Tiga kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun antara sembilan individu yang disahkan positif COVID-19 di Taman Langat Utama serta Taman Langat Murni, Bukit Changgang setakat jam 12 tengah hari (7 Jun).
Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim, berkata ketiga-tiga kanak-kanak perempuan itu adalah warganegara yang mana dua daripadanya tinggal di Taman Langat Murni iaitu di zon B dan C manakala seorang lagi di Taman Langat Utama (zon A).
“Daripada kesemua sembilan kes positif yang direkodkan, tujuh membabitkan warganegara dan dua lagi membabitkan seorang warga Nepal serta Thailand.
“Sementara itu, sehingga 12 tengah hari semalam, sejumlah 4,627 penduduk sudah selesai disaring oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat yang membabitkan tiga zon.
“Daripada jumlah itu, 3,686 adalah warganegara manakala 941 bukan warga negara,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (SEMCO) di Kuala Langat, di sini, hari ini.
Ads
Beliau berkata, saringan mula dilakukan pada 30 Mei lalu selepas 20 pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menetap di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama disahkan positif COVID-19.
Katanya, saringan awal dilakukan secara sukarela manakala bermula 2 Jun lalu iaitu pada hari pertama SEMCO dilaksanakan di daerah berkenaan, pihaknya mewajibkan penduduk untuk melakukan saringan.
Ads
“Kita juga terpaksa melakukan pemeriksaan daripada rumah ke rumah untuk memastikan tiada penduduk yang tertinggal seterusnya tidak menjalani saringan,” katanya.
Mohd Jusni berkata, 19 daripada 20 kes positif yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sudah dibenarkan keluar daripada hospital dan dihantar pulang ke rumah di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama pada 4 Jun.
Ads
Katanya, 114 orang kontak rapat yang berada di Stesen Kuarantin Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) (52 orang) dan Stesen Kuarantin Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) (62 orang) juga sudah sembuh dan dihantar pulang ke rumah pada semalam.
“Kesemua 133 individu berkenaan juga diarahkan untuk menyambung dikuarantin di rumah masing-masing sehingga tamat tempoh SEMCO pada 16 Jun,” katanya.
Kanak-kanak perempuan Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, malam tadi.
Kanak-kanak berkenaan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA, disahkan meninggal dunia pada 10.48 malam.
Bapanya Memaklumkan Tentang Pemergian Anaknya
Kematian kanak-kanak itu dimaklumkan secara ringkas kepada media oleh bapanya Muhammad Noor Ain, menerusi aplikasi WhatsApp, malam tadi.
Sebelum Ini Disyaki Mengalami Jangkitan Influenza
Sebelum ini, Nur Dinie Damia dirawat di HSA sejak empat hari lepas, selepas disyaki mengalami jangkitan influenza, namun dia disahkan negatif penyakit itu, petang Isnin.
Disahkan Negatif Influenza Semalam
Mengesahkan perkara itu petang Isnin, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata ujian pengesahan PCR (Polymerase Chain Reaction) terkini pada pukul 4.45 petang Isnin, terhadap murid itu menunjukkannya negatif Influenza.
“Waktu Damia (Nur Dinie Damia) masuk ke sini (HSA), ujian Influenza dilakukan dan didapati negatif… jadi sekarang ini Damia didapati alami kegagalan buah pinggang dan hati.
“Bagaimanapun, pihak hospital sentiasa berusaha untuk menstabilkan semula keadaan adik Damia,” kata Dr Sahruddin kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu petang Isnin.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ibu muda runsing kerana anak sulungnya yang baru 2 tahun suka memukul adiknya yang baru 6 bulan. Ibu muda ini tidak terlarang anak sulungnya itu dan sering hilang sabar dan adakalanya terpaksa memukul anak sulungnya itu untuk tidak menyakitkan adiknya. Jadi bagai mana cara untuk mengatasi masalah ini?
Tentunya dia berasa amat bersalah.
Ibu rasa ramai ibu muda melalui keadaan seperti ini. Inilah nasihat Ibu. Perenggan terakhir itu amat penting untuk dibincang bersama suami. Ibu sendiri pernah anak-anak kecil 4 orang berderet setahun beza umurnya. Memang, jika tidak kuat minda, hati dan jiwa seorang ibu itu boleh kecundang. Kefahaman suami isteri amat perlu di dalam hal seperti ini.
Anak sulung anda terlalu kecil untuk faham apa yang dia buat. Untuk tahap ini dia belum boleh memahami arahan kita. Oleh itu lakukan perkara yang mengelakkan dia memukul adiknya.
Contoh, letak adik dalam cot yang tinggi untuk dia boleh pegang adik dia bila puan melakukan kerja lain.
Bila anda nak layan adik dia, beri dia pelukan dan cium dia banyak-banyak dan kata anda sayang dia dan ajak dia tolong anda layan adiknya.
.
Walaupun anda buat begitu, dia belum lagi faham sebenar-benarnya memukul adik itu tidak baik.
Kemungkinan juga dia bukan mahu memukul tetapi sebenarnya mahu membelai. Namun, kerana dia belum boleh mengawal tangannya, maka kelihatan seperti dia mahu memukul. Oleh itu ambil tangannya yang nampak mahu memukul itu dan ajar dia membelai adiknya. Katakan begini;
” Sayang nak belai adik ya? Mari mama tolong sayang belai adik…macam ni…lembut saja ya”
Kemudian jangan pula menyangka dia terus faham dan melakukan yang betul seperti yang kita mahu. Ingat anak sulung puan masih kecil walaupun dia sudah beradik.
Satu perkara yang Ibu ingin memohon sayang consider dan berbincang dengan suami; rancang kehamilan sayang. Banyak cara yang mengikut syariah boleh dilakukan. Elok kita menjarakkan anak-anak kita supaya badan boleh pulih semula dan anak-anak sempat dilayan dengan baik. Serta anda suami-isteri akan dapat memberi perhatian satu sama lain yang mengukuhkan pertalian anda suami isteri
Farah Lee blogger dan instafamous pernah berkahwin dengan penerbit dan pengacara, Ally Iskandar pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel, Maream Esabel yang kini berumur 4 tahun.
Namun rumahtangganya bertahan tidak lama, mereka telah berpisah pada tahun 2016. Farah Lee menerusi akaun instagramnya berharap agar netizen tidak memintanya untuk kembali rujuk atau berkahwin secepat mungkin.
Maream, omma yakin, 99% orang yang SURUH omma cecepat kawen atau kawen balik dengan daddy tu dia tak pernah pun melalui fasa perceraian mahupun went through the struggle of saving a marriage.
Sebab kalau dia pernah melalui, dia akan faham. Dan dia akan tahu, kata-kata itu sedikit pun tidak membawa kebaikan malah mungkin menyakitkan.
Omma bersyukur omma melaluinya, jadi omma faham dan takkan buat orang lain macam tu. Omma harap, mereka yang baca ni, walau tak pernah melalui, buka hati, cuba fahami dan tidak menyakiti.
Kami takkan doakan supaya mereka laluinya juga untuk faham sebab kami tahu sakitnya tu bagaimana. Kami cuma harap, mereka diam, kalau tiada apa yang baik untuk diperkatakan
Setelah melalui fasa perpisahan yang penuh cabaran, kakak kepada penyanyi Dafi, Nina Ismail Sabri, kembali mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, dalam...