Sejak kebelakangan ini, peningkatan kes kematian akibat wabak Covid-19 dilihat semakin menjadi-jadi. Keadaan ini dianggap sebagai ancaman dalam diam dan tak dapat nak pastikan siapa yang akan kena.
Apa yang menyentuh hati jika kematian ini melibatkan insan tersayang dan tidak dapat memberi ciuman terakhir. Seperti kisah lapan beradik ini yang sekelip mata menjadi anak yatim piatu kerana ibu dan ayah meninggal dunia akibat Covid-19.
Bapa pergi dulu, dua hari kemudian ibu pula dijemput ilahi
Antara nyawa yang terkorban itu, ibu bapa kepada Nazurah Nabilah Yajeed, berusia 19 tahun. Arwah ibu bapanya yang sebelum ini mencari nafkah hanya dengan berniaga goreng pisang, kembali ke rahmatullah akibat Covid-19 dalam jangka masa tiga hari. Pemergian ayah ini meninggalkan Nabilah yatim piatu bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun.
Sebilangan besar adik-adik Nabilah masih bersekolah, kecuali adik bongsunya yang berusia empat tahun. Nabilah sendiri merupakan pelajar di Kolej Politeknik Mersing di Johor.
Dia berkata bapanya meninggal pada hari Jumaat lalu (16 Julai) dan dua hari kemudian pada hari Ahad (18 Julai), ibunya pula meninggal dunia akibat Covid-19.
Ads
“Saya akan jaga adik-adik..”
Menurut laporan MalaysiaKini, pada mulanya, ibunya diuji positif pada 18 Jun sehingga dia pergi ke (pusat kuarantin dan rawatan) Maeps, dan kemudian pada 21 Jun, dia mengalami kesukaran bernafas kemudian dia terus masuk ke unit rawatan rapi (ICU) dan tidak sedarkan diri. Namun, apa yang menyedihkan adalah ibunya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Julai.
“Ayah saya adalah kontak rapat ibu saya. Saya tidak ingat hari apa dia mengambil ujian dan disahkan positif tetapi dia sukar bernafas dan dimasukkan ke hospital pada 30 Jun. Dia dimasukkan ke ICU di Rumah Sakit Selayang dan selepas itu ‘ditidurkan’. Dia tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia pada hari Jumaat lalu,” kata Nabilah.
Ads
Kini Nabilah dan adik-adiknya tinggal di rumah ibu saudaranya di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Ibu saudaranya tidak bekerja dan sebelum ini positif Covid-19.
Nabilah berkata mereka semua baik-baik saja sekarang dan baru sahaja menyelesaikan tempoh kuarantin mereka. Jelasnya lagi, mereka sedang menunggu untuk memotong gelang merah jambu mereka.
Di sebalik tragedi yang menimpa keluarga mereka, Nabilah sedar hidup mesti diteruskan, apalagi dia kakak sulung kepada tujuh adik-adik untuk dijaga.
“Ya, saya terkejut dan saya masih sedih, tetapi tak mengapa. Saya perlu terus tinggal bersama adik-adik saya,” katanya.
Ads
“Terima kasih, ramai yang sudi bantu kami”
Nabilah berkata setakat ini dia mendapat bantuan daripada jiran-jiran dan juga beberapa orang tidak dikenalinya, yang menghulurkan bantuan makanan dan wang. Pun begitu, Nabilah berkata dia terbuka untuk menerima lebih banyak bantuan untuk membantu keluarganya kembali berdikari.
Bagi mereka yang ingin menghubungi Nabilah untuk memberikan bantuan, dia boleh dihubungi di nazurahkai14@gmail.com. Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun (12207020456204 BIMB – NAZURAH NABILAH BENYAJEED)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas empat hari pemergian arwah Ashraf Sinclair, Ibunya Khadijah A Rahman Sinclair akhirnya mendapat kekuatan untuk berbicara.
Menerusi akaun IG atas nama Dida Sinclair, Khadijah mengakui sukar untuknya meluahkan perasaan selepas pemergian arwah Ashraf.
“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.
“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.
“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.
Luahan Khadijah dikongsi pada ruang komen entri dan hampir 40,000 tanda suka sejak dimuat naik. Kebanyakan mendoakan yang baik-baik untuk arwah Ashraf dan keluarganya.
Arwah meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki Noah Aidan, 10 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap hari jumlah jangkitan dan angka kematian masih menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun pasukan barisan hadapan negara tak berputus asa untuk memberikan rawatan terbaik untuk memastikan mangsa yang terbabit dapat sembuh.
Terbaru, satu keluarga telah dibawa ke Hospital Ipoh dan dikuarantin setelah mereka disahkan positif virus Covid-19.
Satu keluarga kena Covid-19
Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook dengan nama akaun Gold Amy Edriena, memaklumkan dia bersama suami serta lima orang anak mereka, telah dihantar ke hospital Ipoh selama 4 hari untuk dikuarantin, sebelum dibawa semula ke Teluk Intan.
Dapat dilihat menerusi perkongsian tersebut, demi keselamatan para pesakit perjalanan mereka ke hospital telah diiringi oleh beberapa pasukan polis.
Tolong doakan kami
Terdahulu, KKM telah memaklumkan seramai 39 kakitangan disahkan positif Covid-19. Difahamkan, suaminya merupakan salah seorang pakar di Hospital Teluk Intan, yang bertugas di jabatan kecemasan.
Hanya doa yang diharapkan, ibu ini meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarganya agar dapat pulih daripada wabak Covid-19 ini.
Semoga keluarga ini terus kuat dan tabah menghadapi penyakit ini, diharapkan segera sembuh dan dapat pulang ke rumah dalam keadaan yang sihat.
25 tahun yang lalu Malaysia pernah digemparkan dengan berita bayi parah dibaham seekor kera di rumahnya ketika itu.
Selepas 25 tahun kejadian tragedi berdarah berlaku, gadis yang pernah ‘di baham kera’ ini baru sahaja selesai konvokesyen serta menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bergelar Doktor (Al-Hafizah) dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBCh), Universiti Al-Azhar.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh kakak Fatin Nabiha iaitu Annie SK.
“Inilah baby girl yang menggemparkan Malaysia in 1998 di muka depan suratkhabar dan masuk semua newspaper dan berita TV dengan tajuk “bayi parah dibaham kera”.
“Alhamdulillah finally..Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin. The youngest of bin/binti Kamarudins. Bongsu nombor 9.”
Born 1997. Pendidikan:
2002: Tabika Perpaduan Gunung Soga
2003-2008: Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB), Batu Pahat – UPSR 5A
2009-2013: Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ), Kluang – SMRA Pelajar Terbaik Negeri Johor, SMA Mumtaz & SPM 10A
2014-2015: Darul Quran JAKIM – Hafazan Quran 30 juzuk
2015: UIA course Law (tolak)
2015: UPNM Medic (few months je)
2016-2022: Universiti Al-Azhar Medic
Antara Malaysian medic students Al-Azhar yang dapat program pertukaran belajar ke Mexico. Syukur selesai semua.
Mengimbau kejadian tragedi berlaku pada tahun 1998, dilaporkan bayi perempuan berusia 8 bulan cedera parah di betis kanan dan beberapa jari kirinya hampir putus selepas diserang seekor monyet liar di rumahnya di Jalan Dato’Mohd Shah.
Ketika kejadian kira-kira jam 9.15pagi, Fatin Nabiha tidur dalam buaian di ruang tamu rumah manakala kakaknya Laila Mastura,7 dan abangnya Mohd Faiz,5 bermain berhampiran buaian sebelum monyet liar tersebut menyerang. Monyet liar tersebut dipercayai masuk menerusi tingkap di sebuah bilik.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...