Hisap jari sebenarnya tabiat biasa di kalangan anak-anak. Namun dah tidak jadi biasa apabila anak semakin meningkat usia tetapi masih menghisap jari. Menurut pakar kanak-kanak, anak menghisap jari kerana mahu menenangkan diri atau mendapat perhatian.

Walau bagaimanapun sampai bila tabiat atau ketagihan ini akan berterusan. Sebagai ibu bapa pastinya anda mahu lihat tabiat ini dihentikan secepat mungkin. Jadi bagaimana cara terbaik untuk hentikannya.

Berikut perkongsian dari Dr Wan Nurhana Wan Chek mengenai cara terbaik boleh diajar untuk anak lepaskan tabiat ini perlahan-lahan tampa perlu berkeras secara mendadak.

Anak hisap jari

Apabila anak menghisap jari yang paling terkesan adalah pertumbuhan gigi serta tulang muka anak.

Terutama bila anak-anak berusia 3 tahun ke atas. Budak 2 tahun ke bawah dianggap normal jika menghisap jari. Dipanggil thumb sucking.

Apakah kesan ” thumb sucking”

  1. Rahang atas mengecut dan menyebabkan pertumbuhan gigi dan rahang yang tidak normal seperti di gambar.
  2. Mouth breather. (bernafas melalui mulut. Mulut mudah kering menjadikan gigi mudah rosak)
  3. Open bite – gigitan terbuka. Gigi hadapan tidak rapat. Bila gigi hadapan tidak rapat sukar untuk mengigit makanan.

Mengapa anak ‘thumb sucking”/ menghisap jari?

Menurut catatan dari Puan Saleha Idris,

Anak hisap jari dari kecil kerana kurang mendapat keperluan asas yang cukup ataupun ketika mereka sedang explore dunia semasa kecil hingga terbiasa melakukannya.

Maka ia dipanggil habit atau kebiasaan.

Biasanya bayi menghisap jari kerana refleksi emosi seperti bosan, marah atau letih.

Cara nya untuk menghilangkan tabiat menghisap jari anak atau ‘thumb sucking’ :

1. Tawarkan hadiah untuk proses tukaran dengan hisap jari. Jika berjaya maka dipanggil peneguhan positif. Kerana tingkahlaku yang dikehendaki berhasil.

2. Hukuman
Apabila hisap jari letakkan perisa yang tidak disukai atau rasa pahit

3. Memberi pujian dengan menyebut usaha dan doakan. Bagus ani tidak hisap jari. Nanti kawan sayang ani. Jari ani pun bersih dan tak ada kuman . jari ani wangi. Allah suka orang bersih. Kalau Allah suka boleh masuk syurga.

4. Boleh sediakan carta plan tindakan tidak hisap jari. Kira satu hari berapa Kali. Dalam tempoh 20 hari fokus untuk kurangkan tingkahlaku dalam kekerapan.

5. Semasa anak tidur dan bedtime lakukan teknik tutup mata dan bayangkan kalau hisap jari nanti jari putus. Jari pun hilang. Sayang kan jari kita ada 5 tinggal 4.

Kemudian perlahan lahan dalam gelombang alpha beritahu dia esok mesti bangun tidur dengan gembira jari ada 5. Sebab kita tak makan jari.

Sumber: Dr Wan Nurhana Wan Chek

Tinggalkan Komen