Pelakon dan penyanyi Safura Yaacob memuat naik status bagi memperingati anak perempuannya, Nur Aisyah Mariam semalam, yang meninggal dunia pada 12 September 2011 menyentuh hati pengikut Instagram.
Safura dalam statusnya itu memberitahu kehadiran Mariam selama tiga tahun dalam hidup mereka sekeluarga sudah cukup membahagiakan dan berdoa agar Allah mempertemukan mereka di Jannah suatu hari nanti.
Penyanyi lagu Sedalam Mana Cintamu itu juga memuat naik status itu sebagai memperingati tarikh kelahiran Allahyarham iaitu 23 Ogos 2008.
“23 Ogos 2008… Lahirnya anak syurgaku ke dunia. Tiga tahun menanti kehadiran mu dan tiga tahun sahaja Allah pinjamkan kami untuk membahagiakan kami sekeluarga.
“Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kami reda dalam ketentuan Mu ya Rabb… Semoga Allah pertemukan kita nanti dalam Jannah Allah yang sudah tentu pasti,” tulisnya.
Perkongsian Safura di Instagram mengenai Allahyarham menyentuh perasaan.
Menerusi status sama, Safura turut memberitahu dia merindui anaknya itu selain memuat naik gambar Mariam dan kuburnya.
Ads
“Mama rindu, Al-Fatihah,” katanya.
Mariam meninggal dunia pada usia 3 tahun kerana demam berpanjangan adalah anak pertama penyanyi itu dengan pelakon Sahronizam Noor.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang dekat sini.
Ads
Selain Mariam, Safura dan Sahronizam mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Yusoff Firdaus, 9 tahun, Zara Nur Aisyah, 8 tahun dan Ariana Sofia, 4 tahun.
Safura turut mempunyai dua orang anak lain iaitu Nurul Natasha, 24 dan Muhammad Daniel Khaqim, 18, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.
Sumber: safurashah & mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik. “Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang. “Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama. “Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah.
Betul tak? Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya.
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, dikongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baby Car Seat atau kerusi keselamatan bayi antara barangan yang penting yang perlu ada dalam setiap kereta bagi yang mempunyai anak. Selain dapat mengurangkan risiko bayi tercampak keluar kereta, baby car seat juga memudahkan untuk travel walaupun tanpa pasangan.
Tetapi ramai yang tidak berjaya memujuk anak untuk berada dalam baby car seat. Ramai yang was-was, boleh ke anak duduk diam dalam car seat untuk perjalanan yang jauh? Ikuti perkongsian daripada Puan Ummi Mansor.
Carseat : Boleh Ke Anak Duduk Diam Untuk Perjalanan Jauh???
Jawapannya : BOLEH!
Tapi, Kita sebagai Ibu Bapa perlu ada ilmu, ada kemahiran yang betul. Nak bawa anak cuti-cuti Malaysia, bukan hanya perlu buat homework penginapan dan tempat makan sahaja. Tapi perlu juga gali ilmu untuk pastikan anak SELAMAT dan SELESA dalam perjalanan!
Tip-tip supaya anak selamat dan selesa dalam carseat;
1) Pastikan bekalan dalam kereta cukup
Jangan semua beg letak ke bonet. Di tempat duduk mesti ada; wet tissue, lampin, pakaian tambahan, air minuman, snek dan hiburan.
*Air minuman dan snek pastikan diletak dalam bekas yang ringan sahaja. Supaya jika berlaku kemalangan, ianya tidak terlalu membahayakan jika melayang dalam kenderaan.
*Hiburan pun sama; pilih yang ringan dan selamat sahaja. Soft toys ke, buku fabrik ke, foam puzzle ke. Jangan guna smartphone sentiasa, memang ada kes dahi berjahit dek smartphone melayang masa kemalangan. Pensel alat tulis bagai tu semua No No No!
2) Rancang perjalanan dalam waktu yang sesuai
Saya pilih siang, sebab laluan agak terpencil. Saya juga bajet masa supaya anak sempat tidur siang (nap) dalam car seat. Supaya sampai destinasi anak segar dan tak meragam.
3) Pilih untuk berhenti 10 minit selang 2-3 jam
Walaupun tiada keperluan bagi anda. Tukar lampin dan pakaian anak, kesian dia berpeluh.
Keluarkan dia dari carseat, meski hanya berlegar ke ruang hadapan sekejap.
Sebolehnya berikan anak masa dan ruang untuk berlarian di luar.
*Anak saya mabuk kenderaan, jadi hentian pertama pun dah muntah di RnR. Kami beri dia rehat lama sikit untuk hirup udara segar. Lega dia.
4) Selitkan waktu riadah dalam itinerari
Kalau anak asyik perlu keluar masuk carseat, pasti dia pun meragam. Kalau pagi dah bawa anak ikut kita membeli belah, petang cukuplah sekadar ambil angin di tepian pantai.
Kalau petang nanti nak bawa anak makan malam di restoran jauh sikit, pagi ni cukuplah makan di warung depan homestay sahaja. Tak perlu pagi petang siang malam dok ligan anak ke sana sini. Letih dia. Kesian. Itu pasal anak tak mahu duduk carseat.
5) Elakkan terikat dengan jadual masa anda
Ini terutama pada yang berjalan-jalan dalam masa yang singkat.
Contoh;
Jam 8 pagi bergerak pulang, jam 2 petang mesti nak sampai rumah. Sebab esok nak kerja katakan.
Tak boleh macam itu ye. Kita yang nak jalan, tapi anak tanggung seksa. Kesian dia. Saya amalkan berhenti bila anak dah menunjukkan bosan dalam carseat. Walaupun dah hampir nak sampai destinasi.
Jangan sesekali bila anak menangis; “Alahai sayang sikit lagi nak sampai. Sabar la.”
Anak akan rasa tidak didengari. Jadi memori dia dalam car seat adalah; “Kalau duduk sini, Ibu Ayah tak dengar aku menangis”. Jadi kemudian hari, anak fobia pada car seat.
Bukan salah anak. Salah kita sebenarnya. Cukup la 5 tips di atas dahulu ye.
Yang penting ingat;
Your children are a gift!
Treat them as you would an expensive gift,
Because they are PRICELESS!
Cantik dan tenang je memandang rumah kalau sentiasa bersih dan tersusun kemas. Tapi bukan mudah nak pastikan rumah sentiasa cantik dan kemas lagi-lagi jika anda punyai anak kecil yang sedang membesar. Kalau nak tahu macam mana cara nak pastikan rumah sentiasa bersih, ikuti perkongsian ini.
Dalam kehidupan seharian kita kena ada 1 sifat iaitu disiplin. Dalam urusan mengendalikan rumah kita seharusnya perlu ada disiplin kalau tak biasa kita ubah sikit2 . Perubahan ketara diri kita sendiri akan rasa bila rumah dalam keadaan bersih & kemas
1- sapu sampah walupun tak nampak sampah dengan mata kasar. Buktinya ampa akan peroleh hasil dari dalam penyodok & vaccum.
2- lap habuk walaupun nampak bersih tapi habuk tetap ada & wujud. Banyak @ sikit bergantung pada kerajinan kita. “Mak kami kta jangan sampai habuk seinci baru nak lap”
3- selepas guna ruang kemas semula jangan harapkan orang lain kemas. Jangan tunggu nanti2 ini menyebabkan kita akan terbiasa untuk bertangguh untuk mengemas.
4- wajib kemas tempat tidur selepas bangun tidur jangan biasakan bilik dalam keadaan berselerak. Bilik tidur adalah salah satu ruang kita untuk berehat setelah seharian penat bekerja. Mood kita mempengaruhi persekitaran rumah kita.
5- wajib buang sampah sebelum waktu tidur jangan biarkan sampah semalaman terperap dalam rumah ia akan menimbulkan bau yang kurang senang. Pastikan juga tiada sisa makanan tertinggal dalam sinki.
6- elakkan menyimpan terlalu banyak kotak kerana akan mengundang lipas terutama dalam cabinet dapoq.
7- sapu sawang di atas ceiling bukan salah plaster ceiling jenis apa cuma kita kena rajin hatta kalau kita tak buat plaster ceiling sekali pun rumah kita akan ada sawang.
8- Jangan sesekali biarkan bilah kipas tebal berinci2 dengan habuk kena rajin kaih sambil menyapu boleh guys dekat kipas kita boleh tengok orang tu rajin bersihkan rumah or tak.
9- Lapik kaki 1 rumah basuh la seminggu sekali sebab kita akan lap untuk bersihkan kotoran pada kaki. Mak kata “jangan sampai lap kaki hang keraih mcm kayu sebab kotoq”
10- pinggan mangkuk yang nk guna sahaja perlu ada dekat pengetus pinggan segala besen tapih lepas kering simpan dengan rapi dibawah cabinet.
Penat2 kemas rumah untuk kita keluarga kita sendiri maka tiada ruginya kita berpenat2 untuk pastikan rumah dalam keadaan bersih. Kebersihan itu amat dituntut dalam islam juga agama lain
Tak semua benda kita perlu bayar kadang2 kehidupan berubah kerana tindakan dari diri kita sendiri
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.