Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana Kuala Lumpur (18 Julai).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada pengawal keselamatan di kondominium tersebut pada 2.20 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak yang merupakan warga asing itu dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan ke sebuah unit di kondominium terbabit untuk mengambil upah membasuh dan melipat baju.
“Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik itu ditinggalkan seorang diri oleh ibunya berusia 36 tahun di ruang tamu rumah kerana sedang tidur sebelum wanita itu turun untuk membasuh pakaian di (kedai) dobi di bawah rumah.
“Kanak-kanak itu dipercayai telah bangun daripada tidur dan membuka pintu gelongsor sebelum memanjat kerusi yang berada di balkoni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ads
Mohamad Farouk berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak itu sedang bekerja di Petaling Jaya dan semakan mendapati ibu bapa mangsa tinggal di negara ini sejak lima tahun lepas.
Katanya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bedah siasat dan setakat ini tiada tangkapan dibuat serta siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
“Apabila dokumen itu dibawa kepada JPN nanti, kita akan tahu sama ada ia sahih atau tidak. Anak yang dilahirkan pada tahun depan akan mendapat sijil kelahiran versi baharu itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan reka bentuk baharu dokumen keselamatan sempena Hari Pendaftaran Negara 2022.
Hamzah bagaimanapun menjelaskan, sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.
Sementara itu, JPN dalam kenyataan sempena program berkenaan pula memaklumkan, sebanyak 38 dokumen keselamatan jabatan itu termasuk sijil kelahiran dan daftar perkahwinan, ditingkatkan ciri keselamatan bermula tahun depan bagi menjaga aspek ketulenan.
Menurut JPN, antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah pada reka bentuk dokumen, kertas digunakan dan jenis dakwat untuk cetakan keselamatan. – BERNAMA
Baru saja nak rasai gerakan manja dalam perut, Allah lebih sayangkan anak syurga ini. Hati ibu ayah mana yang tak sedih selepas hasrat untuk menimang cahaya mata kembar tak kesampaian.
Sebak sungguh hati ini bila melihat wajah kedua-dua wildan syurga ini. Sepertinya si abang dan si adik sedang nyenyak tidur bersama.
Pasangan kembar wildan syurga
Bayi kembar lelaki yang kami uruskan ini meninggal dunia selepas 30 minit dikeluarkan dari rahim ibunya. Dikeluarkan demi untuk menyelamatkan nyawa ibunya.
Ketika dikeluarkan si abang dan si adik baru berusia 4 bulan dalam kandungan si ibu. Keputusan untuk melahirkan si kembar ini terpaksa dilakukan oleh doktor.
Ini kerana doktor mendapati kembar yang dikandung mempunyai masalah komplikasi. Jika tidak keluar si kembar boleh membahayakan nyawa si ibu.
“Keputusan yang cukup berat. Dua-dua sayang”
Si bapa terpaksa membuat satu keputusan yang sangat berat. Ibarat diluah mati emak. Ditelan mati bapa. Kedua-duanya si bapa sayang. Si kembar akhirnya terpaksa dikeluarkan awal.
Si ibu dan si bapa tiada pilihan lain. Nak atau tidak mereka perlu redha. Si kembar dikeluarkan tidak berapa lama selepas ubat disuntik kepada si ibu. Kedengaran suara tangisan setelah si kembar berjaya dilahirkan.
Bertahan 30 minit selepas dilahirkan
Tangisan yang kuat menjadi semakin sayup. Kemudian terhenti menandakan si kembar sudah tidak lagi bernyawa. Si abang dan si adik hanya mampu bertahan selama 30 minit. Berakhirnya impian si ibu dan si bapa.
Hajat untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian. Si abang dan si adik memilih untuk menunggu ibu bapanya dipintu syurga. Dipinjamkan si kembar selama 4 bulan dirahim ibunya. Dipanggil pulang apabila sifat yang ada telah cukup sempurna.
Telah kami sempurnakan pengurusan untuk kedua-dua kembar syurga ini. Si kembar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja. Si abang diberi nama Muhammad Abu Bakar. Si adik pula diberi nama Muhammad Omar.
Salam takziah buat kedua ibu bapa kembar wildan syurga ini. Moga dapat bersatu kembali di syurga Allah nanti.
**Salurkan sumbangan anda ke dalam tabung pengurusan jenazah UKVJ.
Bantu kami untuk kami membantu ummah :-
8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya berita pelantikan Menteri Pendidikan baharu menjadi berita baik untuk ibu ayah. Dengarnya tiada lagi exam oriented untuk anak-anak yang bersekolah.
Selama ini ramai ibu ayah meluahkan rasa tak puas hati dan kasihan melihat nasib anak-anak kecil yang terpaksa menanggung sistem pendidikan yang terlalu membebankan pada peringkat usia masih kecil lagi.
Jadinya apabila Dr Maszlee Malik yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada Jumaat lepas mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang akademk ramai yang mengharapkan satu perubahan baik dalam sistem pendidikan negara.
Dalam temubual dengan Astro Awani, Dr Maszlee menerangkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots yang akan diguna pakai dalam sistem pendidikan Malaysia Baru.
Mungkin ada ibu ayah yang tak pernah tonton filem tersebut dan kurang faham apa yang dimaksudkan.
Maka perkongsian daripada Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini diharap dapat lebih membuka mata dan minda para ibu bapa sekalian sebagai persediaan untuk persekolahan anak-anak kelak.
Ada yang tak dapat tangkap, maksud Dr Maszlee Malik dalam Astro Awani tadi “Kita akan terapkan konsep pembelajaran dari filem 3 Idiots dalam Malaysia baharu, 5 tahun ini.”
Yang kurang jelas, mesti tak pernah tonton filem lakonan Amir Khan ini. Baik, mari saya jelaskan pengisian dalam filem berkenaan :
1. Amir Khan mahu mengajak masyarakat untuk memandang anak-anak berdasarkan bakat dan kemahiran yang mereka ada. Jika anak minat fotografi, jangan paksa anak untuk jadi engineer.
2. Berlumba-lumba untuk dapatkan keputusan cemerlang, mahu straight A, dapat nombor 1 dalam kelas, menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan, akhirnya pelajar menjadi robot, tak kreatif, takut, stress, mengalami depression dan bunuh diri.
3. Ada satu babak yang sangat menarik dalam filem ini. Prof Virus mengamuk di pejabat bila mana Amir Khan mencabar pegangannya selama ini. Maka, ditarik tangan Amir Khan masuk ke bilik kuliah dan disuruh mengajar. Scene ini sangat menarik, Amir Khan mahu beritahu, dia bukan mahu tunjuk pandai, tetapi menunjukkan cara mengajar yang sebenar. Win!
4. Subjek yang kita belajar di sekolah harus diterjemahkan di dalam kehidupan. Macam Amir Khan di awal babak masuk ke kampus, hingga senior di situ terkena renjatan elektrik. Rakannya Farhan dan Raju memberitahu, mereka belajar bab itu, tetapi Amir Khan praktikkannya. Genius!
5. Mahu belajar engineering harus berdasarkan minat, bukan paksaan dari sesiapa. Inilah prinsip yang Amir Khan pegang hingga menjadi seorang Profesor terbilang di hujung cerita.
6. Setiap pelajar berhak untuk menyatakan pendapat, walau pandangan pengajarnya salah. Sebagai contoh, babak Prof Virus menunjukkan pen yang dicipta dengan nilai jutaan ringgit, dan ia hanya digunakan untuk menulis di angkasa. Akhirnya, Amir Khan kata kenapa tak guna pensel sahaja, kan boleh jimat duit tu. Win!
7. Pelajar yang beria-ia fokus dalam kelas, anak emas guru serta ulat buku tidak semestinya bagus dalam semua perkara. Dalam filem ini, Amir Khan paparkan watak Silencer yang berlagak konon dirinya paling pandai, tetapi kerjaya yang dibina tak mampu melawan Amir Khan, yang betul-betul minat dalam bidang kejuruteraan.
Cukup 7 point ini rasanya. Sangat jelas gagasan yang Dr Maszlee Malik mahu bawa dalam pendidikan di negara. Setiap murid akan dilayan sama rata, tiada yang lebih tiada yang kurang, dan paling penting tugas guru akan diringankan.
Jangan lupa sign petition di sini menyokong Dr Maszlee ya https://bit.ly/2KAeN06 (Ada pihak yang tak berpuas hati, dilabel Dr Maszlee terlalu Islamik, ekstrimis agama, liberal dan gelaran yang sewaktu dengannya)
Semoga maju jaya Tuan!
Kami bersamamu! Dan saya berharap semua ibubapa juga bersetuju.
Ini adalah hadiah Hari Guru yang paling istimewa pada tahun ini!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.