Tiga anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa kini hilang kasih seorang ayah akibat kecuaian orang lain. Kemalangan yang cukup tragik itu yang berlaku berdekatan Plaza Pelangi, Johor Bahru sungguh tak disangka.
Menerusi laporan Kosmo Online dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal Buseri, 31, yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut di tempat kejadian.
Dua lagi mangsa iaitu Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, yang menaiki dua buah kenderaan lain cedera ringan.
Baru lepas hantar bapa mertua
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Accord dikatakan baru sahaja menghantar bapa mertuanya untuk menghadiri mesyuarat agung di sebuah hotel berdekatan lokasi berkenaan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan kemalangan melibatkan Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.
Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dengan sembilan anggota dikerah ke tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati Honda Accord dipandu si mati dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
“Mangsa dikeluarkan dalam masa dua minit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke hospital.
Difahamkan, kenderaan mangsa dilanggar sebuah kereta lain yang terbabas.
Tinggalkan anak usia 5, 2 tahun dan lapan bulan
Sementara itu, kakak ipar mangsa dikenali sebagai Farhana Amir berkata, Mohd. Rizal baru menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang berusia lima tahun sebelum kemalangan meragut nyawanya.
“Sejak semalam (kelmarin) dia kerap berdiam diri. Malam tadi dia menyambut hari lahir anak sulungnya.
“Dia (mangsa) ada tiga anak berusia lima, dua tahun dan lapan bulan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI