Selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya, akhirnya Ain Edruce tampil berkongsi cerita pengalaman kelahiran indahnya menerusi Youtube.
Ain sebelum ini membuka soalan untuk seluruh pengikutnya di Instagram yang ingin bertanyakan pelbagai soalan. Dan kesempatan itu diambil oleh Ain dan suami untuk menjawab pelbagai persoalan.
Namun menariknya, bukan hanya menjawab persoalan peminatnya bahkan dihujung video itu, Ain turut berkongsi wajah puteri sulungnya disamping mengumumkan nama indah buat bayinya itu. Nama yang cukup ringkas tetapi cukup indah.
“Nama anak kitaorang adalah Soraya Binti Muhammad Amirul Hafiz. Nama bapak dia panjang, tiga patah perkataan.
“Soraya bermaksud cantik. Kenapa bagi nama tu dekat dia sebab kita rasa dia cantik,” seloroh Ain dalam videonya.
Pun begitu, tidak hanya berkongsi nama bahkan Ain dan suami turut sama berkongsi wajah si comel mereka, Soraya. Cantik dan redup matanya.
Ads
Dalam pada itu, Ain juga turut menjawab segala persoalan dari peminatnya mengenai proses kelahirannya. Paling menarik bila mana Ain berkongsi kelahirannya yang begitu tenang malah dirinya yang begitu kuat seolah-olah tidak melalui detik melahirnya bayi.
“Ramai orang tanya rasa waktu bersalin. Ain beritahu jujur ye, Ain macam relaks je waktu bersalin. Ya saya bersalin normal tapi dengan pertolongan epidural dan saya syorkan pada semua orang.
“Ain sangat tenang dan enjoy sepanjang proses bersalin. Walaupun boleh dikatakan kami melalui tempoh lebih 26 jam, tapi kami lalui proses tu secara tenang.
“Ain jadi kuat semua benda sebab Ain fikir pada anak saja. Ain tak sabar nak tengok dia sebab kami memang tak tau gender anak. Lagi satu sebab ambil epidural jadi Ain tenang sepanjang proses bersalin,” kongsi Ain lagi.
Ads
Bahkan melalui ceritanya, Ain juga rupanya tidak langsung menunjukkan tanda-tanda bersalin biarpun telah due. Akhirnya Ain terpaksa menjalani induce bukan sekali tetapi induce kali ketiga barulah dia menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.
Malah kata Ain lagi, dia begitu teruja dan seakan tidak percaya yang kini bergelar ibu.
“Mula-mula doktor letak anak atas dada rasa macam tak percaya. Betul ke anak aku ke ni? Bila doktor bukak baru nampak baby girl. Berbaloi rasa mengandung lama 9 bulan bila tengok muka dia,” kongsi Ain lagi.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ainedruce
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
-Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
-Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
-Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
-Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
1. Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak.
2. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
3. Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Langkah pencegahan
-Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak.
-Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
-Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
-Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
Gatal bahagian dubur & mengamuk/ merengat, pucat & kerap sakit perut antara simptom kecacingan. Apa mama papa boleh buat?
Menurut Dr Rosni Jamaluddin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist, masalah kecacingan atau jangkitan cacing merupakan masalah yang boleh berlaku di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimana pun, kebanyakan jangkitan cacing tidak serius /teruk dan tidak memberikan apa-apa gejala atau mudarat. Ini menyebabkan ia mungkin tidak disedari oleh penghidap.
Kes kecacingan yang teruk dan serius lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat luar bandar atau di tempat di mana tidak terdapat bekalan air bersih. Ini adalah kerana kebanyakan kes jangkitan cacing berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan tanah yang mengandungi cacing atau telur cacing.
SIMPTOM KECACINGAN
Antara simptom atau gejala kecacingan yang teruk dan kronik adalah kurang berat badan atau terbantut tumbesaran, pucat atau anemia, sakit perut dan perut kembung atau membengkak. Malah, sebahagian pesakit kecacingan juga boleh mengalami kesukaran pembelajaran.
Segelintir pesakit mengadu kurang selera makan atau mempunyai selera makan yang aneh seperti tabiat suka memakan benda-benda yang kotor seperti tanah.
Adakalanya disebabkan kitaran hidup sebahagian cacing yang akan migrasi ke organ-organ tertentu, pesakit mungkin mengalami simptom –simptom yang berkaitan dengan organ tersebut seperti sakit kepala, batuk, sesak nafas, sakit perut, hati yang membengkak dan sebagainya.
GATAL DUBUR & MENGAMUK/ MERENGAT
Setengah pesakit lain boleh merasa gatal di bahagian dubur. Ada kalanya pesakit atau ibu bapa sendiri boleh terjumpa atau melihat cacing di dalam najis kanak-kanak yang kecacingan.
Simptom seperti merengat atau mengamuk mungkin boleh dijelaskan sekiranya kanak-kanak mengalami sakit perut. Namun begitu, merengat atau mengamuk secara khususnya bukanlah merupakan simptom yang spesifik untuk masalah kecacingan kerana terdapat banyak lagi masalah lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak berkelakuan demikian
JUMPA DOKTOR JIKA ANDA DALAM KATEGORI BERISIKO
Jika si kecil terdedah kepada gaya persekitaran hidup yang berisiko tinggi untuk menghidap kecacingan dan mengalami simptom-simptom tersebut di atas, anak anda disyorkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penilaian yang lebih terperinci.
Doktor mungkin akan mengambil sampel najis untuk diuji di makmal bagi mendapatkan diagnosis yang tepat. Doktor juga boleh memberikan ubat yang sesuai untuk merawat masalah kecacingan tersebut, dan seterusnya memberikan nasihat lanjut tentang cara-cara untuk mencegah jangkitan daripada berulang.
PASTIKAN MEMINUM AIR BERSIH
Secara amnya, sentiasa pastikan air minuman dan air yang digunakan untuk menyediakan makanan semuanya telah dirawat dan dibersihkan. Lebih baik sekiranya semua air yang digunakan direbus sehingga mendidih terlebih dahulu. Cuci semua bahan masakan dan makanan dengan air bersih sebelum di makan, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah. Kebersihan tangan dan diri-sendiri juga adalah penting agar jangkitan dapat dielakkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas hampir seminggu pelakon jelita Izara Aishah selamat melahirkan puteri sulungnya yang mempunyai berat 2.9kg, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat wajah si kecil yang menjadi penyeri hidup buat Izara dan suaminya Muhammad Adib Khalid.
Dalam perkongsian suami Izara, Muhammad Adib menerusi Instagramnya semalam, anak tiri kepada Dato Siti Nurhaliza itu memuat naik beberapa gambar puteri sulung mereka yang comel.
Menerusi perkongsian tersebut, Adib menyatakan rasa syukur dengan kelahiran puterinya itu yang diberi nama Irisa Alaia Binti Muhammad Adib.
Dia turut memberikan ucapan terima kasih kepada sokongan dan doa dari semua dan berbesar hati berkongsi gambar keluarga kecil mereka untuk tatapan ramai.
Dalam entry tersebut juga, Adib menyatakan rasa gembiranya saat pertama kali mendengar tangisan Alaia. Dia turut mendoakan puterinya itu untuk berjaya dunia dan akhirat.
“And now, there’s 3 of us.
“Alhamdullilah syukur, our little princess, Irisa Alaia Binti Muhammad Adib, was born on the 15th of April, 2020, one of the most joyous and memorable moment for Izara and I.
“Thank you for all the prayers and support, we truly appreciate every single one of the well wishes and we hope to see everyone soonest ! Till then take care and here are some family photos we would like to share with everyone.
“Welcome to the world Alaia, my heart melted the moment I heard about you, and now you are here with us. Your mother and I are overjoyed with emotions and love for you. May you be a blessed child and a bundle of joy to everyone you meet, May you be righteous in your greatness, May you have success in this life and the hereafter, Amin.”
Tahniah diucapkan kepada Izara dan Muhammad Adib atas kelahiran puteri sulung mereka. semoga Alaia membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua orang tuanya kelak.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.