
Pejam celik, pejam celik pelakon Elfira Loy akui walaupun tinggal hampir dua bulan untuk bersalin namun dia masih belum melakukan apa-apa persediaan.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Elfira memberitahu dia perlu buat perancangan rapi terlebih dahulu agar tidak terlupa perkara yang penting.
View this post on InstagramA post shared by 25 | ?? | (@elfiraloy) on
“Tinggal lagi dua bulan dan saya masih belum membuat apa-apa persediaan lagi tapi saya rasa sungguh teruja.
“Teruja untuk menyiapkan bilik nurseri, membeli barangan keperluan bayi. Diri sendiri dan juga membuat sesuatu perkara dengan teratur tetapi saya juga perlu melakukan perancangan supaya tidak terlepas apa-apa yang penting kalau tidak nanti El stress, ini tak okay itu tak muat.
“Rancangan saya adalah untuk memulakan bilik tersebut dengan melabelkan bahagian-bahagian tertentu, meletakkan barangan ditempat yang sepatutnya dan membaca segala informasi mengenai selepas kehamilan, penyusuan dan juga bayi.
“Tetapi apa pula pengalaman anda? Apa benda yang rasa dah lengkap tetapi selepas dah beranak baru macam “ohh I forget about this, I forget about that.”
“Mungkin anda boleh kongsikan bersama saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama, hehe, terima kasih,” ujarnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga, ramai peminatnya dan rakan selebritinya turut membantu Elfira dengan menceritakan pengalaman mereka.
Barang sempat lagi beli, persediaan mental penting
Belajar Ilmu Penyusuan
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.
Sumber: ig elfira loy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minggu Ke-36 Patut Kepala Ke Bawah. Kuantiti Air Ketuban, Uri Bawah, Cyst & Fibroid Antara Punca Bayi Songsang

Isi Kandungan
ToggleMinggu ke-36 dah berlalu tapi bayi masih songsang. Paling banyak yang difikirkan ialah kaedah bersalin, normal atau caesarean?
Menurut Dr Norleen Salleh, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.
Lazimnya doktor akan mendiagnosis kandungan berada dalam keadaan songsang apabila menjelang minggu ke-36 melalui ujian imbasan. Pengesahan pada waktu ini agak membimbangkan kerana bayi semakin membesar dan agak sukar untuk bergerak dan mengubah kedudukan kepalanya ke bawah.
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
7 FAKTOR MENYEBABKAN KANDUNGAN SONGSANG
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
- Kedudukan uri di bawah (placenta previa).
- Tali pusat pendek
- Bayi mempunyai kecacatan.
- Air ketuban terlalu banyak atau sedikit.
- Ketumbuhan dalam pelvis seperti cyst, fibroid di dalam rahim ibu.
- Bentuk uterus yang tidak normal atau keradangan seperti endometriosis.
- Kontraksi pramatang yang menyebabkan kelahiran berlaku pada waktu itu.
PROSEDUR UBAH KEDUDUKAN BAYI SONGSANG
Kedudukan bayi yang songsang boleh diubah dengan cara tertentu bergantung pada keadaan ibu, bayi, tali pusat dan uri. Prosedur External Cephalic Version (ECV) iaitu proses memusingkan kepala bayi ke bawah boleh dilakukan pada minggu ke-32 hingga 36 di hospital oleh doktor pakar yang mahir dengan menggunakan bantuan pengimbas ultra bunyi untuk melihat kedudukan uri, tali pusat dan anggota badan bayi.
Alat untuk mengukur degupan jantung bayi turut digunakan untuk mengetahui tahap kesihatan bayi. Ramai yang mengatakan prosedur ini menyakitkan dan ia mempunyai risiko yang tertentu. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mencetuskan kontraksi dan menyebabkan kelahiran.
Urutan tradisional dilarang sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada uterus, putus tali pusat, uri lekang, tumpah darah, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.
Ibu juga boleh berusaha dengan mengamalkan kedudukan bersujud (kedudukan melutut dan kepala direndahkan). Tarikan graviti boleh membantu menggerakkan kepala bayi ke bawah. Kedua-dua cara iaitu prosedur ECV dan bersujud boleh dilakukan namun peratusan berjaya adalah rendah sekiranya tali pusat bayi pendek atau berbelit.
BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL?
Tidak semua kandungan songsang boleh dilahirkan melalui cara normal. Pembedahan Caesarean adalah alternatif utama. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kelahiran normal melalui serviks yang dibolehkan oleh para pakar perbidanan.
- Bukan bayi pertama dan mempunyai pengalaman melahirkan secara normal.
- Rahim ibu tidak mempunyai parut pembedahan (scar).
- Saiz bayi kurang daripada 3.5kg.
- Ukuran pelvis ibu.
- Tidak melebihi tarikh jangkaan bersalin.
- Bayi dalam keadaan sihat.
- Dipersetujui ibu dan suaminya.
Perlu difahami bahawa kelahiran bayi songsang dengan kaedah normal mempunyai risiko komplikasi tali pusat (cord accident) seperti cord prolapse iaitu tali pusat yang terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi.
Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan tali pusat tidak berfungsi dengan baik dan bayi berkemungkinan tidak mendapat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Tali pusat juga boleh menjerut leher bayi dan boleh menyebabkan bayi lemas. Risiko tali pusat berpintal juga perlu diambil kira.
Selain itu, kedudukan kepala bayi di atas juga boleh menyebabkan ia tersangkut di saluran serviks. Hal ini kerana bahagian kepala adalah yang paling besar boleh menyebabkan asphyxia (lemas) yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian.
Menurut Dr Norleen, doktor yang merawat akan memberikan kaunseling pasangan terbabit tentang cara terbaik yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan dan situasi semasa. Alternatif melahirkan terbaik bagi kehamilan songsang ialah pembedahan caesarean. Pembedahan ini akan dicadangkan apabila kehamilan mencecah usia minggu ke-37 di mana bayi telah matang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berseri Bakal Ibu Berbusana Raya. 15 Foto Selebriti Malaysia Tetap Anggun Sambut Syawal Walau Sedang Hamil

Walaupun ada selebriti sedang sarat hamil, itu semua tidak menghalang mereka untuk terus tampil anggun dan cantik dengan busana hari raya masing-masing.
Malah bakal-bakal ibu ini dilihat makin bertambah serinya dengan ‘baby bump’ yang comel. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan untuk bakal ibu-ibu ini! Enjoy gambar-gambar mereka dengan busana Syawal yang tak kurang hebatnya!
1. Nur Fazura
2. Sari Yanti
View this post on InstagramMy Love and I . Dengan family yang dah lama tak jumpa n rindu sangat 😭😭😭
A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
3. Mia Ahmad
View this post on InstagramA post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on
4. Niena Baharun
View this post on InstagramSelamat Hari Raya Aidilfitri 1441 . Ampun maaf zahir & batin 🙏🏻 #teamrayakl
A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on
5. Eyra Hazali
View this post on InstagramSelamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 💛 #26weekspregnant
A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on
6. Fasha Sandha
7. Deena Emir isteri Syarul Ridzwan
8. Bella Astillah
9. Dayah Bakar
10. Tya Adnan isteri Syukri Yahaya
View this post on InstagramSalam Aidilfitri daripada kami sekeluarga ! ✨
A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on
11. Nurida Suraya isteri Rizman Nordin
12. Ayu Abas isteri Tomok
13. Erynne Erynna
View this post on InstagramA post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on
14. Syaheeraa Rahman isteri Fad Bocey
View this post on Instagramhasil perut makan banyak di pagi raya😋 . baby dah tkmau makan lauk raya la .nak masak apa tah hrini🤔
A post shared by Syaheera❤️Fadzlie (@syaheeraarahman) on
15. Nurul Syuhada isteri Hafidz Roshdi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yang Kahwin Pasti Nak Zuriat, Tapi Belum Rezeki. Tak Perlu Sibuk Asyik Bertanya

Isi Kandungan
TogglePasangan berkahwin pasti mahukan zuriat sendiri. Untuk yang mempunyai rezeki awal, sejurus selepas nikah tidak lama kemudian terus ‘melekat’. Tetapi ada juga pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum dapat memeluk bayi sendiri. Ada pula yang terpaksa berhabis duit dan tenaga serta perlu kuat emosi serta fizikal untuk melalui pelbagai ujian kesuburan.
JANGAN DITANYA PADA YANG TIADA ANAK, SAKITNYA HATI MEREKA HANYA TUHAN YANG TAHU…
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..
“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil”
“Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”
“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar”
“Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk”
“Bro.. Air mani kau tak power kut…”
MashaALLaH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.
Artikel Menarik: [“Jealous Tengok Kau Ada Anak-Anak, Tapi Aku Masih Berdua.” Ada Atau Tak Ada Anak, Ujiannya Tetap Ada. Be Positive!]
YANG RASA AKAN FAHAM, KENA KUATKAN HATI
Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..
Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
JATUHKAH EGO SEORANG SUAMI, JIKA ISTERI MASIH TIDAK HAMIL?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..
Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?
Anak angkat… Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa..
Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..
Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH..
Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.
Artikel Menarik: [Soal Dapat Anak Tak Cepat, Tak Lambat. Jika Allah Bagi, Itulah Masa Terbaik]
JANGAN DIPERSOAL REZEKI ORANG LAIN
Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan.
Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do’a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya’..
Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.
Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!
Sekian, terima kasih.
Sumber: Nor Farah Dilah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI