Kehamilan

Tinggal 2 Bulan Lagi! Elfira Mula Buat List, Minta Pendapat Persediaan Sambut Baby

Share

Pejam celik, pejam celik pelakon Elfira Loy akui walaupun tinggal hampir dua bulan untuk bersalin namun dia masih belum melakukan apa-apa persediaan.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Elfira memberitahu dia perlu buat  perancangan rapi terlebih dahulu agar tidak terlupa perkara yang penting.

“Tinggal lagi dua bulan dan saya masih belum membuat apa-apa persediaan lagi tapi saya rasa sungguh teruja.

“Teruja untuk menyiapkan bilik nurseri, membeli barangan keperluan bayi. Diri sendiri dan juga membuat sesuatu perkara dengan teratur tetapi saya juga perlu melakukan perancangan supaya tidak terlepas apa-apa yang penting kalau tidak nanti El stress, ini tak okay itu tak muat.

“Rancangan saya adalah untuk memulakan bilik tersebut dengan melabelkan bahagian-bahagian tertentu, meletakkan barangan ditempat yang sepatutnya dan membaca segala informasi mengenai selepas kehamilan, penyusuan dan juga bayi.

“Tetapi apa pula pengalaman anda? Apa benda yang rasa dah lengkap tetapi selepas dah beranak baru macam “ohh I forget about this, I forget about that.”

“Mungkin anda boleh kongsikan bersama saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama, hehe, terima kasih,” ujarnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga, ramai peminatnya dan rakan selebritinya turut membantu Elfira dengan menceritakan pengalaman mereka.

Barang sempat lagi beli, persediaan mental penting

Belajar Ilmu Penyusuan


Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.

Sumber: ig elfira loy

Published by
Wan Amy