Malang tidak berbau! Hanya beberapa saat saja semua boleh jadi. Inilah ungkapan yang sesuai menggambarkan detik cemas yang dihadapi oleh penyanyi, Nubhan Ahamad apabila puteri sulungnya, Aafiya Kamilia terkunci di dalam kereta miliknya.

Melalui laporan Oh Bulan, kejadian itu dikatakan berlaku semasa dia mengambil barang di dalam rumah dan meninggalkan anaknya sendirian di dalam kereta.

Tinggal sekejap, ambil barang dalam rumah

Menurut Nubhan, pada awalnya dia meninggalkan Aafiya dalam keadaan kereta yang tidak berkunci tetapi anak perempuannya itu telah mengunci kereta tersebut dari dalam ketika dia berada di dalam rumah untuk mengambil barang.

IKLAN

Menyedari kereta tersebut telah berkunci, dia kemudian mengajar Aafiya untuk menekan button unlock tetapi tidak berjaya. Dia kemudian meminta pertolongan rakannya untuk membuka pintu tersebut. Aafiyah dikatakan terperangkap di dalam kereta selama 15 minit.

Tinggal Kejap Ambil Barang Dalam Rumah, Anak Tekan Lock Terus Terkunci Dalam KeretaTinggalkan Anak 

Rata-rata netizen menasihati Nubhan dan orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka dengan keselamatan anak-anak.

IKLAN

Mereka juga turut meninggalkan pesanan supaya menurunkan sedikit tingkap dan pintu kereta tidak ditutup dengan rapat agar perkara yang sama tidak berulang lagi.Tinggal Kejap Ambil Barang Dalam Rumah, Anak Tekan Lock Terus Terkunci Dalam Kereta

Akui kesilapan dan sebagai pengajaran

Dalam satu posting lain di instagramnya Nubhan akui kesilapannya dan berterima kasih pada semua kerana prihatin dan memberi nasihat yang baik.

IKLAN

“Sebagai manusia biasa memang ada masanya kita lalai dan tak terfikir tapi saya tahu tiada yang sempurna. Kejadian ini benar-benar buat saya serik dan memberi pengajaran pada masa akan datang.

“Mungkin bukan saya seorang saja tetapi buat semua ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak kecil dan ingatlah jangan sesekali alpa. Hanya beberapa saat semua boleh berlaku” jelasnya.

Sumber: Nubhan Ahamad

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI