Pelakon Adam Corrie Lee dan isteri, Fazima Fuad kini sedang berdebar menanti kehadiran cinta hati pertama mereka selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Harapannya adalah satu agar semuanya dapat mendoakan urusan kelahiran bayi ini dipermudahkan.
Melalui perkongsian Adam Corrie Lee, dia menyatakan isterinya dijangka akan melahirkan anak sulung mereka sekitar bulan Julai depan.
Sehingga kini pasangan ini masih merahsiakan jantina anaknya kepada umum dan tak menafikan perasaan teruja untuk memegang sendiri zuriat mereka.
Walaupun usia kandungan Fazima dah memasuki 36 minggu, Adam Corrie masih lagi membuat persiapan dengan membeli barangan bayi. Apa yang membuatkan peminat senang dengan sikap pasangan suami isteri ini, mereka tidak terlalu boros.
Mengambil pendekatan bersederhana, pasangan ini memberi keutamaan dengan membeli baju-baju terlebih dahulu. Manakala yang lain-lain dibeli mengikut keperluan semasa.
Selain itu, sama seperti ibu bapa lain, Adam Corrie dan Fazima juga tak melepaskan peluang untuk mengabadikan setiap momen bayinya sepanjang 9 bulan dalam kandungan.
Bak kata orang, bila dah ada anak apa sahaja aksi anak akan dirakam dan disimpan menjadi kenangan. Buat permulaan ini, mereka sama-sama membuat scrap book untuk menyimpan journey babynya bermula dari scan 2D hinggalah 6D. Seronok tengok kegembiraan pasangan ini.
Netizen juga turut memuji sikap Adam Corrie yang begitu menjaga perasaan isterinya sepanjang mengandung dan sentiasa mengingatkan bahawa hati wanita yang mengandung sangat sensitif.
Semoga urusan isteri Adam Corrie untuk melahirkan anak sulung dipermudahkan dan selamat kedua-duanya.
Sumber: Instagram Adam Corrie Lee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI