Bakal melahirkan anak pertama pastinya membuatkan bakal ibu tertunggu-tunggu bilakah masanya yang paling tepat untuk bersalin. Pelbagai pertanyaan dan rasa keliru bermain di minda.
Sakit yang bagaimana dan apa tanda-tandanya yang ibu perlu segera ke hospital?
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti dari Prince Court Medical Centre, tiga tanda utama ini menjadi penanda terbesar untuk bakal ibu bersalin. Ikuti perkongsian beliau.
Daddy perlu bawa mommy ke hospital jika mommy mengalami tiga tanda utama ini. Jangan tunggu lama lagi. Cepat ke hospital.
Ads
* Kontraksi yang berterusan dan semakin kerap. Seiring dengan sakit belakang & rasa berat di bahagian bawah ari-ari / perineum.
* Pecah air ketuban – air yang jernih, mungkin mengalir dengan banyak atau menitis sedikit demi sedikit daripada faraj. Kontraksi mungkin berlaku sebelum atau selepas air ketuban pecah.
* Lendir coklat atau bercampur tompokan darah (‘show’)- plug mukus atau mukus tebal yang menutup laluan serviks akan mula mengalir keluar apabila serviks mula terbuka.
Ads
Tips menghadapi kelahiran:
* Penuhkan ilmu di dada tentang proses kelahiran dari sumber yang sahih
* Fokuskan matlamat ‘Kelahiran Selamat’
* Kekal tenang
* Bina hubungan Doktor-Pesakit & ‘teamwork’ yang baik
* Kekal aktif & amalkan senaman yang bersesuaian
* Tidur & rehat yang cukup
* Diet sihat
* Kekalkan hidrasi
* Urutan perineum selepas 34 minggu (tanya doktor yang merawat)
* Amalan zikit & doa
* Sokongan kuat dari suami
Tak mengapa jika Allah kurniakan kesemuanya anak lelaki buat kita. Jangan sesekali merasa sedih bila tidak hadiahkan seorang anak perempuan buat suami. Anak lelaki kurniaan Allah cukup banyak kelebihannya malah mampu melindungi ibunya sampai syurga.
Ingatlah bahawa memiliki kesemuanya anak lelaki merupakan kebanggaan. Bakal menjadi imam mak ayah, solatkan 5 waktu malah bakal mengusung jenazah ibu dan ayahnya kelak. Hebat!
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh yang cukup dikenali sebagai pendidik berhati penyayang dan prihatin dengan kesusahan anak-anak muridnya mengenai kelahiran anak kelimanya cukup membuatkan hati seorang isteri tersentuh. Inilah yang mahu didengari oleh seorang isteri dikala rasa sayu dan kecewa.
“Bang. Lelaki Lagi,” ujar puan isteri sedikit kesedihan.
“Tak apa lah. Lelaki pun anak juga,” balasku.
“Tapi saya tak dapat beri anak perempuan kat abang. Tak apa ke?” balas puan isteri makin sayu.
Aku pandang matanya. Genggam erat tangannya. Tangan yang aku kahwini 11 tahun lepas itu hangat terasa. Lalu aku berkata,
“Anak ni rezeki Tuhan. Kita tak perlu merungut walau lelaki semua. Orang lain berapa ramai berdoa agar ada anak. Ramai juga yang berdoa agar dapat jodoh.
Lagi pun anak-anak lelaki ni, buatkan keluarga kita kuat. Awak keluar nanti, penuh bodyguard iring. Jenazah kita nanti tak perlu orang lain pikul. Setiap penjuru, anak-anak kita”.
“Tapi bang. Kalau abang…” kata-katanya terhenti.
Aku gelengkan kepala tanda tak nak dia teruskan berkata-kata. Aku tahu ayat seterusnya.Ayat gurauan ramai kawan-kawan selalu berkata,
“Agaknya ‘kilang’ ini produce lelaki sahaja. Kena cari ‘kilang’ lain kot baru boleh produce perempuan”.
Itu ayat gurauan. Sedikit pun aku tak terkesan. Namun adakah jika kahwin lagi satu anak yang bakal dikandung itu 100% pasti perempuan? Tidak kan? Bahkan kemungkinan nak mengandung pun belum tentu lagi. Habis kenapa nak ambil risiko cari yang lain?
Satu cukup. Cukup untuk menjaga aku dan anak-anak. Dua walau banyak belum tentu menjanjikan bahagia. Bahkan jika ada yang berkata, jika kahwini dia pasti dapat anak perempuan pun akan aku tolak. Walau pasti.
Memang kalau boleh, kita nak anak biar berpasang. Biar ada lelaki, biar ada perempuan. Namun apa salahnya kalau lelaki semua? Nanti cari la menantu perempuan pula. Lagi pun aku tak risau, aku dah ramai ‘anak-anak’ perempuan di sekolah nun.
Paling ditakuti bila kahwin dua tiga adalah keadilan. Adil ni tak nampak mata kasar. Bukan boleh timbang atas penyukat. Sikit terlebih sana, sini terasa. Malaikat pula menulis. Ah, cari bala belaka.
Andai satu pun aku tak mampu nak jaga dengan sempurna, tak pernah aku mimpikan ada dua, ada tiga. Walau kewangan itu mampu, walau nafkah zahir dan batin ada kemampuan, namun cukuplah.
Bukan takut bini tapi cukuplah satu
Cukuplah satu pada aku. Orang bergurau katanya takut bini. Salah tu.
Berkahwin satu bukan tanda takut bini. Ia tanda setia. Ia tanda menghargai. Ia tanda tahu kemampuan diri. Ia tanda sedar, yang satu itu pun kita tak menjaga hati mereka 100%, apa lagi mahu tambah dua tiga.
Orang yang berminat nak tambah ramai, silakan. Jika rasa mampu zahir, mampu batin, dan mampu adil, silakan. Tidaklah aku menolak poligami. Itu sunnah nabi saw. Mana mungkin kita menolak sunnah kekasih Allah.
Cuma aku sedar. Sunnah lain banyak lagi tak terikut. Nak ikut sunnah yang tak mampu nak pikul buat apa? Ikut sunnah ni dapat pahala sepatutnya. Namun jika ikut sunnah tapi tidak adil, tidak mampu, menyakiti dan melukai antara satu sama lain, bukan dia. Bukan begitu caranya.
Anak semua lelaki? Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Semua milik ibunya. Kembali taat pada ibu walau sudah beristeri nanti. Bakal mengusung jenazah kami. Bakal imamkan kami solat 5 waktu, solat terawih bahkan solat jenazah kami.
Ia merupakan kebanggaan kami. Ia bukan alasan untuk mencari lain agar dapat anak perempuan. Isteri dan anak ini amanah Maha Besar dari Tuhan. Nak didik mereka agar menarik tangan kita ke syurga tidak mudah. Yang sedia ada ini, perlu aku didik sebaik mungkin. Tidak ingin aku mencari lain.
Cukuplah satu bagiku. Cukuplah satu.
@The Arumi’s #MFS – Family man –
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Sumber : Baitus Solehah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekian lama menantikan cahaya mata perempuan, akhirnya penyanyi, Asfan Shah dikurniakan cahaya mata perempuan selepas isterinya selamat melahirkan anak keempat mereka pada Sabtu lalu.
Berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagramnya, Asfan bersyukur urusan kelahiran cahaya mata keempatnya itu dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
” Isteri saya telah selamat melahirkan baby ke 4 kami malam semalam. Tq pada semua yang mendoakan,” tulisnya di kapsyen.
Paling menarik kata Asfan menerusi kapsyen ringkasnya, kehadiran anak perempuan dalam keluarga mereka setelah memiliki tiga orang cahaya lelaki sebelum ini pastinya menyerikan lagi keluarga mereka.
Bahkan kata Asfan lagi, puteri comel mereka itu pastinya menjadi peneman isteri tersayang kelak.
“Paling best mommy dah ada kawan dah lepas ni, nak gi shopping nak gi nursery, nak gi pasar. Hihi.
“Selamat datang sayang daddy si baby girl. 3 imam 1 ma’mum untuk family ni. Khalas,” tulisnya lagi.
Melalui entri itu juga, Asfan turut sama memuat naik gambarnya bersama bayi perempuannya tetapi masih belum berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut Asfan di Instagram turut sama mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata yang sudah pastinya menyerikan lagi Asfan sekeluarga.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @asfanshah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.