Penyanyi Datuk Jamal Abdillah melahirkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata sulung bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, yang kini hamil enam bulan.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 60, berkata, isterinya itu kini diminta untuk lebih banyak berehat lebih-lebih lagi selepas pernah keguguran sebanyak tiga kali.
“Saya berasa sangat gembira apabila dikhabarkan oleh doktor yang kami bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Buat masa ini, usia kandungan sudah menjangkau enam bulan dan saya sentiasa memastikan isteri berada di rumah dan mendapat rehat yang secukupnya.
“Saya tidak berkongsi berita gembira ini awal-awal bukannya mahu berahsia dengan kandungan isteri tetapi lebih berhati-hati kerana dia pernah mengalami keguguran tiga kali sebelum ini,” katanya.
Ads
Mengalu-alukan peminat beri nama
Dalam pada itu, Jamal menjelaskan, beliau mengalu-alukan peminat untuk memberikan nama kepada anak perempuannya itu.
“Saya sentiasa mengalu-alukan cadangan nama anak yang sesuai daripada peminat.
Ads
“Asalkan, nama tersebut mempunyai maksud yang baik,” ujarnya.
Cahaya mata sulung bersama Zai itu dijangka bakal dilahirkan pada 4 November depan.
Ads
Jamal mendirikan rumah tangga bersama Zai pada 1 April 2019 di Ipoh, Perak.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani yang kini berusia 18 tahun dan Ahmad Zaki Yamani, 12.
Hamil dan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) memang mencabar. Farahanim Razak kongsi cerita pengalamannya ketika Raissa Twin dalam kandungan. Sedihnya!
Amina Raissa & Amira Raissa ialah pasangan kembar yang memang famous di Instagram. Suka tengok kecomelan kedua-duanya. Farahanim Razak, pengacara TV Al-Hijrah ini berkongsi pengalaman kehamilannya di Instagramnya baru-baru ini.
Saat disahkan hamil kembar 7 minggu, Anim memang tak sangka dan speechless sbb anim arif takda keturunan kembar. Masa tu pulak berjauhan dgn suami nk dekat setahun jugak la mcm tu. Jadi setiap kali scan, check up hospital naik Grab je sorang sorang sampai laa penghujung 3rd trimester, daddy dah balik for good.
PERUT SEBENAR IKAN PAUS
Bayangkan lah perut sebesar ikan paus (sebab tu taknak upload gambar mengandung) ke hulu kehilir jalan mcm kura kura tapi suami bagi semangat hari-hari utk terus kuat tanpa dia di sisi anim.
DALAM PERUT LAGI DAH PANDAI PUJUK MOMMY Setiap masa dekat rumah cakap dgn twins..twins sayang teman mommy yaa mommy nk tido. Mommy nak makan, mommy pening, mommy sedih harini sebab daddy jauh. Lepas tu mesti dua dua gerak kiri kanan atas bawah. Nak pujuk mommy ya.
Anim ingat lagi setiap kali check up di hospital anim excited sbb kat sana banyak food truck depan O&G jual mcm-mcm food. So anim akan beli nasi ayam goreng kunyit dan nasi sotong kunyit pastu duduk port biasa kerusi belakang sekali tempat orang ambik ubat tu. Makan laa situ sorang dgn air jagung sebekas. Nak pegi cafe jauh sgt nya tak larat nk jalan so situ lah paling dekat.
TERPAKSA MENGENGSOT KE PETI SEJUK Bila malam kadang kadang Anim mual sampai tak tahan, mengensot je pergi sampai ke peti sejuk tu nak minum susu bagi hilang mual. Tapi Allah permudahkan Anim tak muntah teruk dan selamat harungi semuanya dgn baik.
Terima kasih anak anak mommy yg banyak ajar erti menjadi seorang ibu. Semoga anak anak mommy membesar dgn baik dan sihat sempurna menjadi penyejuk hati setiap insan yg ada dikelilingi mu sayang.
Jangan buat beberapa aktiviti ketika hamil terutama bila sudah masuk trimester kedua. Walaupun semasa hamil, ibu boleh terus melakukan aktiviti senaman yang digemari tetapi ada beberapa aktiviti yang mesti dihentikan terus.
Ibu hamil tetap boleh melakukan aktiviti senaman untuk mengekalkan tubuh badan terus sihat dan bertenaga untuk melalui fasa kehamilan yang makin mencabar.
Bagaimanapun ada beberapa aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh ibu hamil. Sebaiknya rujuk kepada doktor pakar yang merawat anda untuk nasihat yang terbaik sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.
Sebaik-baiknya, anda perlu mengelakkan sebarang aktiviti yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh ataupun membahayakan kawasan abdomen semasa hamil.
Risiko untuk kecederaan sebahagiannya bergantung kepada tahap kemahiran anda juga. Namun, ingatlah bahawa keupayaan anda untuk menyeimbangkan diri akan menurun kerana keadaan kehamilan dan pusat graviti anda juga telah berubah.
Anda juga pasti ingin mengikuti langkah berjaga-jaga semasa mengembara pada altitud yang tinggi, di mana pada keadaan sedemikian, kurang oksigen untuk anda dan bayi. Dengan berada pada aras 8,000 kaki ke atas, misalnya, boleh menyebabkan kesakitan altitud dan meletakkan bayi dalam risiko.
Berikut merupakan senarai sesetengah aktiviti yang boleh menimbulkan masalah semasa kehamilan:
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Ramai di kalangan ibu hamil yang mengalami praeklampsia atau tekanan darah tinggi dan kelebihan kadar protein dalam urin (proteinuria) sewaktu kehamilan. Penyakit ini adalah sangat serius kerana ia berlaku pada sekitar 5% daripada populasi wanita hamil dan biasanya terjadi pada usia 20 minggu kehamilan.
Peningkatan tekanan darah biasanya akan mengakibatkan pengecilan pembuluh darah di rahim. Perlu diingat, pembuluh darah berfungsi memberi janin, oksigen dan semua nutrisi yang diperlukan. Kesannya, perkembangan bayi yang ada di dalam kandungan menjadi terbantut.
Oleh kerana itu anda diwajibkan untuk memeriksa kehamilan secara teratur. Pemeriksaan kehamilan penting, agar anda dapat mengetahui perkembangan kehamilan, tahap kesihatan bayi dalam kandungan dan mengetahui kemungkinan penyakit atau kelainan pada kandungan.
Gejala utama praeklampsia adalah tekanan darah tinggi, tetapi mungkin ada juga sebab-sebab lain yang mempengaruhinya seperti kenaikan kadar protein dalam urin, pembengkakan di kaki atau kelainan pada hati atau ginjal.
Faktor yang berbeza dapat meningkatkan risiko anda untuk mendapat praeklampsia Ini termasuklah:
Selain faktor-faktor di atas, penyebab yang pasti mengenai praeklampsia tidak diketahui dengan jelas sehingga kini. Selain itu ia berkemungkinan disebabkan oleh keadaan plasenta, kekurangan oksigen atau ada gangguan di pembuluh darah. Keadaan ini harus mendapat perhatian serius kerana akibatnya boleh membahayakan kandungan.
Ketika tekanan darah sudah terlalu tinggi, misalnya sehingga mencecah 170 atau 200, satu-satu tindakan yang harus dilakukan doktor adalah segera mengeluarkan janin, agar tekanan darah anda kembali normal. Jika tidak, nyawa anda mahupun bayi boleh terancam. Memang penting untuk menyelamatkan kedua pihak. Namun, keutamaan adalah keselamatan diri anda.
Faktor makanan juga dikatakan penyebab praklampsia berlaku dalam kehamilan. Kekurangan kalsium dalam tubuh boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang berakhir menjadi pre-eklampsia. Hal ini kerana kalsium mencukupi dapat membantu menjaga pembuluh darah dan memastikan tekanan darah tetap normal. Selain itu, kekurangan protein, protein yang berlebihan, minyak ikan, vitamin D dan faktor makanan lainnya juga berperanan sebagai penyebab praeklampsia.
Obesiti juga antara penyebab praeklampsia. Indeks jisim tubuh yang tinggi berkaitan dengan diabetes, tekanan darah tinggi serta rintangan insulin, dapat mempengaruhi sistem inflamasi.
Langkah Pencegahan
Sebagai langkah pencegahan, anda perlu lakukan beberapa perkara agar tidak terjebak dalam masalah praeklampsia. Untuk mencegah praeklampsia, ia perlu dilakukan sejak sebelum hamil. Anda yang merancang hamil harus melakukan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan adalah penting untuk melihat tekanan darah tinggi, diabetes, tiroid dan ginjal.
Ketika hamil pula, pemeriksaan kesihatan harus dilakukan dengan lebih kerap. Selain itu, makanlah makanan berkhasiat dan mengurangkan makanan bergaram, berlemak serta mendapatkan rehat yang cukup. Jangan mengambil sebarang ubat. Mintalah nasihat doktor supaya dosnya terjaga dan tidak membahayakan janin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!