Tiga Generasi! Kris Dayanti Kongsi Foto Bersama Cucu, Ameena Hanna Nur Atta

Share

Selepas menimang cahaya mata sulung pada 22 Februari lalu, pasangan selebriti terkenal Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah mengumumkan nama dan wajah anak perempuan mereka.

Bayi perempuan yang dipanggil sebagai Baby A sebelum ini diberi nama Ameena Hanna Nur Atta.

Kongsi Aurel, AMEENA bermaksud percaya dan setia. Nama ini juga terinspirasi dari nama ibu nabi. Perempuan hebat yang melahirkan manusia paling mulia.

HANNA pula bermaksud kebahagiaan dan kegembiraan manakala NUR bererti cahaya keluarga kami dan nama ibu hebatnya.

ATTA adalah Binti ATTA nama bapanya yang akan selalu memeluknya dan nama ini juga diharapkan membawa nasib baik untuk keluarga.

Ameena Hanna Nur Atta selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta pada 22 Februari lalu.

Sementara itu, neneknya iaitu penyanyi terkenal Krisdayanti turut berkongsi wajah comel Ameena menerusi laman Instagram.

“Alhamdulillah! Perkenalkan cucu kami Ameena Hanna Nur Atta,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ameena merupakan cucu pertama bagi keluarga Aurel dan Atta, dan semestinya kelahiran ini sangat dinanti-nantikan oleh kedua-dua keluarga.

Dalam perkembangan lain, Atta turut mewujudkan Instagram khas untuk puteri sulungnya itu iaitu @ameenaatta. Akaun berkenaan memiliki lebih 690,000 pengikut setakat ini.

Kredit: IG aurelie.hermansyah & kris dayanti

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy