Sejak dilahirkan hingga usia 3 bulan, Muhammad Syahmi belum merasai pelukan mamanya seperti bayi lain. Ini berikutan mamanya Nor Fadilla Che Par, 28, terus koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi dan jantungnya terhenti secara tiba-tiba ketika berjuang melahirkan Syahmi secara pembedahan.
Sejak itu Syahmi dijaga oleh ahli keluarga dan bergantung pada susu formula. Hingga saat ini, Fadilla tak boleh lagi memberi tindak balas.
Menurut kakak Nor Fadilla, Nur Hasirah Che Par, sejak ditempatkan di ICU November lalu, Fadilla masih belum bagi respon walaupun keadaannya dah nampak ada perkembangan positif. Jika dahulu terpaksa bergantung dengan oksigen, kini mesin bantuan oksigen itu dah mula di buka dan boleh bernafas sendiri.
“Sekarang doktor fokuskan pada rawatan fisioterapi untuk menggerakkan anggota badannya kerana terlalu lama terlantar.
“Cuma apa yang sedih, Fadilla masih belum dapat mengenali orang. Apabila bercakap dengannya dia hanya mampu merenung dan air matanya pasti mengalir bila beritahu yang dia ada anak,” katanya.
Bercerita mengenai komplikasi yang berlaku pada adiknya, Hasirah menyatakan sebelum doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan, dah 3 kali induce tapi bukaan hanya 2cm sahaja.
“Mungkin dah ketentuan Allah, kami reda. Kalau nak diikutkan semasa mengandung Fadilla tiada apa-apa masalah.
Ads
“Sekarang kami sekeluarga mengharapkan ingatannya kembali pulih dan sihat seperti biasa dan boleh membesarkan anak dengan baik,” jelasnya.
Berikut coretan keadaan adiknya sebelum berjuang melahirkan anak hinggalah terlantar di katil hospital tanpa sebarang tindak balas.
CORETAN KEADAAN FADILLA..
22.10.2018 genap setahun perkahwinan mokla…
Ads
08.11.2018 tarikh due moklaaa… namun tiada tanda baby nak keluar menyebabkan moklaa over due.
14.11.2018 mokla dengan rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama. Suami sentiasa di sisi waktu ini.
15.11.2018mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE. Sakit yang teramat namun rela kerana anak yang dikandung.
16.11.2018INDUCE kali kedua ke atas moklaa namun result tetap sama 2cm.
17.11.2018INDUCE kali ketiga ke atas moklaa. Result tetap sama 2cm
Ads
18.11.2018mokla ditolak ke bilik OT untuk ceaser dan lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg.
Namun suami mendapat dua berita dari doktor. Satu baik dan satu buruk. Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma dan akan dipindah kan ke unit rawatan rapi (ICU)
Ketika itu Hanya Allah yang tahu perasaan seorang suami…
18.11.2018juga tarikh keramat buat keluarga dan suami mokla. Doktor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu pembedahan bersalin.
Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara dan kaum keluarga. Namun sebaliknya hanya DOA minta kesembuhan yang diterima. ALLAHU…
Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya ujian yang amat berat diterima. Sekarang umur baby dah hampir dua bulan dan keadaan Moklaa masih tiada tindak balas dan di tempatkan di wad ICU. Suami setia menunggu di sisi isteri tercinta.
Besarnya pengorbanan seorang isteri untuk lahirkan zuriat dan pengorbanan seorang ibu untuk keselamatan anaknya. Allahuakbar.
Usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 November 2021, beberapa minggu awal dari tarikh jangkaan yang sepatutnya pada bulan Disember. Kehadiran bayi lelaki ini melengkapkan kehidupan keluarga Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Menerusi perkongsian Vivy di instagramnya, mereka telah sepakat menamakan anak keempat, Idris Ali Shah. Dengan kehadiran bayi lelaki ini bermakna pasangan ini mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Dah dapat dua pasang!
Sebagai tanda kesyukuran atas doa orang ramai selama ini, Vivy dan Fadza bersepakat untuk berkongsi wajah comel Idris Ali Shah. Walaupun anak keempat, keterujaan itu tetap sama seperti baru menimang anak sulung.
Sementara itu, di instagram Fadza, kelahiran anak keempat ini diharapkan pemberi rahmat dan rezeki buat mereka sekeluarga selepas ini.
Alhamdulillah, Baby Boy! Bayi lelaki inilah yang mengejutkan mummy dan daddy pada pukul 2 pagi. Awal 4 minggu sebelum tarikh sebenar bersalin untuk bersama abang dan kakak-kakaknya.
Bukan itu saja, Fadza juga sempat bergurau dan berharap baby Idris Ali Shah tak mewarisi sikap mummy yang memang jenis nak cepat je.
Apa pun, mereka suami isteri tetap gembira dan bersyukur semuanya selamat dan dipermudahkan kelahiran. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatNya. Selamat datang ahli keluarga baru, Idris Ali Shah!
Perkongsian itu juga turut mendapat ucapan tahniah dari rakan-rakan dan juga peminatnya. Rata-ratanya mengucapkan syukur dan mendoakan yang baik-baik buat mummy dan Idris Ali Shah.
Selamat berpantang!
Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34, dan Fadza telah mempunyai tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Sebelum ini, pasangan usahawan tersebut begitu mengharapkan mereka dapat menimang anak lelaki bagi melengkapkan keluarga mereka dengan sepasang anak lelaki dan sepasang anak perempuan. Malah, Vivy dan Fadza turut berseloroh sekiranya anak keempat ini lelaki bermakna ia adalah bongsu.
Kredit: IG Vivy Yusof & Fadza
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkadang bila sesuatu perkara nak jadi ibu bapa tak perasan pun hinggalah sampai satu ketika barulah tersedar. Begitu juga dengan tabiat anak yang suka hisap jari. Memang kalau fikirkan ia tak memudaratkan pun tetapi jika ada sebaliknya berlaku, barulah kita akuinya.
Biasanya tabiat anak hisap jari ni berlaku secara spontan ketika masih kecil. Namun tabiat ni akan terhenti apabila anak dah semakin besar dan faham. Seperti dalam perkongsian seorang ibu, Nurfazliana dia langsung tak sangka kejadian yang berlaku pada anak keduanya baru-baru ini.
Ibu jari bernanah
Assalamualaikum semua ibu-ibu. Saja nak berkongsi pengalaman anak kedua saya Hayfa Rania pada 2 minggu lepas. Anak saya dari kecik memang suka isap jari, masa baby ada beri puting tapi dia suka keluarkan dan masukkan jari.
Dia akan isap ibu jari sebelah kiri.. tangan belah kanan dia tak suka.. sampailah kejadian 2 minggu lepas saya perasan ibu jari kiri dia start warna merah macam bengkak, bila saya picit dia buat reaksi muka sakit. Selepas 2 hari jari dia mula bengkak dan bernanah sikit. Bila malam Ahad 04.10.2020 dia dah start merengek, dan tak nak isap jari maybe sakit dah tu.
Nak tidur tapi tak boleh sebab dia akan lena bila isap jari. So tak sedap hati saya bawak pergi klinik swasta malam tu. Bila sampai doc kata tak boleh pecahkan lagi sebab nanah dia belum masak ( katanya ) dia kata dia bagi antibiotik yang kuat sikit.. kot boleh kurang & kecut sendiri 2-3 hari mcm tu. Kalau tak kecut boleh dtg semula untuk pecahkan nanah tu..
Kuku pun dah mati
Hari Selasa 06.10.2020 saya pergi kerja mcm biasa, ayah dia yang akan kejut anak-anak bagi mandi dulu sebelum dia pergi kerja. Tapi bila dia kejut Rania tetiba bibir dia ada kesan darah dalam mulut penuh ulser.. pagi tu saya tak sempat nak jengguk Rania walhalnya mmg saya akan jengguk dia selalunya..
Ayahnya call suruh balik bawak pergi klinik terus sebab tangan dia pun dah semakin membengkak. Bila pergii klinik (bukan klinik sama) saya cerita dari A-Z siap bawak ubat yang dia makan. Doc kata ni kuku pun dah mati.. dia tak berani buat sebab Rania masih kecik. Dia buat surat untuk refer terus ke hospital. Doc klinik kata sepatutnya Ahad malam tu dah terus kena pecahkan nanah tu..
Perlu buat pembedahan
Bila sampai hospital dari siang ke malam baru tahu keputusan yang Rania kena masuk OT untuk buang nanah and kena warded. So ibu pun redha…. Doc hospital kata sepatutnya Ahad malam tu dah kena bawak hospital terus.
Yelah ibu ayah pergi klinik swasta memikirkan esoknya Isnin nak kena kerja. Ibu pun menyesal tak bawak terus ke hospital Ahad malam tu.. terus Rania tak isap jari dah.. Puncanya Doc kata dia suka gigit jari tu, kuku tu dah cengkam isi dia.. tu yang boleh bernanah…
Alhamdulillah now kuku pun dah tercabut sendiri and luka dah kering.. ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai ibu yang berhadapan dengan stress melihat helaian rambut makin banyak gugur selepas melahirkan anak. Rambut merupakan penyeri kecantikan wanita. Namun setelah bersalin beberapa bulan, semakin banyak rambut melekat pada sikat apabila rutin menyikat rambut.
Terpanggil untuk berkongsi tip buat ibu-ibu yang risaukan dengan permasalah tersebut, menerusi satu tread di Twitter, Dr Hafsah Sazali berkongsi tip penjagaan untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin boleh amalkan.
Menurut Dr Hafsah Sazali ia sebenarnya adalah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun selepas melahirkan bayi.
Ramai yang bertanya soalan mengenai keguguran rambut pada saya. Ia selalu berlaku selepas bersalin, di mana keguguran rambut ialah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun selepas melahirkan anak.
Menurut Dr Hafsah Sazali untuk mengurangkan rambut yang gugur, ibu yang baru melahirkan boleh cuba ubah gaya rambut yang sedia ada. Selain itu juga penggunaan perapi rambut juga tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan rambut Nampak lebih nipis.
Pulih dalam masa setahun
Masalah rambut gugur ini biasanya akan beransur baik dan pulih dalam masa setahun. Doktor ini juga turut meminta supaya ibu-ibu lebih berjaga-jaga jika ada rambut terbelit di bahagian badan bayi. Bimbang ia akan menyebabkan kecederaan pada bayi anda dan seterusnya ada jangkitan kuman.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.