memahami dan menyokong.
“CUMA SETAKAT TEMPOH KEHAMILAN, SEMUANYA BERJALAN DENGAN BAIK DAN MINTA SEMUA DAPAT DOAKAN AGAR URUSAN BERSALIN NANTI DIPERMUDAHKAN,” KATANYA LAGI.
Berkongsi tentang persiapan barangan bayi, Nabila mengakui perkara itu mula dilakukan sejak minggu lalu kerana jadual kerja yang padat sebelum ini.
“Persiapan barang bayi saya mula lakukan sejak minggu lepas. Dalam sibuk bekerja, sempat juga saya curi masa untuk beli beberapa keperluan seperti kereta sorong dan sebagainya.
“Ramai juga nasihatkan saya termasuk ahli keluarga agar berpada-pada dalam berbelanja sebab lihat terlalu galak membeli macam-macam barang,” ujarnya yang dijangka bercuti selama dua bulan untuk berpantang selepas bersalin sebelum kembali mula bekerja pada Ramadan tahun depan.
Nabila hadir ketika majlis pelancaran single terbaharunya bersama Bella berjudul CACACA di sini, semalam.
Berkongsi tentang lagu CACACA, Nabila teruja dapat bergandingan dengan Bella untuk menyanyikan sebuah lagu yang sarat dengan elemen nasihat dan ‘self love’.
“Lirik dan mesej dalam CACACA sangat positif dan mahu lari dari lagu-lagu lain sekarang ini yang banyak mengandungi lirik berbaur negatif.
“Harap peminat dapat menerima CACACA sebab ramai sudah menanti untuk saya muncul kembali dengan elemen pop selepas tampil dengan karya galau sahaja sebelum ini,” kongsinya.
Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan sebelum mengumumkan jantina bayinya iaitu lelaki pada November lalu.
Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November 2023.
Sumber: Kosmo online
Kredit foto: Instagram Nabila Razali
Baca artikel lain juga: ‘Baby bump’ Dah Jelas Nampak, Warga Maya Syak Nabila Razali Hamil
Nabila Razali Syukur Tiada Alahan Pelik, Cuma Mengidam Burger Ramly & Kek!
Nabila Razali Suka Pakai Baju Merah Waktu Hamil, Dulu Tak Ada Pun Warna Merah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nampak Macam Kejam, Mak-Mak Mesti Faham.” Emma Kongsi Last Sekali Terpaksa Dukung
Antara usia anak satu hingga enam tahun, ia adalah tempoh mencabar bagi ibu bapa untuk hadap perangai atau ragam anak-anak. Ini antara perkara yang normal dan boleh berlaku bila-bila masa atau di mana-mana saja.
Sharieq buat hal lagi!
Terkini, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong berkongsi satu lagi ‘drama’ dibuat oleh anaknya, Shariq Gabriel kerana tidak mahu berjalan sewaktu mereka berada di salah sebuah pusat membeli-belah di Singapura.
Pun begitu, kali ini Emma dan suami malas melayan lalu terpaksa ‘seret’ Sharieq kerana tidak mahu sering ‘dukung’ dan dimanjakan.
“Bila anak buat perangai tak nak jalan tapi kita tak nak biasakan dukung sebab 24 jam nak dukung, tak nak jalan,”ujar Emma.
Kejap saja, Sharieq menang!
Dalam pada itu, Emma memberitahu dia dan suami akhirnya terpaksa mengaku kalah kerana risau akan keadaan anaknya pada ketika itu.
“Tapi, akhirnya dia menang juga. Haih, kita kalah. Bawa stroller pun dia nak duduk, time tidur kalau tak dia lari. Mesti banyak mak-mak dah lalui benda ni kan,”kongsi Emma di ruangan komen hantaran tersebut.
Nampak macam kejam, tapi yang lalui sahaja faham
Rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat Sharieq selain mengatakan ia adalah perkara normal terpaksa dilalui oleh ibu bapa ketika anak-anak sedang meragam.
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata sulung bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @emma_maeombongofficial ; OMM
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI